CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Teruja Artis Korea Pakai Baju Pemberiannya, Wanita Ini Dah Boleh Meninggal Dengan Aman

22-5-2018 01:47 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5713| Komen: 19|Original author: Oleh: Whitney

Description: Pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh peminat yang amat meminati artis pujaan mereka. Bukan hanya dengan memberi sokongan kepada artis tersebut tetapi ada yang sanggup berhabis wang ringgit dengan m ...
Pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh peminat yang amat meminati artis pujaan mereka. Bukan hanya dengan memberi sokongan kepada artis tersebut tetapi ada yang sanggup berhabis wang ringgit dengan memberikan hadiah.



Menariknya, seorang pengguna twitter yang dikenali dengan nama Adel Is Cray For Tae telah berjaya menghadiahkan sepasang set lengkap baju Melayu berwarna putih kepada artis pujaannya melalui kiriman pos ke Korea. Dia bertambah teruja dan gembira apabila pakaian yang dihadiahkan itu dipakai oleh artis pujaannya ketika membuat persembahan. 


Wanita ini begitu teruja untuk menghadiahkan sepasang baju Melayu Aaron Aziz kepada Taehyung.


Impian wanita ini tercapai setelah berhabis wang ringgit semata-mata untuk melihat artis pujaannya memakai baju Melayu berwarna putih ini. 


Ramai netizen yang juga meminati anggota kumpulan BTS berasa sangat gembira dan teruja dengan artis pujaan mereka yang begitu menghargai pemberian peminat. Masing-masing mengucapkan tahniah kepada wanita itu kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk melihat artis tersebut memakai baju Melayu. 

Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak suka dengan status twitter wanita ini yang dilihat begitu taksub dengan artis korea tersebut. Maklumlah, status tersebut menunjukkan yang wanita ini sudah boleh meninggal dengan aman gara-gara melihat artis pujaannya menunaikan impiannya. 

Netizen ini juga berpendapat wanita ini harus memikirkan sesuatu yang lebih penting dalam hidupnya sebagai umat Islam seperti isu Israel berbanding memuja artis Korea itu.


Apa-apa pun, tidak salah untuk meminati artis kesukaan kita, tetapi berpada-padalah dan jangan sampai melanggar syariat. Wanita ini wajar dipuji kerana telah memperkenalkan pakaian tradisional Melayu ke negara lain dan sudah pasti ia menjadi tontonan seluruh dunia. Apa pendapat kalian? - CARI 
13

Bagus
6

Marah
17

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fafaa 22-5-2018 02:29 PM
Dh semak socmed dgn agama kpop ni. Taksub beno dgn oppa jadian
Quote Artemesiaa 22-5-2018 02:35 PM
Baju Melayu antara pakaian yang nampak cantik dipakai mana2 bangsa pun
Quote komkom_2 22-5-2018 03:19 PM
Nmpk ensem si si seokjin tu pakai kurta tu...
Aku pun minat gak bts ni tp xde la nk sembah ratu bagai smpi tulis akad nikah..
Gigih benor dek oi...
Quote samperit 22-5-2018 03:31 PM
Fafaa: Dh semak socmed dgn agama kpop ni. Taksub beno dgn oppa jadian

Oppa tu ape
Quote Victorioussss 22-5-2018 04:37 PM
So, kite kene menggelabah ke sekarang?
Quote tipuware 22-5-2018 07:15 PM
Smoga kpop tu YouTube cara pakai sampin
Quote cepheid 22-5-2018 07:42 PM
samperit replied at 22-5-2018 03:31 PM
Oppa tu ape

Oppa = older brother. Ala ala abang gitu
Quote dani-rox 22-5-2018 08:15 PM
ai sikit pun tak minat kpop (nama dan muka dia org lebih kurang sama lol) tp biarlah adek tu nak gumbira.

dlm BI, betul la apa dia cakap, now i can die happy gitu. melemahkan semangat org memang malaysians no1 kan. ko happy ka, ko sedih ka... ada jah malaun petik palestin la, rohingya la bg ko rasa guilty. bodow.
Quote anno_miss 22-5-2018 10:00 PM
Kena molek saiz baju tu dgn badan...
Quote chazey 22-5-2018 10:13 PM
dani-rox replied at 22-5-2018 08:15 PM
ai sikit pun tak minat kpop (nama dan muka dia org lebih kurang sama lol) tp biarlah adek tu nak gum ...


Memang bodoh. Kimk hipokrit ja memasing macam la tiap yang menyeru ingat Rohingla, Palestin segala itu tiap masa tiap saat doakan meka. Ntah2 masa makan KFC, Mekdi or berjimak dengan laki bini gilpren boipren tunang skendel lupa Rohingla Palestin segala.
Quote salmon-suki 22-5-2018 10:54 PM
Biarler dia nak meninggal tgk kpoop ni pakai baju y dia kasi..y penting akidah x lari drpd y Satu....lg pun,budak2 kpoopers ni xley dijentik,maka meroyan sentap lah mereka mcm org2 penyembah berhala zmn dulu2..
Quote precious_chicas 23-5-2018 02:38 AM
okay...boleh pergi meninggal daa
Quote haryatie 23-5-2018 07:45 AM
biar la dia da minat nya Kpop
bukan nya smpai dia menyembah org tu atau smpai lupa agama sendiri pulak
masing2 ada minat nya
lbih kurang jerk..
kalau yg x minat Kpop tu ada ke beria buat amal jariah nya...
Quote chinta89 23-5-2018 10:05 AM
x salah nak minat retis mana2 pun tp status sapa boleh mati ngn aman tu agak melampau la..
Quote cicicumel 23-5-2018 11:18 AM
Overnya bawang komen smpai isu israel palestin bagai..
Quote EncikH 23-5-2018 11:42 AM
the heck......kah kah kah
Quote annehuda 23-5-2018 11:49 AM
aku rasa skrang ni kite literally cannot take it seriously benda-benda merapu yg org tulis ni especially kt twitter. aku tak rasa budak tu btul2 nk nikah ngan artis kpop tu pun.

netizen pun cambodo caya je bulat2.
Quote gummygummy 23-5-2018 03:04 PM
bukti vdeo mne
Quote vanillaninja 23-5-2018 03:41 PM
I tak suka Kpop ni tapi I lagi menyampah dengan manusia yang tanya 'how can you die peacefully? Siapa nak lawan bertarung Zionis Israel' bagai tu eh hello? Macam la hidup dia sendiri diabdikan pada benda2 bukan duniawi semata2.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.302326 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top