CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farid Kamil Baru Sedar, Sudah Digam Sejak Januari

17-5-2018 02:41 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 9319| Komen: 41|Original author: Oleh: Amirah

Description: Entah ini artis yang ke berapa digam oleh pihak produksi mahupun stesen TV hingga menyekat rezeki mereka untuk berlakon dalam drama televisyen.
Entah ini artis yang ke berapa digam oleh pihak produksi mahupun stesen TV hingga menyekat rezeki mereka untuk berlakon dalam drama televisyen.

Foto: Carian Internet
Kali ini Datuk Farid Kamil pula baru tersedar dirinya telah digam sejak Januari lalu gara-gara lantang bersuara tentang kerajaan yang terdahulu.

Sehingga kini dia masih menanti bayaran daripada pihak produksi yang masih berhutang dengannya sedangkan drama tersebut telah tamat tayangan.

"Saya baru sedar nama saya telah digam oleh pihak produksi sejak awal Januari lalu. Mereka tidak mahu mengambil saya bekerja.

Foto: IG Diana Danielle

"Sejak awal Januari lalu, nama saya kena tarik dan ada yang belum melangsaikan bayaran penuh kepada saya biarpun drama sudah habis ditayangkan.

"Alasannya sebab saya terlalu lantang bersuara mengenai kerajaan terdahulu dan kes mahkamah saya itu kira kesimbungan apa yang berlaku," katanya kepada mStar Online.

Foto: IG Farid Kamil
Farid antara selebriti yang menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir secara terbuka dahulu namun malangnya dia pula tidak dapat berlakon.

Dia juga menanti pembedahan lutut yang akan dilakukan tetapi tiada tarikh yang ditetapkan lagi kerana perlu mengikut giliran.

Foto: IG Diana Danielle
"Saya tidak ada tarikh untuk kepastian bila boleh melakukan pembedahan lutut. Sebab kena ikut giliran.

"Buat masa ini, saya tidak boleh melakukan aktiviti lasak. Kalau berjalan pun kena perlahan-lahan," ujarnya.

Kes dadah yang melibatkan Farid tertangguh sehingga 29 Jun sebaik sahaja dia selesai menjalani pembedahan.

Kesian juga artis kita. Memang tidak adil! Biarlah mereka menyokong sesiapa sekalipun tetapi usahlah disekat rezeki yang sepatutnya menjadi milik mereka. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ahmad_dhani91 17-5-2018 02:56 PM
senduna thread tt
Quote besarkecik 17-5-2018 02:58 PM
Bagus jugak kena gam. Takdelah semak muka kepam tu
Quote jalfa 17-5-2018 03:00 PM
Retis dadih selayaknya kena bann
Quote tomaz 17-5-2018 03:02 PM
FK la paling untung. X sesia jd talam. Keluar mulut singa masuk mulut harimau. Last2 rilex2 je salahkan org lain
Quote tagas 17-5-2018 03:27 PM
ckp jelah sbb kes ko mendadih

pe jadah nak libat2 kan pelir tik lak

dasar opportunist
Quote ninjago 17-5-2018 03:55 PM
"Saya tidak ada tarikh untuk kepastian bila boleh melakukan pembedahan lutut. Sebab kena ikut giliran.
dia bedah kat GH ke? why tak pegi private je xyah nak queue..
Quote mieymiey 17-5-2018 03:58 PM
Datuk Farid Kamil pula baru tersedar dirinya telah digam sejak Januari lalu gara-gara lantang bersuara tentang kerajaan yang terdahulu.


PADAHAL DAH TERANG LAGI BERSULUH KO KENA GAM SEBAB KES DADAH. TAKDER MAKNANYA PASAL KO SOKONG TUN M!
Quote shania88 17-5-2018 04:08 PM
Laaaa ape je yang dia lantang kritik kerajaan dulu tuh wey

Aku tak pernah dengar pon

Tibe2 je kononnya sebb dia lantang kritik kerajaan dulu

Bila masa tu

Yg aku thu fathia selmba iv tun m mse bn jadi kerajaan
Dato ct puji2 tun time bn tgh hangin dgn tun

yg dia ni bila masa lak

artis2   kalau tak reka crita tak jadi lalang memng tak sah
Quote ihtisyam1 17-5-2018 04:08 PM
harus la upkan nama tun...... nanti senang cekup pojek
Quote cha-cha 17-5-2018 04:12 PM
Kosserrr...
Quote Konahhh 17-5-2018 06:14 PM
Bila masa hang sokong Cdet? Adoyai, amnesia la pulak kes dadah dia tu..
Quote meisapoya 17-5-2018 07:52 PM
Heols ni ade resdung ke?
Quote Orix 17-5-2018 07:56 PM
ninjago replied at 17-5-2018 03:55 PM
dia bedah kat GH ke? why tak pegi private je xyah nak queue..

Sbb apak dia org besoooo kt KKM
Quote slyfynx 17-5-2018 08:01 PM
Sbb dadah tu mcm mana lak?
Ooooo dadah pun org letak, politik pun org main.
Ko buat ape je
Quote mirandanicky1 17-5-2018 08:14 PM
Next.... yawn yawn yawn bosannnn.. tk tau camane diana blh bkenan dia ni. Lgsg takkk...
Quote dhanishdhania 17-5-2018 08:45 PM
ninjago replied at 17-5-2018 03:55 PM
dia bedah kat GH ke? why tak pegi private je xyah nak queue..

Adik dia doktor tulang hospital seremban kot...
So nak ke GH..

Selalunya retis sendu je masuk GH..




Quote foxy_kaypo 17-5-2018 08:48 PM
dia ni propa jer lebih....
berlakon biasa2 jer..
Quote aaz 17-5-2018 10:39 PM
shania88 replied at 17-5-2018 04:08 PM
Laaaa ape je yang dia lantang kritik kerajaan dulu tuh wey

Aku tak pernah dengar pon

Ada keluar insta dia bergambar ngan tun M
Quote danieladam 17-5-2018 11:25 PM
Dah x laku sbb kes dadah tetiba kata kena gam. Ntahapaapa.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.063629 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top