Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Tiada Wang Ganjaran Walaupun Puasa Penuh- Cara Aaron Aziz Didik Anak

Oleh: Amirah|21-5-2018 12:53 PM Komen: 25
Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri untuk mendidik anak dalam memahami agama dan kepentingan mendekatkan diri pada Tuhan.

Begitu juga dengan Aaron Aziz yang begitu tegas mendidik anak-anak dan tidak pernah mengamalkan ganjaran hadiah mahupun wang sebagai balasan jika mereka berjaya berpuasa penuh.

Foto: IG Aaron Aziz
Dia sering mengingatkan anak-anak tentang tujuan berpuasa serta keberkatan yang akan diperolehi jika melakukan dengan niat kerana Allah.

"Saya sering beritahu mereka kalau tak boleh buat untuk Allah, macam mana Allah hendak dengar apa permintaan kita?

"Saya tidak amalkan ganjaran tetapi sentiasa ingatkan berpuasa di bulan Ramadan adalah diri mereka dengan Tuhan," katanya pada Mstar Online.

Foto: IG Aaron Aziz
Cara Aaron mendidik anak bukanlah bermaksud dia tidak bersetuju dengan ibu bapa lain yang mendidik anak-anak mereka dengan memberikan ganjaran.

Foto: IG Aaron Aziz
"Tiada apa yang betul dan salah dalam memberi motivasi kepada anak-anak dan setiap orang ada cara masing-masing," ujarnya.

"Dua anak saya mula berpuasa ketika mereka berusia lapan tahun manakala yang bongsu tujuh tahun.

"Sebagai bapa saya memang tegas tentang berpuasa dan tidak mahu mereka ambil sambil lewa akan perkara itu.

"Sementara mereka masih kecil, saya mahu tegas tentang soal itu agar mereka terbiasa dengan tanggungjawab sebagai seorang Islam," katanya.

Foto: IG Aaron Aziz
Dia juga berkongsi tentang kerjayanya pada bulan Ramadhan yang dikurangkan demi memberi fokus kepada keluarga dan memajukan perniagaan. Dalam pada itu, dia juga akan muncul dalam sebuah telefilem raya yang berjudul Renyai Takbir Raya tidak lama lagi.

Moga Aaron dilimpahi kurniaan rezeki pada bulan mulia ini bersama keluarga tercinta. Lama juga tidak melihat Aaron berlakon. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 25
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kikiharris 29-5-2018 08:31 PM
Puasa kat Msia oklah. Mmg dah standard 7 lebih dah boleh berbuka. Kat europe mmg pengsan la bebudak kecik nak kena puasa dari 3 pagi sampai 9 lebih. Camne mak bapak train anak diaorg puasa, tak tahulah plak iols. Tapi yg pasti ramai je iols tgk budak2 high school siap bertudung hitam, ada botol mineral dlm poket blazer uniform sekolah

Lain-lain Komen

Quote shernazz 21-5-2018 02:43 PM
Ok la tu..
Ganjaran ni bujan skang je
Dolu lg dh buat...hihi
Ayah iols bg rm1 setiap hari kalau posa penuh...

Quote haruslah 21-5-2018 02:47 PM
Yg penting x paksa anak2  5 6 tahun pose...kalau rela xpe. Ni nak paksa...kesian kot
Quote siputsedut 21-5-2018 02:49 PM
Kalau aku..aku pon x nak bg ganjaran gini..puasa tu tanggungjawab gitu konsepnya..tp kalau nk ajar bab tanggungjawab ni..haruslah x expect darjah 1 dah boleh puasa..maybe start lambat kot..or bila dia sendiri dh mintak..aku rasa bdk2 dh masuk skolah nnt tgk kwn2 puasa automatik dia nk ikut puasa jgk sbb takde geng nk g kantin...
Quote drivethru 21-5-2018 02:49 PM
Gosip sendu.
Quote ctaf 21-5-2018 03:03 PM
siputsedut replied at 21-5-2018 02:49 PM
Kalau aku..aku pon x nak bg ganjaran gini..puasa tu tanggungjawab gitu konsepnya..tp kalau nk ajar b ...

Sekolah anak aku cikgu gila wajibkan puasa.hanya non muslim sahaja boleh makan di kantin.yg islam walaupun darjah 1, tak boleh makan tak boleh minum tak boleh bawa bekal walaupun air.memang rule sekolah ke skrg wajibkan puasa.
Quote babycc 21-5-2018 03:18 PM
haruslah replied at 21-5-2018 02:47 PM
Yg penting x paksa anak2  5 6 tahun pose...kalau rela xpe. Ni nak paksa...kesian kot

Betul.. aku pon ckp dgn asben aku.. anak baru umur 6 thn.. kesian naknsuruh puasa.. dfmk pon kata seeloknye 10 thn.. time2 ni galakkan solat je dulu
Quote Nana_Man 21-5-2018 03:22 PM
I pun tak pernah kasi duit atau hadiah untuk puasa. Pasal budak2 tak pernah rasa lapar dan dahaga yg teruk. Jd bulan ramadhan ni lah peluang dorang nk rasa mcm maner budak2 kat syria,africa etc lalui setiap hari.
Tapi takde smpi tahap memaksa. Less than 7 yrs masih in training. Puasa beberapa jam pun ok. Tapi dah lepas 7 tahun tu memang kene galakkn lah.
Quote palmolive 21-5-2018 03:26 PM
kebanyakannya yg paksa anak kecik puasa ni aku peratikan takde pulak nak paksa anak kecik dia solat...
pelik aku
Quote sarahmirza 21-5-2018 03:45 PM
ctaf replied at 21-5-2018 03:03 PM
Sekolah anak aku cikgu gila wajibkan puasa.hanya non muslim sahaja boleh makan di kantin.yg islam  ...

Masa anak2 i darjah 1 - 2, bulan puasa i suap dia orang makan dlm kereta sebelum ke sek agama sebelah petang.
Memang dia tak makan minum kat sekolah... dia pun tau segan..
Itupun ada juga yang kecam sebab katanya I tak ajar anak berpuasa.
I memang tak suruh apatah lagi paksa anak2 I puasa penuh...
Biar dia orang rasa dah bersedia sendiri..
Anak2 I umur 9 tahun baru masing2 dah boleh puasa 30 hari penuh..

Orang kita, beriya paksa anak kecik2 puasa penuh...
Konon2nya melatih puasa gitu..
Tapi pengisian pendidikan rohani kosong..
Kesian kat anak... kecik2 belum mumaiyiz di suruh bertudung, di suruh puasa...
Tapi..... amalannya seumpama maknya yang bertudung tapi tak menutup aurat..


Quote siputsedut 21-5-2018 04:19 PM
ctaf replied at 21-5-2018 03:03 PM
Sekolah anak aku cikgu gila wajibkan puasa.hanya non muslim sahaja boleh makan di kantin.yg islam  ...

This is madness..bukan wajib pon puasa bdk2 x akil baligh tu...sekolah mana taliban sgt ni sis? Mohon report kt ppd
Quote siputsedut 21-5-2018 04:24 PM
sarahmirza replied at 21-5-2018 03:45 PM
Masa anak2 i darjah 1 - 2, bulan puasa i suap dia orang makan dlm kereta sebelum ke sek agama sebe ...

Kesian jgk bdk2 ni...anak i baru kindy pon mintak nk pakai long sleeve je n tudung .katanya segan sbb kwn2 lain pakai dia tak pakai..kesian plak tgk sememeh peluh2 ..tp nk wat caner kan..keputusan dia...kita kena la hormat....tp nak cakapnya...kuatnya pengaruh rakan sebaya...sampai bdk kindy pon mintak puasa sbb kwn2 dia ramai puasa..huhu tp i selalu pesan kat anak..umur dia takpe lg tak pakai tudung..tak puasa..jgn ikut org...Allah x marah pun kalau dia tak puasa tak pakai tudung...nnt bsr baru Allah suruh pakai..kalau time cuti mmg dia rilek2 je jd kanak2...hari g sekolah mesti stress semula nak ikut cara org...
Quote talapia 21-5-2018 04:27 PM
sebelum didik anak berpuasa.. didik tiangnya dulu. Solat. Kadang tu orang kita.. kalau x puasa kemain lagi rasa berdosa... tapi solat 5 waktu x pernah cukup.
Quote ctaf 21-5-2018 10:42 PM
talapia replied at 21-5-2018 04:27 PM
sebelum didik anak berpuasa.. didik tiangnya dulu. Solat. Kadang tu orang kita.. kalau x puasa kemai ...

Yes yg ni aku sokong sgt
Quote sarahmirza 22-5-2018 10:22 AM
siputsedut replied at 21-5-2018 04:24 PM
Kesian jgk bdk2 ni...anak i baru kindy pon mintak nk pakai long sleeve je n tudung .katanya segan  ...

Anak i masa kindy cikgu tanya kenapa tak ajar puasa? I jawab kesian la cikgu,budak kecik tak tahan lapar. Anak i pun jujur je jawab kat cikgu dia yang dia breakfast sebelum pergi sekolah

Memang stress la budak sekarang, lagi2 bila ada pulak yang diajar mak ayah nya... tak pakai tudung jadi kafir... cikgu tadika/taska pun riuh suruh anak pakai tudung beriya..
Bila budak tak bertudung, macam2 dikata... kafir la, masuk neraka la, itu ini then tak nak kawan pulak... memang stress budak2 sekarang.

Somehow I rasa nasib baik takde anak perempuan bersekolah.... kalau tak, sure anak I dengan I sekali stress bab berpakaian & tudung bagai ni.
Quote sarahmirza 22-5-2018 10:25 AM
talapia replied at 21-5-2018 04:27 PM
sebelum didik anak berpuasa.. didik tiangnya dulu. Solat. Kadang tu orang kita.. kalau x puasa kemai ...

Betul...
Sepatutnya tekankan pada solat dulu...
Ajak anak2 kita bersolat jemaah kat rumah..

I teringat ada sedara jauh yang setiap tahun isteri dia canang suami dia mesti puasa 6 di bulan syawal.. Raya 2 dah mula puasa.
Sayangnya i perhatikan, puasa tapi sepanjang hari tidur tak solat pun..
I suspek dia puasa 6 tu sebab nak elakkan isteri dia ajak beraya

Quote clarizsa 22-5-2018 10:35 AM
ctaf replied at 21-5-2018 03:03 PM
Sekolah anak aku cikgu gila wajibkan puasa.hanya non muslim sahaja boleh makan di kantin.yg islam  ...

Semua sekolah cmtu kot.
Anak i mmg separuh hari je puasa kat sekolah. Balik sekolah panas terik dh nangis minta air. Mmg i bawakan air utk dia minum dlm kete sbb x menyempat nk smpai umah dahaga sgt.
Quote clarizsa 22-5-2018 10:40 AM
Hr minggu hr tu anak i berjaya puasa penuh sbb dok umah je, ada juga dia cerita kawan2 dpt singgit klu berjaya puasa. Pastu i jawab so? Biarla depa dpt, u nak jugak ke? Minta dgn daddy la pstu hubby i buat bodo je. Hahahah mmg x bagi apa pun. Pstu pandai plak dia kata ustaz bgtau puasa penuh dpt pahala.
I pun kata bagusla dpt pahala wpun u xleh nmpk rupa pahala tu cmna

Anak i mmg jenis x suka mkn minum pun wpun hr biasa
Tapi i xde paksa posa penuh pun. Cukup la separuh hari kalau hari sekolah
Kalau cuti, terpulang la dia nk ikut posa ke tak
Lagi paksa lagi dia meluat plak nnti
Quote clarizsa 22-5-2018 10:42 AM
siputsedut replied at 21-5-2018 04:19 PM
This is madness..bukan wajib pon puasa bdk2 x akil baligh tu...sekolah mana taliban sgt ni sis? Mo ...

Semua sekolah kan mcm tu?
PPD layan ke kalau repot
Kalau gigih bawa makanan minuman pun bakal berisiko diejek oleh kawan2 atau guru2.. lagi stress
Quote siputsedut 22-5-2018 11:46 AM
sarahmirza replied at 22-5-2018 10:22 AM
Anak i masa kindy cikgu tanya kenapa tak ajar puasa? I jawab kesian la cikgu,budak kecik tak tahan ...

Taliban nya pesen mak bapak gitu...kesian sbb kwn2 ejek tu la...anak i girl sister..bayangkan la kelas swimming dia pergi pakai swimming sut yg paras lutut lengan three quarter tu..balik tu dia kata teacher suruh beli yg tutup aurat..so mencari la i baju renang yg muslimah gitu...cap pon ala tudung tutup leher...tu utk 5 years old... i risau anak i rasa dipaksa2 plak ...bila dah capai umur akil baligh nak free hair ke..lg haru nk memujuk...

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089966s Gzip On
To Top