CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Rantai Berlian Merah Jambu Rosmah, Peguam Tarik Diri

17-5-2018 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15080| Komen: 75

Description: Tan Hock Chuan & Co menarik diri dari mewakili Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam kes saman yang dikemukakan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung perintah untuk Datin Seri Rosmah Ma ...
Tan Hock Chuan & Co menarik diri dari mewakili Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam kes saman yang dikemukakan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung perintah untuk Datin Seri Rosmah Mansor memulangkan set rantai berlian merah jambu bernilai AS$27.3 juta kepada kerajaan.


Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Datuk Tan Hock Chuan berikutan pihaknya tidak mendapat sebarang arahan apa daripada 1MDB.

Harian Metro melaporkan, peguam Damien Chan yang mewakili Khairuddin berkata, mahkamah hari ini sepatutnya mendengar permohonan membatalkan saman itu oleh Rosmah, Low Taek Jho dan 1MDB.

Foto: The Malaysian Insight
"Bagaimanapun mahkamah menangguhkan ketiga-tiga permohonan itu dan menetapkan 21 Jun ini untuk pengurusan kes.


"Memandangkan Laporan Audit Negara kini boleh diakses oleh orang ramai, kami akan mendapatkan arahan baru untuk tindakan seterusnya sama ada perlu membuat pindaan terhadap tuntutan saman ini."

Rosmah diwakili peguam Yazid Mustakim manakala Jho Low diwakili peguam Rishwant Singh.

Penyataan tuntutan menyatakan, Jho Low melalui agennya membeli barang kemas iaitu berlian berwarna merah jambu daripada sebuah syarikat dikenali sebagai Loraine dari New York yang mana beliau mendakwa jumlah itu adalah sebahagian daripada wang yang dicuri Jho Low daripada 1MDB.

Khairuddin mendakwa barang kemas itu kemudiannya diterima sebagai hadiah oleh Rosmah pada Mac 2014.

Justeru,  plaintif menuntut perintah mahkamah supaya Rosmah mengembalikan semula barangan kemas berkenaan kepada 1MDB serta satu perintah supaya Jho Low membayar jumlah wang yang telah digelapkan dan disalahguna kepada 1MDB.

Beliau menuntut Jho Low dan Rosmah membayar pamapasan atas dakwaan menyalahguna barang kemas tersebut. -CARI
5

Bagus
4

Marah
3

Terkejut

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 17-5-2018 05:08 PM
Harga rantai pun puluh juta ....betul2 materialistik. ...
Quote MayaDelaRosa 17-5-2018 05:10 PM
Bwk je la masuk kubur smua hrta ko kak mah
Quote jalfa 17-5-2018 05:12 PM
Menangis bucu katil aku dgr rega barang kemas kak mah
Quote gekkou 17-5-2018 05:16 PM
serius ke muka rosmah betul dalam pic tu?
tak ada edit?
kenapa penampakan yang amat menakutkan?
tengok jari jemari kak mah okay je tak de kekedut macam muka tu

untungnya jadi seorang rosmah mansor dapat hadiah berharga jutaan ringgit
Quote Orix 17-5-2018 05:20 PM
gekkou replied at 17-5-2018 05:16 PM
serius ke muka rosmah betul dalam pic tu?
tak ada edit?
kenapa penampakan yang amat menakutkan?

Siap ada penampakan taik lalat kt hidung dia kan. I pn curious
Quote dinopower2 17-5-2018 05:28 PM
noor2 replied at 17-5-2018 05:08 PM
Harga rantai pun puluh juta ....betul2 materialistik. ...

klau pakai jd cun ok la gak
Quote noor2 17-5-2018 05:29 PM
dinopower2 replied at 17-5-2018 05:28 PM
klau pakai jd cun ok la gak

Hehe. ....
Quote noor2 17-5-2018 05:30 PM
gekkou replied at 17-5-2018 05:16 PM
serius ke muka rosmah betul dalam pic tu?
tak ada edit?
kenapa penampakan yang amat menakutkan?

Ni bukan guna camera edit ni. ....
Quote awekjepun 17-5-2018 05:36 PM
Serius.,seram tgk kak ros
Quote dreamy_forest 17-5-2018 05:44 PM
Mcm mana rupa rantai tu?
Quote dani-rox 17-5-2018 06:24 PM
damn guuurrll... what hv you done to ur face

Jho Low melalui agennya membeli barang kemas iaitu berlian berwarna merah jambu daripada sebuah syarikat dikenali sebagai Loraine dari New York yang mana beliau mendakwa jumlah itu adalah sebahagian daripada wang yang dicuri Jho Low daripada 1MDB.

Lorraine Schwartz aka Jewish Queen of Oscars Bling, designer barang kemas utk superstar hollywood
untung rosmah pefeeling bintang2 filem

Quote bakingsoda 17-5-2018 08:12 PM
satu set berlian rm100juta++? baikla spend beberapa riban gi repair kulit tu scary ok
Quote Siti_Mustaqim 17-5-2018 08:35 PM
awekjepun replied at 17-5-2018 05:36 PM
Serius.,seram tgk kak ros

entah entah derang over edit bg nampak mcm witch. saja nak pedajalkan org. ada je gambar elok. tahulah kalo salah ttp salah ..tp tak pyh malukan gini
Quote sukacactus 17-5-2018 08:37 PM
Sereemm betul muka nek rossy
Pakai berlian juta2 pun xmampu menaikkan seri
Quote aku_best 17-5-2018 08:38 PM
Mona Fandey 2.0....
Quote tumpanglalu74 17-5-2018 08:38 PM
jalfa replied at 17-5-2018 05:12 PM
Menangis bucu katil aku dgr rega barang kemas kak mah

Berape karat?  Bak gambor..
Quote sapeka 17-5-2018 08:43 PM
mak aih harga rantai nek mah..
mahai gila...
Quote dhanishdhania 17-5-2018 08:47 PM
Kak Ros,

Kak Ros pakailah intan permata salutlaj penuh badan..

Tapi hakikatnya, Kak Ros tetao dah tua.. dan intan berlian semua tuh tak mencatikkan pun Kak Ros..

Kak Ros jalan pun saya tengok dah hazab...
Quote kucen_miang 17-5-2018 09:04 PM
knpa muka kak mah bengkak bengkik

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.083532 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top