CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda Maut Akibat Leher Ditembusi Serpihan Logam 'Airbag' Kereta

30-5-2018 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6038| Komen: 35

Description: Mangsa kematian merupakan seorang anak muda berbangsa Cina dan dilaporkan ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan balik ke rumah setelah habis menonton Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah ...
Sebuah lagi kemalangan maut akibat 'airbag' kereta.

Mangsa kematian merupakan seorang anak muda berbangsa Cina dan dilaporkan ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan balik ke rumah setelah habis menonton Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah 5 pagi Ahad lalu.


Menurut laporan akhbar China Press, mangsa mati di tempat kejadian akibat lehernya ditembusi serpihan logam yang disyaki terkeluar dari 'airbag' di tempat duduknya. 


sumber : carian internet

Mangsa berusia 23 tahun, tinggal di kawasan Cheras dan kemalangan itu berlaku di Taman Lien Seng, Cheras.

Menurut bapa mangsa dalam satu sidang media, hasil bedah siasat mendapati punca kematian anaknya adalah disebabkan lehernya ditembusi oleh serpihan logam.


Susulan tidak dapat terima hakikat apa yang berlaku ke atas anaknya, justeru ibu bapa mangsa mengambil keputusan membuat kenyataan secara terbuka sebagai usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan mempertahankan hak pengambilan tindakan perundangan ke atas pengusaha kereta terbabit.

Tambahnya, kereta yang dipandu oleh anaknya adalah berjenama Honda keluaran 2003 dan dibelinya pada tahun 2015. 

Menurutnya lagi, pakar bedah siasat mengesahkan tubuh badan anaknya tiada sebarang kecederaan dan memaklumkan punca kematian adalah serpihan logam yang dikatakan dari 'airbag' didapati menembusi lehernya.

Kini siasatan kes tersebut sedang dijalankan oleh pihak polis berdasarkan akta pengangkutan jalan 1987 seksyen 41(1) dan jenazah mangsa telah pun dikebumikan kelmarin. - CARI
10

Bagus
14

Marah
28

Terkejut
15

Sedih
18

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kibodwatriuh 30-5-2018 01:03 PM
Kereta apa?
Quote fushimi 30-5-2018 01:12 PM

ko dasar pemalas ke apa

ad je tulis kat situ lagi mau tanya
Quote julia5094 30-5-2018 01:12 PM

Kat artikel tu ada tulis..
Quote sayang_mulut 30-5-2018 01:15 PM
honda city pesen ikan bilis ni...
Quote jazaa100 30-5-2018 01:15 PM
kibodwatriuh replied at 30-5-2018 01:03 PM
Kereta apa?

Kau baca tajuk je ek?....
Quote jazaa100 30-5-2018 01:16 PM
sayang_mulut replied at 30-5-2018 01:15 PM
honda city pesen ikan bilis ni...

Honda city kan assamble kt telend....
Quote kibodwatriuh 30-5-2018 01:20 PM
HAHAHAHAHAH tak perasan
Quote supernaturalee 30-5-2018 01:24 PM



bertabah lah ye
bnyk dh yg kena

Quote kibodwatriuh 30-5-2018 01:26 PM
supernaturalee replied at 30-5-2018 01:24 PM
bertabah lah ye
bnyk dh yg kena

Padal aku skim through 2 kali kot, camnalah aku tak nampak.
Quote supernaturalee 30-5-2018 01:29 PM
kibodwatriuh replied at 30-5-2018 01:26 PM
Padal aku skim through 2 kali kot, camnalah aku tak nampak.

2 kali baca xnmpk?
puasa sungguh nih


Quote kibodwatriuh 30-5-2018 01:29 PM
supernaturalee replied at 30-5-2018 01:29 PM
2 kali baca xnmpk?
puasa sungguh nih

HAHAHAHAHAHAHAHA
Quote mommymonster82 30-5-2018 01:30 PM
Dah agak..mesti honda..
Dulu ada kes kan pompuan preggy mati kes airbag jugak..honda jugak..
Xsilap dorg da recall model2 tertentu utk betulkan..
Quote cairel_azlie 30-5-2018 01:32 PM
Owner lama tak pegi tukar ke airbang Takata tu masa recall besar-besaran oleh Honda Malaysia??
Quote Travelo 30-5-2018 01:33 PM
maksud bapa mangsa 'pengusaha kereta' tu ialah company honda itself ataupun org yg menjual kereta terpakai tu? kalau org yg jual kereta terpakai tu,adakah mereka boleh modified airbag tu hingga jadi begini(ada serpihan logam).saya kurang faham
Quote insulin 30-5-2018 01:33 PM
cairel_azlie replied at 30-5-2018 01:32 PM
Owner lama tak pegi tukar ke airbang Takata tu masa recall besar-besaran oleh Honda Malaysia??

Mungkin ini jawapan yang betul. Owner tak tukar airbag yang baru.

Quote paz 30-5-2018 01:34 PM
Kadang-kadang suspend betul dengan airbag. So far memang selalu ada kes begini dari Honda yer.
Quote cairel_azlie 30-5-2018 01:36 PM
Suspendnyer beli keta second..esp honda...rasa mcm muncung pistol 24jam di hala kat kita. ni langgar kuching pun mau meletop airbag tu...huhu
Quote AbukRokok 30-5-2018 01:41 PM
bukan dulu kecoh honda callback kete pasal airbag
mgkin dia mlas nk antar... it will nver happen to me kekdahnya
Quote matamata 30-5-2018 01:43 PM
Proton mmg mcm tu pun....bla....bla....power window....bla....bla...bumbung bocor

#offtopic

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.122083 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top