CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gugur Anggota Kabinet Jika Prestasi Tak Memuaskan - Tun M

22-5-2018 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2200| Komen: 5

Description: "Kalau prestasi tidak memuaskan, kita kena gugur dan kita pilih lain."
"Kalau prestasi tidak memuaskan, kita kena gugur dan kita pilih lain."

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian selepas upacara mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia 13 menteri Kabinet di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, semalam, lapor BERNAMA.



Foto: BERNAMA

Menurutnya, anggota kabinet boleh digugurkan sekiranya tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan dan akan diganti dengan anggota Parlimen lain yang lebih layak.

"Memang tidak ada Kabinet yang sempurna. Sentiasa ada saja cacat celanya. Kita pilih macam mana pun, ada orang tak puas hati. Yang saya pilih ni pun saya tahu ramai yang tak puas hati. Tapi, tak mungkin kita boleh puaskan hati setiap orang.


"Jadi kita akan cuba. Kalau prestasi tidak memuaskan, kita kena gugur dan pilih lain. Tetapi, kita kena bagi peluang supaya ramai orang baharu masuk untuk menyandang jawatan dalam Kabinet dan wanita pula, tuntutan mereka kita kena ambil kira. Jadi, tak mudah mengisi jawatan Kabinet," katanya.


Foto: BH Online

Dalam masa sama, Dr Mahathir juga mengulas berhubung kritikan diterima selepas memilih  Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

"Dia seorang professor, seorang intelektual, dan seorang lulusan bidang agama, tetapi bahasa Inggerisnya baik.

"Kita kalau pilih yang lama saja ataupun yang ada connection saja pun tak boleh juga. Kita kena bagi pada orang lain. Kita cuba.

"Tapi, ramai daripada menteri yang kita pilih tidak ada pengalaman. Jadi, kita kena ada bantuan daripada pakar," jelasnya. - CARI
5

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • encikdodol


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 22-5-2018 07:59 AM
Yes, gugurkan jangan kira parti. Stop budaya pencacai dalam semua pentadbiran.
Quote chinta89 22-5-2018 10:30 AM
yg x bagus gugurkan!
Quote tobby 22-5-2018 10:33 AM
Calon2nya adalah...  Harap mat sabu perform.
Quote armin 22-5-2018 03:52 PM
Bagus betul tun M. I love you Tun
Quote tobby 22-5-2018 03:55 PM
silap2 mahathir yg gugur...  dek anwar yg x sabau nak jadi PM

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.062559 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top