CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Nak Masuk Keranda, Lelaki Dikebumikan Dalam Kereta

1-6-2018 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2950| Komen: 2

Description: Seorang lelaki di utara China yang meninggal dunia diletakkan di dalam keretanya sebelum dikebumikan seperti diminta dalam wasiatnya, lapor media tempatan.
Seorang lelaki di utara China yang meninggal dunia diletakkan di dalam keretanya sebelum dikebumikan seperti diminta dalam wasiatnya, lapor media tempatan.


Foto: SCMP

Menurut laman Kankan News seperti dipetik South China Morning Post, lelaki dikenali sebagai Qi itu berasal dari bandar Baoding di wilayah Hebei dan sangat meminati kereta.

Dia meminta supaya mayatnya diletakkan di dalam kereta Hyundai Sonata berwarna perak miliknya apabila dia meninggal dunia.

Sebuah video yang dimuat naik di laman Weibo pada Rabu menunjukkan kereta berkenaan digantung dengan tali dan dibawa turun perlahan-lahan ke dalam lubang kubur yang digali lebih besar dari kebiasaannya sambil disaksikan penduduk kampung.




Menurut salah seorang penduduk kampung, Qi sangat meminati kereta sejak kecil lagi.

"Ia adalah permintaannya yang menyatakan dia tidak memerlukan keranda, sebaliknya menggunakan kereta untuk mengebumikannya," katanya.

Video itu meraih pelbagai reaksi netizen di Weibo.

"Nasib baik dia suka kereta saja.

"Saya suka kapal terbang, nak buat macam mana tu?" antara komen netizen.

Dalam masa sama, ramai juga membuat spekulasi tentang keadaan kereta itu apabila dikeluarkan suatu hari nanti. 

"Seribu tahun kemudian, ulasan muzium boleh sebut: 'Inilah pengangkutan kuno - sangat perlahan, tapi ia boleh pergi sejauh 100 kilometer sejam (km/j)," komen netizen. - CARI
23

Bagus
5

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 3-6-2018 05:05 AM
"Seribu tahun kemudian, ulasan muzium boleh sebut: 'Inilah pengangkutan kuno - sangat perlahan, tapi ia boleh pergi sejauh 100 kilometer sejam (km/j)," komen netizen. -

{:smile{:smile{:smile bijak sungguh komen. Siap emejin 1000 tahun akan dtg
Quote kivio 3-6-2018 06:35 PM
Adoi.
Punyala obses.
Tak hengat.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.059877 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top