CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hina Sangat Ke Berniaga Pasar Malam Sampai Makcik Cakap Macam Tu?

28-5-2018 11:28 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9269| Komen: 42|Original author: Oleh: Whitney

Description: Zaman sekarang masih ramai lagi graduan yang masih menganggur. Jadi, sudah tidak pelik sekiranya mereka yang mempunyai ijazah sekalipun bekerja sendiri dengan berniaga atau pelbagai jenis pekerjaan ba ...
Zaman sekarang masih ramai lagi graduan yang masih menganggur. Jadi, sudah tidak pelik sekiranya mereka yang mempunyai ijazah sekalipun bekerja sendiri dengan berniaga atau pelbagai jenis pekerjaan bagi mendapatkan wang untuk memenuhi keperluan hidup.


Seorang pengguna Facebook bernama Taufiq Tajuddin menaikkan status yang mana dia tersentap dengan kata-kata seorang makcik yang mengunjungi pasar malam tempat dia mencari rezeki.  Kata-kata makcik tersebut seolah-olah menghina mereka yang berniaga di pasar malam. 


Ramai netizen yang sedih dan geram dengan sikap makcik yang masih berfikiran sempit dan tidak memahami konsep rezeki. Rezeki diberikan dengan pelbagai cara dan tidak sepatutnya makcik tersebut membandingkan anak-anaknya yang belajar tinggi dengan peniaga-peniaga di pasar malam.





Netizen berpendapat, tidak kisahlah bekerja apa sekalipun asalkan ianya halal. Sedangkan ramai yang mempunyai ijazah tetapi memilih untuk berniaga di pasar malam. Ramai yang sedar bahawa dengan berniaga mereka lebih fleksibel dari segi masa dan kadang kala wang hasil berniaga lebih banyak daripada mereka yang kerja makan gaji. 


Oleh itu, hati-hati ketika bercakap dan bersihkan hati. Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Jangan pula kita menghina atau memandang rendah terhadap mereka yang mencari rezeki yang halal. Apa pendapat kalian? - CARI

25

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
13

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 28-5-2018 11:35 AM
ye ke? ke saja nk viralkan gerai bagi laku?
Quote Knowlee 28-5-2018 11:42 AM
krustykrab replied at 28-5-2018 11:35 AM
ye ke? ke saja nk viralkan gerai bagi laku?

Sempat jugak makcik tu nak condemned org ye. Zaman millennium mcm ni pun ramai lagi makcik yg cakap camtu ye.
Quote jazaa100 28-5-2018 11:45 AM
Bosannn.....

Next..
Quote sufi^_^ 28-5-2018 11:52 AM
Macam susah je nak caya ada makcik cam tu zaman ni.
Sapa2pun boleh buat cereka perbualan cam tu, sebab nak femes viral.
Quote tengku_anggun00 28-5-2018 11:55 AM
amboi makcik mulut longkang betoi....btabah lah bakal-bakal mnantu mcik...mcik ingt sm, kluar universitii pon blum tentu lg nk dpt kja hebat2....
Quote nuril86 28-5-2018 12:09 PM
Knowlee replied at 28-5-2018 03:42 AM
Sempat jugak makcik tu nak condemned org ye. Zaman millennium mcm ni pun ramai lagi makcik yg caka ...

ade je sis... banyak mak cik pacik mcm tu... citer anak dia keje bagus etc... tp ujung2 mak pak yang kene dtg tgk anak2 diperantauan....
Quote matchstick 28-5-2018 12:13 PM
hasanah versi pasar malam ke dek
Quote besarkecik 28-5-2018 12:33 PM
Memang wujud makcik macam ni.
Tiap kali jumpa, mesti nak bercerita kejayaan anak dia.
Sampai satu tahap, dia cerita pasal anak dia sambil menjeling aku dengan jelingan mak tiri dia tu.  aku cakap jela
"sembang apa jela makcik oi, kenyataan yang kena terima, gaji i berkali ganda daripada anak makcik, tidur bangun balik takkan berubah kenyataan tu. Face it!"
Selalunya makcik  yang jenis gini, kalau nak membeli  mesti sedaya upaya nak tawar menawar harga, kalau tak dapat, tu yang menjeling & mengherdik peniaga.
Quote senahitam 28-5-2018 12:47 PM
makcik aku dulu penah sound adik aku nikah gantung...masa tu dah nikah tp blum kenduri. so time raya dia bawak la wife dia  p beraya kat rumah tok aku...tetiba dia jerit "heyy ko ni blum kenduri lg mana boleh bawak bini ke sana ke sini!!!"

adik aku dgr je trus pecut motor balik umah aku. sentap la. aku time tu tahan je mulut nak sound balik. kurang2 adik aku dah nikah...kenduri je lambat sket....xde dosa ape pun.

dia lupa anak dia kawen lari langsung x kenduri.

tu la contoh yg suka ngata org tp lupa nak tengok diri sendiri. ada je manusia cmni. huhuhu
Quote alieyrina 28-5-2018 01:26 PM
Ramai ja macik2 kg.com mulut gitu..kwn aku kerani pun asik kena banding dgn mak mentua sbb menantu lg 2 org grad uni..kwn aku pun bebel la..tiapkali balik sapa yg duk masak kemas umah mak mentua? Muka kerani ni laa
Quote mdhelmi 28-5-2018 02:06 PM
kata ada makcik yg kondem
tp amik gmbr stail model
xsalah buat camtu utk marketing
at least bgtau la pasar mlm mana

tapi aku mmg pernah jumpa makcik yg jenis ckp lepas
byk ada kat kg2, tp dia ckp camtu dgn org yg dia kenal la
ayat2 dia lebih kurang mcm dlm berita tu la
Quote AbukRokok 28-5-2018 03:25 PM
makcik tu mesti makcik hansuang
semalam jumpa juga makcik hansuang...jual lauk tepi jalan..namun muka masam gila mcm muka cina bukit... cakap kasar an biadap dengan warga emas
Quote Knowlee 28-5-2018 04:01 PM
nuril86 replied at 28-5-2018 12:09 PM
ade je sis... banyak mak cik pacik mcm tu... citer anak dia keje bagus etc... tp ujung2 mak pak ya ...

Mujurlah mak pak I tak mcm tu.
Quote palmolive 28-5-2018 04:04 PM
hadap la ko ngan bangsa makan gaji..normal la komen2 camni..
Quote julia5094 28-5-2018 04:16 PM
Ada je..dah terkena dah hari tu..time kl tak de air. Jumpa la srg mak cik ni kat kedai makan. Katanya nak lari dari masalah air, so cuti2 malaysia kt penang. Baru s mbang sikit..terus dok sembang pasal anak dia kerja bagus..siap cerita lagi anak dia tiap2 tahun bagi duit p holiday luar negara. Padahal baru je kenal..
Quote insulin 28-5-2018 07:12 PM
Semoga abang ni dimurahkan rezeki dan semoga perniagaan dia berkembang dengan pesat.
Quote insulin 28-5-2018 07:12 PM
Knowlee replied at 28-5-2018 04:01 PM
Mujurlah mak pak I tak mcm tu.

Beruntung bakal suami kau...
Quote Knowlee 28-5-2018 08:28 PM
insulin replied at 28-5-2018 07:12 PM
Beruntung bakal suami kau...

Insya Allah bakal suami akan jadi menantu paling dimanjakan la.
Quote whitePoison 28-5-2018 08:42 PM
alahai makcik..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.061914 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top