CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Selamba Jual Haiwan Liar Di Media Sosial, Siap Buat 'Dropship' Lagi!

17-5-2018 11:24 AM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 10111| Komen: 25|Original author: Oleh: Ain

Description: Ancaman kepupusan hidupan liar semakin membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila individu tidak bertanggungjawab memanfaatkan kemudahan media sosial untuk melakukan aktiviti penyeludupan dan perdagangan ...
Ancaman kepupusan hidupan liar semakin membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila individu tidak bertanggungjawab memanfaatkan kemudahan media sosial untuk melakukan aktiviti penyeludupan dan perdagangan hidupan liar secara haram.

Lebih parah, mereka kini menggunakan kiriman kurier untuk menghantar haiwan liar terus kepada pembeli. Perkara sebegini sejak dulu lagi membangkitkan kemarahan orang ramai terutama pencinta haiwan. Namun, semua kecewa dan sedih apabila ianya sukar dibendung pihak berkuasa.




Mereka bagai tidak sedikitpun gentar dengan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan jika terkantoi dengan pihak berkuasa.







Lihat sajalah, mereka begitu berani memasarkan hidupan liar terancam dan dilindungi ini kepada umum di laman sosial. 


Langsung tidak rasa bersalah!




Penulis percaya, haiwan terbabit dicuri dari hutan sebelum dijual secara haram dan difahamkan, monyet jenis Dusky itu tidak mudah untuk dirampas melainkan ibunya dibunuh terlebih dahulu.




Pembeli juga dengan rakusnya menjadi penyumbang kepada permintaan tinggi terhadap hidupan liar dan dilindungi.


Foto: IG

Menurut sumber yang juga pencinta haiwan, dia telah membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sejak bulan Februari lalu, namun jawapan yang diterima kurang memuaskan.


Foto: Sumber CARI

Pemeliharaan hidupan liar tidak sepatutnya berlaku kerana nutrisi diterima tidak sama dengan apa yang mereka dapat dari habitat asal. Orang ramai boleh membuat aduan kepada Perhilitan mengenai perdagangan haram hidupan liar di https://apps.wildlife.gov.my/e_aduan/index.php- CARI
10

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
32

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 17-5-2018 11:36 AM
semoga yang buru dan jual dan jadi agen jual haiwan ni mampus digelek lori..
Quote HujanBatuTiga 17-5-2018 11:51 AM
Byk IG yg jual. Haritu dh report sekor malaun yg buat keje ni.
Bodoh!. Kau masa kecik kene buang makpak ke smpai sanggup pisahkan binatang tu dr mak dia.
MO diorang akan deliver guna bas public bg elak kene tgkap.
Yg DM ckp comel nk beli nk buat hadiah apa sume tu sama bodoh dgn tukang jual.
Quote Artemesiaa 17-5-2018 12:01 PM
Tak perlulah gigih nak bela haiwan liar pulak biarkan je ia bebas di habitat asalnya
Quote leylapple 17-5-2018 12:06 PM
kadang2 yang jual tu pun pegawai perhilitan jugak
Quote imanmariam 17-5-2018 12:19 PM
prettyuglybabe replied at 17-5-2018 11:36 AM
semoga yang buru dan jual dan jadi agen jual haiwan ni mampus digelek lori..

Termasuk yg beli jugak sis
Quote Atata 17-5-2018 12:22 PM
leylapple replied at 17-5-2018 12:06 PM
kadang2 yang jual tu pun pegawai perhilitan jugak

Whaaat?!!!
Quote sinalegna 17-5-2018 01:03 PM
Aku rasa nak carutkan je, tapi kenangkan puasa baik istighfar.. ko jual dadah je terus lagi elok dik, nak kaya sangat kan
Quote dekmieDandy 17-5-2018 01:07 PM
dulu penah nampak org dok tayang bela monyet kuning tu

dua hari je bela dah mampos

dia bagi alasan monyet tu tak berak

bodoh piang memasing
Quote awaynepian 17-5-2018 07:56 PM
kesiannya monyet tu..
{:cryrun
Quote dani-rox 17-5-2018 08:02 PM
kesian baby hewan dipisahkan drpd ibunya.
kecik mcm tu haruslah masih bergantung pd susu ibu kot, bukannya bole bg buah ka, makanan kucing ka, susu formula ka.
hujung2 mati terseksa sbb manusia yg mengada2 nak bela haiwan eksotik.
Quote chazey 17-5-2018 08:05 PM
Sumbat sekor babi hutan kat mulot dia. Dasar pemakan duit haram.
Quote dinopower2 17-5-2018 08:09 PM
HujanBatuTiga replied at 17-5-2018 11:51 AM
Byk IG yg jual. Haritu dh report sekor malaun yg buat keje ni.
Bodoh!. Kau masa kecik kene buang m ...

yg paling kejam sbb binatang rare ni dibg mkn ikut suka... akhirnya mati psl diet tak sesuai... budus
Quote dinopower2 17-5-2018 08:10 PM
dekmieDandy replied at 17-5-2018 01:07 PM
dulu penah nampak org dok tayang bela monyet kuning tu

dua hari je bela dah mampos

monyet tu perut sensitif... bangang nak bela gak.... apa ntah dibg mkn
Quote nooriesz 17-5-2018 11:49 PM
slalunye aku nmpk org bela lotong ni mse kecik jer.. sbb comel.. biler da tukar warna jd gelap gelemat semua pakat campak blk hutan.. org yg menjual dan membeli pun perangai cm harammmm.. bodohhh!!
Quote ultra78 18-5-2018 12:10 AM
comel ketika kecil aje..

Quote sharlenetexas 18-5-2018 12:18 AM
Hoi, babi ko tak jual ke?

Iol tekan report button bila jumpa IG mcm ni. Kesian sangat tgk haiwan2 tu tersiksa

Quote umie 18-5-2018 07:32 AM
Comelnya..tapi sampai ke hati nak pisahkan anak yg kecik dgn mak? Sian dia..
Quote mieymiey 18-5-2018 07:42 AM
monyet jenis Dusky itu tidak mudah untuk dirampas melainkan ibunya dibunuh terlebih dahulu


Dah lah jual anak, mak pula dibunuh
Quote aechae 18-5-2018 07:48 AM
ultra78 replied at 18-5-2018 12:10 AM
comel ketika kecil aje..

Laaa....gtu ke rupa bila dh besar?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.056945 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top