Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Akak Bertelekung Bella Ammara, Berbeg Duck Degil Tak Nak Rapatkan Saf Terawih

Oleh: WHITNEY|21-5-2018 12:51 PM Komen: 64
Meriahnya bulan Ramadan bukan sahaja dengan adanya pelbagai juadah dan kuih-muih yang dijual di bazar-bazar Ramadan tetapi juga dengan kehadiran ramai jemaah untuk menunaikan solat terawih berjemaah. 



Pada minggu pertama, ruang solat masih penuh kerana netizen sangat teruja untuk menunaikan solat terawih hingga ada yang terpaksa solat di luar tempat solat. 

Bagaimana pun, seorang pengguna Facebook bernama Ija Juhari berasa sebak apabila seorang jemaah yang menurutnya bertelekung Belle Ammara dan membawa beg Duck tidak mahu berganjak dari tempat untuk merapatkan saf.  



Ini cara rapatkan saf yang betul ketika solat berjemaah


Sebenarnya, ramai netizen mengalami situasi sama. Masih ramai yang tidak tahu atau mengambil berat tentang perlunya merapatkan saf ketika solat berjemaah. 



Netizen berpendapat, mereka yang ingin sama-sama menunaikan solat di masjid perlu tahu dan belajar cara-cara solat berjemaah. Barulah tidak ada kes bertekak atau bergaduh hanya disebabkan tidak mahu merapatkan saf dalam solat. 


Foto: FB

Apabila ingin menunaikan ibadah, buang segala pangkat, ego atau apa saja perasaan yang ada dalam diri, barulah amalan kita diberkati. Setuju? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
2
Terkejut
6
Sedih
10
Lawak
10
Bosan
14
Komen: 64
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sireh_gagang 13-7-2018 12:19 PM
Maaf, setahu saya, saf yang tak boleh putus adalah dalam solat fardu. Sebab tu sebelum solat fardu, imam suruh rapatkan saf. Solat sunat tak mengapa. Kalau dapat rapatkan saf, baguslah, tapi kalo orang sebelah tak mahu rapatkan saf, biar sahaja lah; jgn lah dimarah. Jgn rosakkan kyusuk kita buat amal tambah-tambah di ramadhan, enteng sgt isu ni, yang penting hubungan kita dgn Allah kan, biarlah orang sebelah tu.  Wallahu' alam.

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 21-5-2018 12:55 PM
kalau dia tak nak gerak, panggil je la sorang selit celah korang tu..
no big deal.. tak yah la nak buat karangan panjang-panjang ke apa..
buang masa je..
Quote tri-max 21-5-2018 01:02 PM
aigoo ini macam pon nak di social med kan
tak yah nak sebak2 sgt ehh, da ko peratikan dia atas bawah pehal?
bella ammara la duck la
rapatkan je lah saf, apa ke payah nak explain bergambar bagai ada betul ke tak
cara ni da membuatkan org ramai rasa ragu2 pulak nak solat jemaah
islam kan mudah, ko yg susah hati makan pil penenang lah
ke nak aku suntik stabilzer mcm bg kat hewan tu??
Quote palmolive 21-5-2018 01:03 PM
nak tegur elok2 takut ker? sampai nak kena taip kt media sosial..kan jadi kerja tu...
takdak batu murtabak dijinjing
Quote AnaisAnais 21-5-2018 01:11 PM
gigih nya dia ambik gambar bag and bg nama telekung bella amara bagai tu... ko gi sana semayang ke nak cari bawang dik?  ishhhhhh.. malas lah nak layan ko ni.
Quote pearl.silver 21-5-2018 01:17 PM
bA ada keluar telekung lg ye
Quote esbok 21-5-2018 01:24 PM
Lagi satu. Biasanya amalan tukar2 ni berlaku lepas habis terawih 8 nak continue 20 ke kan.prg belakang gerak ke depan utk isi lompong. So tak payah la sampai satu jemaah kene kesot ke kanan ke kesot kiri ke
Quote hantulaksa 21-5-2018 01:25 PM
apa kaitan dgn beg duck dan telekung ammara bella tu? ko yg dengki sebenarnya kan

tegur je lah elok2
Quote sabar_sabariah 21-5-2018 01:45 PM
oh..fikir positif aje
takde kaitan dgn beg dan telekung kisahnya
aku faham sangat bab nak ganjak ke kanan ke ke kiri ni
sbb dulu aku pun jahil
aku fikir, konsepnya siapa yg lagi sikit, dia la kena gerak
tapi lepas pergi kelas usrah, baru lah aku faham
so, maybe akak yg tak berganjak tu dia tak faham..

benda yg sama jadi masa tumpang solat di masjid changlun otw nak ke hatyai
belah kiri ramai orang, belah kanan ada 4org, ada jarak antara saf kiri dan kanan
alkisah kawan aku berada di tengah2
acik2 situ tarik dia ke kiri, ke bahagian yg lebih ramai
kami panggil dia ke kanan
sudahnya, kami yg belah kanan ni di katakan "solat camne ntah depa ni"
adui..cam bawa ajaran sesat plak jadinya
walau acik2 menjuih bibir dan menjeling, kami senyum je
maklum lah kami ni menumpang solat kat masjid dorang..
Quote chicozinn 21-5-2018 02:17 PM
ramai je makcik2 cmni..alasan dorang bagi solat masih sah sbab syaitan xde menyelit time bulan pose..hmm
Quote kucingitam 21-5-2018 02:17 PM
hmm cuma nak tanya...aku sorang je ke yang klik reply dlm gambar tu sbb nak baca apa komen bawang yang lain?..huhu
Quote Budakmomok 21-5-2018 02:20 PM
maybe xnak alih berganjak sbb nnt terkentut ke who know
Quote MadameOnion 21-5-2018 02:50 PM
zaman sekarang semua nak diviralkan..semua nak up kat socmed...kenapa tak cakap sendiri kat telekung bella ammara berbeg duck tu? ko tulis kat socmed dapat apa? dapat puji?
Quote siputsedut 21-5-2018 02:52 PM
prettyuglybabe: kalau dia tak nak gerak, panggil je la sorang selit celah korang tu..no big deal.. tak yah la nak buat karangan panjang-panjang ke apa..buang masa je. ...


Nak kene masuk belah bahu kanan makmun konsepnya sister kalau ikut post kat atas tu..tp betul ke? First time meols mendengornya..dosa ke masuk belah kiri bahu org? Why so complicated
Quote prettyuglybabe 21-5-2018 03:33 PM
siputsedut replied at 21-5-2018 02:52 PM
Nak kene masuk belah bahu kanan makmun konsepnya sister kalau ikut post kat atas tu..tp betul ke ...

entah.. buat apa nak fikir complicated sangat..
nampak ada ruang, masuk je la kan..
nak buat ketegaq sangat napa..
selalu yang i nampak, jemaah perempuan mula saf belah kanan ke kiri..
kalu ada barisan pendek kat belakang, i masuk je mana-mana..
salah la ye gitu

Quote gummygummy 21-5-2018 03:46 PM
takyah guna alasan dia guna brg mahal. Kau tegur je la dia gigih up posting siap sebut jenama. Racist ko ni. niat tak baik ni. macam post atas kata tarik je la sesape masuk sebelah kau. haihsss
Quote missdahlia 21-5-2018 03:48 PM
Quote idakamaruddin 21-5-2018 03:50 PM
pebenda la minah ni

kemain ko tangkap gambar beg org pastu blk rumah buka laptop taip status acah2 xnk bersangka buruk

agaknye sepanjang ko semayang td tgh pikir ayat nak karang apa aku nk tulis kt fb nnt

adoii aku x rasa akak duck tu masalah..aku rasa ko lagi masalah kak... igt sume benda settle kalau ko menaip panjang kt fb?

Quote salmon-suki 21-5-2018 03:57 PM
Kt msjid kg ada gk macik2 pn jenis cmni..masing2 duk kejar nk duk bwh kipas and tmpt ekon..kalau setakat dia aje xpe,ni bwk skali anak2 dia y kecik2 tu..terfikir jgk macik2 ni ahli masjid,ahli surau,tp psl saf xkn ler x hadam lg..

Sepatutnya budak2 tu kena form saf lain y di belakang adult..bila tegur dia marah balik,nti heboh ler satu kg...nk kejar pahala teraweh tp pahala lain diremehkan..hmmm..
Quote munchkin 21-5-2018 04:15 PM
Hmmmm

Tegur jelah apa pulak nak berduck berammara i dont know duck or ammare tu rupa mcm mana

Lihat semua komen(64)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.201747s Gzip On
To Top