CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amukan Si Rambo, Kanak-Kanak Tiga Beradik Maut Ditetak

18-5-2018 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7555| Komen: 49

Description: Tiga kanak-kanak maut selepas ditetak seorang lelaki kurang siuman dalam kejadian amuk di Kampung Sungai Haji Mohamad, Selekoh dekat Rungkup.
Tiga kanak-kanak maut selepas ditetak seorang lelaki kurang siuman dalam kejadian amuk di Kampung Sungai Haji Mohamad, Selekoh dekat Rungkup.

Berita Harian melaporkan, tiga beradik berusia dua hingga lima tahun maut sementara mangsa yang lain cedera parah termasuk ibu mangsa dan dua pelajar sekolah.

Foto: Berita Harian
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata lelaki kurang siuman itu telah menceroboh masuk ke rumah yang didiami tiga mangsa dan ibunya.

Dengan bersenjatakan parang, suspek melibas ketiga-tiga kanak-kanak terbabit.

"Dalam tempoh setengah jam kemudian, suspek menghala ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Mohamad dan menetak dua pelajar sekolah dan seorang orang awam.


"Polis masih belum mengenal pasti semua mangsa yang cedera dan akan memaklumkannya dari masa ke semasa."

Foto: Berita Harian
Siasatan masih dijalankan dan polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seorang saksi berkata, sejak dua tiga hari lalu, dia (dikenali sebagai Rambo oleh penduduk kampung) kelihatan macam tidak berapa sihat dan kami tidak menyangka dia sanggup melakukan perbuatan yang sebegitu kejam di hari pertama berpuasa."

semua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan menerima rawatan lanjut. -CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siti_Mustaqim 18-5-2018 12:39 PM
Allah...innalillahiwainna ilaihi rojiun
Quote Suchi 18-5-2018 12:39 PM
Ada pun berita ni subuh td penuh wall fb berita pasal ni, menangis baca.
Kat paper mana tah kata masa kejadian ade 7 org kt umah, si bapa ngn nenek sempat selamatkn diri.
Knp rasa mcm dendam je sbb sampai cari ank org tu kt sekolah tetak.

Terus teringat masa form 4 penah gak jiran tetiba amuk dtg umah serang dgn batang besi pukul 3-4 pg camtu.
Sampai sekarang takleh lupa, bunyi kaca tingkap dan pintu yg jatuh tu menakutkn sgt.
Nasib baik kami semua selamat, mak tak bg kuar bilik. Mak cuma mampu azan je kuat2 pastu dia stop.
Kejadian yg menggemparkan abis semua org sekitar bangun.
Quote tumpanglalu74 18-5-2018 12:55 PM
Edited by tumpanglalu74 at 18-5-2018 12:57 PM

Lattew kot..

Sepi tanpa saka Kak Mah..

Rungkup tu area sape..

Quote sabar_sabariah 18-5-2018 12:59 PM
Tu lah baca kat facebook semalam
kesian kan?
dah orang pun tak siuman..
nak salahkan siapa jadi kes camni
Quote myakayina 18-5-2018 01:33 PM
3 org anak sekali meninggal serentak..mmg tragedi hitam buat family ni..
Quote pearl.silver 18-5-2018 01:34 PM
Allahu...
Kenapa laa simpan ahli krluarga yg mental
Pastu yg mati family org lain
Quote noor2 18-5-2018 01:36 PM
Suchi replied at 18-5-2018 12:39 PM
Ada pun berita ni subuh td penuh wall fb berita pasal ni, menangis baca.
Kat paper mana tah kata ma ...

Dendam ni......

Sedihnya baca
Quote alieyrina 18-5-2018 01:40 PM
Disturbing betui dgr berita ni pg tadi..x tau nak rasa apa..sedih tu 1st bila dgr magsa budak kecik baya anak aku
Quote Suchi 18-5-2018 01:42 PM
noor2 replied at 18-5-2018 01:36 PM
Dendam ni......

Sedihnya baca

Taktahula katanya satu tmpt keje ngn bapa budak2 tu.
Pastu takde rekod kesihatan mental, tp berhalusinasi plak.
Takleh byg dorang menjerit selama 30 minit tapi xde sapa pun tolong hnya mampu tgk sbb takut mamat tu ade parang.
Si ibu mesti trauma sampai bila2 tak mampu tido mlm, ank2 dia kena tetak dpn mata oii nk plak yg umur 2 tahun tu apa je la mampu buat.
Allah sedih sgt rasa..
Quote noor2 18-5-2018 01:45 PM
Suchi replied at 18-5-2018 01:42 PM
Taktahula katanya satu tmpt keje ngn bapa budak2 tu.
Pastu takde rekod kesihatan mental, tp berha ...

Kaka rasa orang macam ni elok dihukum bunuh terus. ...sebab tak.ada guna simpan. ..alasan tak.siuman tak.boleh diterima sebab pandai pula dia cari budak tu kata sekolah. ..biasa amuk ni serang semua orang tanpa fikir siapa orang yang dia serang. ....tu baru x siuman. ...ni dia boleh pilih mangsa ....kira siuman. ...
Quote hzln 18-5-2018 01:47 PM
Amboiii...sedap yer si bapak tu lari lintang pukang selamatkan nyawa sendiri jah, tinggal bini tinggal anak2
Quote susukambingbest 18-5-2018 01:50 PM
Yg ni versi ada lain ckt dr artikel tt. innalillahiwainna ilaihirojiun utk smua mgsa. moga penagih ni dikenakn hukuman berat.

BAGAN DATUK – Tiga beradik berusia antara dua hingga lima tahun maut selepas ditetak seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah yang mengamuk di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh di Rungkup di sini petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman berkata lelaki terbabit yang merupakan kenalan kepada keluarga mangsa telah menceroboh rumah keluarga berkenaan dengan bersenjatakan parang lalu melibas ketiga-tiga kanak-kanak itu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, hingga mengakibatkan kematian.

Kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang itu turut mengakibatkan empat lagi parah, termasuk ibu mereka, Zuraidah Md Ali, 35, dan kakak sulung ketiga-tiga mangsa Nur Zurin Faziera, 9, seorang murid sekolah yang dikenali Aina, 9 serta seorang guru sekolah dikenali sebagai Ustaz Ridzuan, 40.

“Ketika itu ketiga-tiga mangsa berada di rumah bersama ibu mereka. Ibu mangsa cedera parah setelah ditetak di bahagian ibu jari tangan kiri, muka dan kedua-dua belah peha,” katanya pada sidang media di sini malam ini.

Kata Yahya selepas kejadian pertama itu, suspek berumur 37 tahun itu telah menghala ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Muhammad, berdekatan rumah mangsa, dan menyerang tiga lagi mangsa hingga menyebabkan kecederaan kepada mereka.

“Nur Zurin Faziera dan Aina masing-masing cedera dilibas parang di bahagian tangan kanan dan kepala manakala Ustaz Ridzuan luka di pipi kanan dilibas parang,” katanya.

Beliau berkata polis berjaya menahan suspek kira-kira dua jam kemudian, tidak jauh dari kawasan sekolah itu hasil maklumat orang awam dan telah merampas parang digunakan suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan merupakan rakan sekerja bapa mangsa sebagai pemotong sawit. Kita percaya dia penagih yang sedang berhalusinasi kerana kerana ketika pihak polis menahan suspek, dia lepaskan parang kerana takut,” katanya.

Yahya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman mulai esok dan mayat ketiga-tiga beradik itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, lelaki dikenali Rambo itu dimaklumkan baharu sahaja pulang ke kampung berkenaan selepas merantau. – BERNAMA

Quote awekjepun 18-5-2018 01:50 PM
hzln replied at 18-5-2018 01:47 PM
Amboiii...sedap yer si bapak tu lari lintang pukang selamatkan nyawa sendiri jah, tinggal bini tingg ...

Tu la pasal..patutnya bapak tu berlawan dgn pjahat ni..biar wife yg lari minta tolg.
Quote grizz 18-5-2018 01:54 PM
kesian nye kt smue yg terlibat..
takziah la kt kluarge arwah,,
anak2 tggu kt syurga..
Quote Artemesiaa 18-5-2018 01:57 PM
Jenis penagih dadah yang menyusah dan membahayakan orang lain, takziah buat keluarga mangsa
Quote goss79 18-5-2018 01:59 PM
Allahuakhbar... sayunya.. kesian kat anak2 tu

innalillahiwainnailaihirajiun
Quote prettyuglybabe 18-5-2018 02:02 PM
Suchi replied at 18-5-2018 01:42 PM
Taktahula katanya satu tmpt keje ngn bapa budak2 tu.
Pastu takde rekod kesihatan mental, tp berha ...

kalau dah dengar suara-suara tu tak lain tak bukan taik dadah..
Quote dewwy 18-5-2018 02:08 PM
sedihnya baca... ni lah akibat dadah... org yg bwk dadah merata letak dlm handbag boleh pulak dibebaskan...
Quote vanillaninja 18-5-2018 02:22 PM
Sebab dadah? Pergi mereput la kau Rambo.

Semoga family ni diberikan kekuatan.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.069532 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top