CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Resipi Berbuka Puasa: Nasi Lemak Sedap & Mudah!

23-5-2018 10:15 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 14774| Komen: 63|Original author: Oleh: Diba S.

Description: Kebiasannya nafsu makan atau keinginan untuk memakan sesuatu di bulan puasa lebih tinggi berbanding bulan-bulan biasa
Kebiasannya, nafsu makan atau keinginan untuk memakan sesuatu di bulan puasa lebih tinggi berbanding bulan-bulan biasa. Tapi, adakah yang mengidam makan nasi lemak di bulan Ramadan ini? 



Foto: Facebook Resepi Malaysia

Selalunya, kita lebih berpuas hati memasak sendiri berbanding membeli di bazar Ramadan yang mana rasa dan kebersihannya tidak terjamin. Jadi, jom masak sendiri nasi lemak di bulan yang mulia ini buat ahli keluarga yang tercinta! 


Bahan untuk nasi

Foto: Facebook Resepi Malaysia

3 cawan beras
3 hiris halia
3 ulas bawang merah - hiris
1 cawan santan
3 cawan air - boleh tambah atau kurangkan mengikut cita rasa 
1 helai daun pandan 
Secubit garam
1 batang serai - dititik
2 helai daun pandan


Cara Menyediakan Nasi Lemak

1. Basuh beras dengan air sehingga bersih, kemudian toskan.
2. Panaskan minyak, kemudian tumis serai, daun pandan, halia, dan bawang sehingga wangi.
3. Masukan air dan santan, kemudian masak sehingga mendidih. Tambah garam dan kacau rata.
4. Tuangkan beras yang sudah ditoskan tadi ke dalam periuk nasi. Kemudian, tuangkan juga santan yang sudah dimasak dan masak nasi seperti biasa.
5. Bila dah masak, kacau nasi menggunakan chopstick agar beras tidak patah.


Foto: Facebook Resepi Malaysia


Bahan Untuk Sambal

6 sudu besar cili giling
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji bawang tumbuk - dihiris
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 biji bawang besar - ditumbuk
Sedikit air asam jawa
Segenggam ikan bilis (sebahagian di goreng dan sebahagian di tumbuk)
Sedikit gula, garam, dan perasa


Cara Menyediakan Sambal

1. Tumis cili giling, bawang putih, bawang besar, ikan bilis, dan bawang merah sehingga pecah minyak. Kemudian, masukan bawang besar hiris, air asam jawa, dan sedikit air agar sambal tidak pekat.

2. Bila sudah mendidih, masukan ikan bilis yang sudah kita goreng tadi dan sesuaikan rasa.

Anda boleh tambah sendiri bahan sampingan lain seperti telur, timun, dan kacang tanah mengikut kesukaan anda. 


Selamat menjamu nasi lemak untuk berbuka puasa! Pasti anda puas hati! - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-5-2018 10:59 AM
Laki iols.ajor...
Masak.nasi.lemak.letak.halba sket..
Style nyonya ke apa xtau...
Sejak tu iols.mmg.buat ada halba
Tp x bleh letak byk
Lagipon utk.mommy breastfeeding pon elok makan...sebab ada halba tu
Quote MariaClara 23-5-2018 12:44 PM
shernazz replied at 23-5-2018 10:59 AM
Laki iols.ajor...
Masak.nasi.lemak.letak.halba sket..
Style nyonya ke apa xtau...

apa keistimewaan halba klau letak dlm nasi lemak? nak tahu juga...
Quote Megikari 23-5-2018 02:42 PM
MariaClara: apa keistimewaan halba klau letak dlm nasi lemak? nak tahu juga...


My mom masak nasik lemak pun letak halba. Wangiiii
Quote shernazz 23-5-2018 03:46 PM
MariaClara replied at 23-5-2018 12:44 PM
apa keistimewaan halba klau letak dlm nasi lemak? nak tahu juga...

Dia ada satu bau tu..sedap..
Cm kita makan nasi dagang..ada satu bau
Tp jangan letak banyak...pahit...
Laki iols blaja kat cina..
Quote MariaClara 24-5-2018 12:10 PM
shernazz replied at 23-5-2018 03:46 PM
Dia ada satu bau tu..sedap..
Cm kita makan nasi dagang..ada satu bau
Tp jangan letak banyak...pa ...

thanks info...

meleleh liur hihihi
Quote shernazz 24-5-2018 12:42 PM
MariaClara replied at 24-5-2018 12:10 PM
thanks info...

meleleh liur hihihi

Hehe
Iols tgk trend bulan remdan.masak.nasi.lemak.tahun ni..
Quote hatikudus 25-5-2018 01:30 PM
Megikari replied at 23-5-2018 02:42 PM
My mom masak nasik lemak pun letak halba. Wangiiii

Hakak masak pun bubuh halba mmg wangi & sedapp
Quote trexxxxxi 25-5-2018 03:53 PM
shernazz replied at 23-5-2018 11:59 AM
Laki iols.ajor...
Masak.nasi.lemak.letak.halba sket..
Style nyonya ke apa xtau...

oo baru tau.. bole try lepas ni..
selama ni masak macam biasa je
Quote shernazz 25-5-2018 04:30 PM
trexxxxxi replied at 25-5-2018 03:53 PM
oo baru tau.. bole try lepas ni..
selama ni masak macam biasa je

Hehe..try la..
Kita cuba kelainan sket skali skala kan
Quote chazey 25-5-2018 05:55 PM
Sorry. Sambal tumis nasik lemak if tak buh kunyit hidop memang tak sedap. Dan udang kering. Tapi udang kering tu boleh la juga skip sebab mahal kan. But kunyit hidup is a no no skip. If ko tak letak, memang akak cerca sambal ko.
Quote chazey 25-5-2018 05:56 PM
MariaClara replied at 23-5-2018 12:44 PM
apa keistimewaan halba klau letak dlm nasi lemak? nak tahu juga...


Bagi rasa lemak dan bau wangi yang power kat nasik.
Quote RatuDunia94 26-5-2018 11:17 AM
shernazz replied at 23-5-2018 03:46 PM
Dia ada satu bau tu..sedap..
Cm kita makan nasi dagang..ada satu bau
Tp jangan letak banyak...pa ...

Letak kat nasi ayam pon boleh ke?
Quote shernazz 26-5-2018 11:28 AM
RatuDunia94 replied at 26-5-2018 11:17 AM
Letak kat nasi ayam pon boleh ke?

Nasi ayam x la kot
Sebab halba ni rasa herb sket..
Kalau nasi dagang..nasi lemak..pulut ok la..hehe
Quote misc 26-5-2018 05:12 PM
chazey replied at 25-5-2018 05:55 PM
Sorry. Sambal tumis nasik lemak if tak buh kunyit hidop memang tak sedap. Dan udang kering. Tapi uda ...

first time dengar ni letak kunyit. thanks!!  i mesti try resepi baru nih. selalu sambal nasik lemak i buat mmg fail.
Quote mesmerize 26-5-2018 06:06 PM
ai buat nasi lemak tak letak halia n serai sebab nanti confuse rasa banyak sangat.
ai letak santan, bawang merah, bawang putih, beras basmathi, garam, guna sikit, daun pandan. kalau ada halba baru letak.
Quote chazey 27-5-2018 04:22 AM
misc replied at 26-5-2018 05:12 PM
first time dengar ni letak kunyit. thanks!!  i mesti try resepi baru nih. selalu sambal nasik lema ...

Meh aiol bagi resipi kot2 chuol nak terai.

Ni sambal nasi lemak nyonya.
IMG_20180520_133143.jpg

Ni sambal tumis Marina Mustaffa.
IMG_20180527_041725.jpg

If nak jadikan sambal bilis/sambal nasi lemak just tambah bilis je.
Quote chazey 27-5-2018 04:30 AM
Edited by chazey at 5-6-2018 02:54 AM
mesmerize replied at 26-5-2018 06:06 PM
ai buat nasi lemak tak letak halia n serai sebab nanti confuse rasa banyak sangat.
ai letak santan, ...


Aiol pula letak halia, garam, halba, santan ngan daun pandan jah.
Quote misc 27-5-2018 05:37 AM
chazey replied at 27-5-2018 04:22 AM
Meh aiol bagi resipi kot2 chuol nak terai.

Ni sambal nasi lemak nyonya.

thanks sis! I suka!
Quote chazey 27-5-2018 07:56 AM
misc replied at 27-5-2018 05:37 AM
thanks sis! I suka!

Welkam. Puasa2 ni akak rajin memasak tu yang hari2 kelek resopi jah.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.075569 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top