CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tenang Tanpa Dendam, Rosmah Mahu Hidup Kembali Normal

21-5-2018 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9758| Komen: 64

Description: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat tenang menghadapi hari-hari selepas suaminya, Datuk Seri Najib Razak tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat tenang menghadapi hari-hari selepas suaminya, Datuk Seri Najib Razak tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.



Foto: Reuters

Rosmah berkata kepada Malay Mail seperti dipetik Harian Metro, dia boleh tidur lena walaupun beberapa bekas rakan sekutu kini berpaling tadah.

"Perkara ini adalah normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan.

“Saya tidak kisah. Saya okey. Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu cakapkan," katanya yang tidak berdendam terhadap individu berkenaan yang kini menyalahkan suaminya.


Menurut laporan, Rosmah menyatakan dia kini lebih bebas melakukan apa sahaja termasuk tidur lebih lena selain mengharapkan kehidupan mereka sekeluarga kembali normal.

"Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi dan saya tidak mempunyai masalah dengannya. Saya tidak minta perkara ini berlaku namun ia kehidupan yang lebih baik apabila kini saya boleh melakukan segala apa yang saya mahu lakukan.

"Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka," katanya.


Foto: mStar Online

Mengulas mengenai serbuan polis di rumahnya, Rosmah berharap ia berakhir dengan cepat bagi membolehkannya  meneruskan kehidupan seperti biasa. Namun, dia berharap polis melayani keluarganya dengan baik.

"Saya boleh terima semua serbuan yang dilakukan hingga awal pagi itu. Saya memahaminya.

"Namun, saya percaya seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Disebabkan itu, kami mahukan layanan sebagai manusia. Hak untuk dihormati," katanya. - CARI
11

Bagus
13

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 21-5-2018 07:49 AM

Kenyataan dia lebih berbau "educated" dari suami dia.
Quote nuralisa 21-5-2018 07:57 AM
smlm tgk berita muka dia dah makin membengkak...
Quote insulin 21-5-2018 08:00 AM
Semoga terus tenang ye, makcik Rosmah..
Quote DARSITA 21-5-2018 08:01 AM
nuralisa replied at 20-5-2018 03:57 PM
smlm tgk berita muka dia dah makin membengkak...



oh muka ... kalau hidung semakin panjang aii tau sebab sebabnya -----------------> Pinocchio

Quote sub5zero 21-5-2018 08:18 AM
Tenang ya?? Brg2 yg kena angkut tu polis tgh listkan 1 per satu....klau ada unsur penyelewengan pendakwaan akn dimulakan baru ko tahu erti x tido mlm.....time tu baru blh ckp tenang ke x tenang, labis segamat
Quote arasham 21-5-2018 08:21 AM
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/dah-lama-terputus-hubungan-1.836454
Quote arasham 21-5-2018 08:22 AM
Link atas Tak leh buka pulak
Quote DARSITA 21-5-2018 08:24 AM
arasham replied at 20-5-2018 04:21 PM
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/dah-lama-terputus-hubungan-1.836454



Rosmah ni tak ada adik beradik ke?


Quote rain2169 21-5-2018 08:31 AM
ooooo tenang ye.....
bagus lah kalau cenggitu....
Quote FOTHER-MUCKER 21-5-2018 08:39 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-5-2018 04:41 PM
DARSITA replied at 20-5-2018 04:24 PM
Rosmah ni tak ada adik beradik ke?

Ada seorang lelaki. Kisah rosmah.

1) https://m.youtube.com/watch?v=nKzRvmRWVUs
2) https://m.youtube.com/watch?v=LXN_gga-JjM

3) https://m.youtube.com/watch?v=Tgw-DgS13YE

4) https://m.youtube.com/watch?v=Z9JkhUTrbq4

5) https://m.youtube.com/watch?v=5FXseV4WYBc

Quote PEPPERMAN 21-5-2018 08:54 AM
Semoga dia tak putus asa untuk menyumbang kepada masyarakat melalui kerja2 amal,   walaupun tidak lagi bergelar First Lady.

Dan pengalaman serta kejayaan beliau dalam PERMATA terlalu berharga untuk disiakan. Menteri Pendidikan baru yang mentah dan cetek pengalaman mesti berusaha untuk mrndapatkan khidmat Rosmah sebagai penasihat kementerian.
Quote DARSITA 21-5-2018 08:57 AM
PEPPERMAN replied at 20-5-2018 04:54 PM
Semoga dia tak putus asa untuk menyumbang kepada masyarakat melalui kerja2 amal,   walaupun tidak la ...


Ni ler modal orang UMNO - yang muda dipandang mentah (anak kucing) yang tua pulak dikatanya nyanyuk.


Quote DARSITA 21-5-2018 08:58 AM
FOTHER-MUCKER replied at 20-5-2018 04:39 PM
Ada seorang lelaki. Kisah rosmah.

1) https://m.youtube.com/watch?v=nKzRvmRWVUs



terimakasih nanti aii tengok.

Quote gaara_X 21-5-2018 09:03 AM
Lepas nie leh apply kija kat KEMAS...pengalaman dari PERMATA tu cukup beharga...ahaks!!
Quote kucen_miang 21-5-2018 09:05 AM
nuralisa replied at 21-5-2018 07:57 AM
smlm tgk berita muka dia dah makin membengkak...

banyak nangis banyak tido kot.
Quote umbut 21-5-2018 09:13 AM
Jgn tenang sangat kak mah... tunguuuuuuuuuu
Quote rospinki 21-5-2018 09:31 AM
patutnya bersyukur kerana diberi peluang lebih masa utk beramal padanya lagi2 dibulan mulia pada usia yg semakin senja..Allah maha penyayang..kesian dikala usia kian susut masih diberi ilham utk terus berjasa pada negara..patutnya kita sudah merebahkan diri hati dan jiwa padanya dan melewati hari dengan tenang serta bershaja.

eh
Quote zaziot 21-5-2018 09:38 AM
rmbut dh nmpak kempis..hair dresser kena pecat dh ke
Quote talirafia 21-5-2018 09:40 AM
DARSITA replied at 21-5-2018 08:01 AM
oh muka ... kalau hidung semakin panjang aii tau sebab sebabnya -----------------> Pinocchio ; ...

muka kau cun sangat ke???

ntah2 macam anak toyol ikut muka mak dia

buruk cam selipar jamban


Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.225448 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top