Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Ramai Terlepas Pandang, Sebelum Berbuka Waktu Paling Mustajab Untuk Berdoa

Oleh: Faizal|21-5-2018 04:25 PM Komen: 2
Apa yang biasa anda lakukan ketika menjelang waktu berbuka puasa? Tentu ramai begitu 'excited' dan gembira untuk menanti waktu berbuka. Tapi, tahukah anda terdapatnya waktu mustajab doa di bulan Ramadan di mana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT?

Foto: Google

Ya! Waktu-waktu sebelum berbuka adalah ketika yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah memohon apa sahaja yang kita inginkan. Jangan pula pada waktu ini kita penuhi dengan hanya berborang, bergosip dan membawang. Pasti kita akan rasa rugi nanti.

Memetik sebuah hadis bagi menyokong tentang waktu sebelum berbuka puasa merupakan waktu paling mustajab untuk berdoa seperti berikut:

"Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzhalimi (HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no.1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi)

Foto: Google

Memetik pengalaman Ustaz Iqbal Zain dari laman Facebooknya, beliau mengatakan bahawa:

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

Jadi, marilah kita sama-sama merebut peluang yang tersedia untuk berdoa kepada Allah pada waktu sebelum berbuka. Semoga hajat kita dipenuhi oleh-Nya.

CADANGAN DOA KETIKA BERBUKA PUASA

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadan.

Foto Carian internet

Semoga memberi manfaat buat semua. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
4
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
4
Bosan
5
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Meiizu 22-5-2018 02:58 PM
taji2906 replied at 22-5-2018 02:10 PM
31. doa dibukakan hati  si dia utk aku.. hahahah

amin
hahah

Lain-lain Komen

Quote taji2906 22-5-2018 02:10 PM
31. doa dibukakan hati  si dia utk aku.. hahahah
Quote Meiizu 22-5-2018 02:58 PM
taji2906 replied at 22-5-2018 02:10 PM
31. doa dibukakan hati  si dia utk aku.. hahahah

amin
hahah

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.087313s Gzip On
To Top