CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Diburu Seperti Pengkhianat Negara," Jamal Yunos Perlukan Masa Sebelum Menyerah Diri

31-5-2018 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10803| Komen: 94

Description: Datuk Seri Jamal Md Yunos masih gagal untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Rabu pukul 2 petang.
Datuk Seri Jamal Md Yunos masih gagal untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Rabu pukul 2 petang.

Sebelumnya pada Selasa, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu memberi jaminan untuk memberi keterangan berkenaan kemelut yang dihadapinya.


Menurut mStar Online, hanya peguamnya Datuk Mohd Imran Tamrin sahaja yang kelihatan di IPD Ampang Jaya.

"Sehingga 3.30 petang anak guam saya tidak hadir tanpa sebarang maklumat. Namun saya dan pasukan peguam akan terus bekerjasama dengan polis mengenai situasi ini.

"Jika ada sebarang maklumat saya akan datang kembali ke IPD ini.

"Saya berharap pihak polis memberi pertimbangan yang sejawarnya. Apa yang polis nak ambil selepas ini perlu ikut peraturan dan peraturan yang sedia ada.

"Dan polis ada kuasa menahannya."


Sementara itu, Jamal telah menghantar kenyataan yang berkaitan kegagalannya untuk hadir menerusi satu rakaman video.

Katanya, dia bukan mahu menolak pelaksanaan undang-undang terhadapnya.

"Tetapi apabila nama saya disenarai hitam oleh Imigresen dan diletakan dalam pemerhatian polis sebagai orang yang berbahaya sehingga mengikut maklumat saya boleh ditahan dibawah akta yang tidak memungkinkan saya akan dilepas dengan jaminan.

"Cara undang-undang melayan saya seolah-olah saya bukan seorang warganegara yang dijamin hak serta kepentingan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

"Rumah saya diserbu, keluarga saya diburu ketakutan dan cara polis memburu saya seolah-olah mereka ditekan oleh penguasa yang berkuasa sekarang dan saya dilihat seolah-olah melakukan jenayah berat serta mengkhianati negara yang saya cintai ini."

Tambahnya dia memerlukan sedikit masa lagi sebelum menyerah diri.

"Saya akan tampil di balai polis untuk menyempurnakan dokumentasi jaminan saya namun saya berharap pihak polis memberikan sedikit masa kepada saya." -CARI
19

Bagus
6

Marah
14

Terkejut
16

Sedih
25

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 30-5-2018 05:40 PM
hidup ini ibarat roda....haish...
Quote ocho 30-5-2018 05:40 PM
Jamal FOUND
[youtube]YzR0wPPyRSA[/youtube]
Quote FOTHER-MUCKER 30-5-2018 05:50 PM
Pergi mati lah kau. Harap dimasukan  ke hospital gila selamanya.
Quote budakshinchan 30-5-2018 05:58 PM
dah memang ko salah..  layaklah kena tahan..  
Quote eLiaD 30-5-2018 07:46 PM
Dulu acah die ni melampau sgt2......xleh bwak bincng...orng lain ada gak x puas hati..xpi xde lr over mcm die...
Quote Minami2013 30-5-2018 07:57 PM
Drama king sungguh.. najib rilek2 je padahal isu lg besar... ada buat salah ke?
Quote dodolgemok 30-5-2018 08:00 PM
Jamal sampah pondan pengecut xde telo tau pulak kecut nk dtg kan???
Quote pyropura 30-5-2018 08:02 PM
boss @iloveselangor  nih
Quote cmf_almondpecan 30-5-2018 08:03 PM
Penakut sangat nampaknya Jamal ni. Belum kena tuduhan berat2 mcm Anwar Ibrahim. Anwar pun dakwa dirinya kena tindas dan aniaya, tapi kurang2nya takde la dia lari mencicit mcm Jamal yg baru kena sikit sgt berbanding apa yg Jamal dah buat selama ni. Hari tu buat  perangai samseng tak beringat. Melampau sangat sampai org Umno pun naik risau. Org mcm Jamal ni la yg memberi sumbangan besar terhadap kemerosotan imej Umno. Tp mmg tak sangka dia tergamak melarikan diri dan memalukan diri sendiri.
Quote Decaffeinated 30-5-2018 08:07 PM
cer cari dalam jamban....

Quote zidane_ziege 30-5-2018 08:07 PM
Kalau tak salah apa nak takut..
Quote iloveselangor 30-5-2018 08:09 PM
Hujung2 dia jadi Anwar..bakal dibebaskan...Mahathir bangkit dari kubur untuk sucikan dosa lagi.
Quote wunan88 30-5-2018 08:12 PM
[youtube]xqmaKa5i_kk[/youtube]
Quote nenekglamer 30-5-2018 08:16 PM
Lorr... penakut rupanya. Level samseng taik kuceng je mamat ni.
Quote mzzenma 30-5-2018 08:18 PM
Piece of trash. Kecut telur. Coward rupanya. Dasar jamban loji kumbahan. Duduk dalam ladang sawit mcm mat pit.
Quote immi 30-5-2018 08:21 PM
Cettttt pengecut ! Buat salah la tu ....berani buat x berani tanggung
Quote aHoi83 30-5-2018 08:24 PM
Patutnya dlm video tu kau bertuala didalam hutan kelapa sawit lebih dramatic
Quote she 30-5-2018 08:29 PM
Apa pulak nak samakan level dia dgn Anwar

Jauh beza kot

Jamal ni cacat mental dan emosi...fizikal je kebal dek libasan parang kuasa pencak silat nagasakti

Sedih je dengar sayu2...jauh nau kisah Jamal dgn orang lain....mujur dlm bidio ni pakai baju...idok pakai tola perot boroi pistol selit tepi
Quote syidasaleh 30-5-2018 08:36 PM
aHoi83 replied at 30-5-2018 08:24 PM
Patutnya dlm video tu kau bertuala didalam hutan kelapa sawit lebih dramatic

Bahaya takut kena gigit serangga nnt

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.062770 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top