CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bukan Setakat Pengotor, Guna Pewarna Penyebab Kanser Pula - Netizen Mahu Boikot

4-6-2018 11:18 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9962| Komen: 32|Original author: Oleh: Whitney

Description: Tidak dinafikan, rakyat Negara ini suka minum, makan dan menghabiskan masa di kedai mamak. Lebih-lebih lagi bagi golongan lelaki, kedai mamak adalah tempat paling selesa untuk mereka berjumpa dan mele ...
Tidak dinafikan, rakyat negara ini suka minum, makan dan menghabiskan masa di kedai mamak. Lebih-lebih lagi bagi golongan lelaki, kedai mamak adalah tempat paling selesa untuk mereka berjumpa dan melepak dengan rakan-rakan.



Walaupun kedai mamak sering dilaporkan sebagai kedai makan yang kotor dan tidak mengamalkan aspek kebersihan tetapi ia tetap menjadi kunjungan orang ramai. 

Tetapi, baru-baru ini terbongkar pula rahsia penggunaan pewarna yang tidak dibenarkan pada ayam goreng yang dijual dikedai mamak. Jika perasan, warna ayam gorengnya lain dari yang lain dan kelihatan sangat cantik serta menggiurkan. Sebab itulah ramai yang gemar makan ayam goreng mamak ini.


Sedap betul nampak ayam goreng ni.


Tetapi, rupanya kedai mamak gunakan pewarna jenama ini pada ayam gorengnya. Pewarna ini tidak boleh dimakan kerana berbahaya dan boleh menyebabkan kanser!


Ramai netizen yang terkejut. Apa tidaknya, mereka kebanyakan selalu dan pernah makan ayam goreng yang dijual dikedai mamak. Peniaga pula akan sentiasa fikirkan cara untuk menarik perhatian pelanggan walau terpaksa menggunakan bahan terlarang dalam ramuan masakannya.


Rata-rata netizen  ingin memboikot untuk makan kedai mamak kerana bukan sahaja terkenal dengan premis yang kotor tetapi  menggunakan bahan terlarang yang boleh menyebabkan kanser kepada pemakannya. Lagipun ramai juga netizen yang was-was dengan pekerja mamak sama ada mereka muslim atau tidak.

Resipi membuat ayam goreng ala-ala kedai mamak juga pernah dikongsi di laman sosial tetapi apabila netizen cuba membuatnya, hasilnya tidak sama. 

Apa tidaknya, pewarna yang digunakan adalah pewarna yang tidak boleh dimakan tetapi digunakan di kedai-kedai mamak semata-mata menjadikan ayam gorengannya cantik. Patutlah buat sendiri tidak menjadi.


Berhati-hatilah memilih makanan yang dijual kerana para peniaga sentiasa bersaing untuk menarik pengunjung ke kedai mereka. Jika anda mementingkan aspek kebersihan dan halal, lebih baik masak sendiri di rumah kerana lebih terjamin. Setuju tak? - CARI 

5

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
11

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 4-6-2018 11:37 AM
mmg sahih ye pakai pewarna tu? patut ayam diorang nampak extra sedap dari kedai lain.
Quote Themilo 4-6-2018 11:53 AM
padanla ayam mamak nampak kekuningan gitu.. aduhhhhh.. sampainya hati buat pelanggan camni..
Quote kurga 4-6-2018 11:58 AM
kat pewarna tu terang-2 ade bg tau x boleh dimakan.. tp, pewarna tu untuk apa ye?
Quote GigaMom 4-6-2018 12:00 PM
Pewarna tu utk apa sebenarnya.
Apapun ai x pernh mkn ayam goreng mamak ni.
Baikla g kfc. Rega pun lebih kurg
Quote AyaqMeloSuam 4-6-2018 01:20 PM
kurga: kat pewarna tu terang-2 ade bg tau x boleh dimakan.. tp, pewarna tu untuk apa ye?

Mybe fabric ke...
Quote Artemesiaa 4-6-2018 02:01 PM
Mungkin bukan pewarna untuk makanan tapi sebab harganya lebih murah sebab tu ia digunakan.
Quote zulka 4-6-2018 02:30 PM
Quote gekkou 4-6-2018 02:53 PM
netizen boikot lah sangat
ni musim piala dunia
harus berkampung balik dekat mamak
same goes dulu beriya nk boikot produk yahudi kan
hangat2 tahi ayam sangatt
Quote idea77 4-6-2018 07:18 PM
Apa kandungan pewarna tu. Kenapa takleh makan? Kenapa penyebab kanser? Apa bahan yg ada. Berita ni tak lengkap
Quote JerryJemima 5-6-2018 02:01 AM
Kena salahkan pengeluar pewarna tu sekali.

Apsal buat label produk yg mengelirukan mcm tu. Ada lak tulis simple cam gitu je. Boleh mkn/ tak boleh mkn.
Ingat semua org baca label ke
Quote yusryimran 5-6-2018 07:42 AM
nasiblah aku x gemar mamak2 ni semua...
Quote paz 5-6-2018 08:48 AM
Alamak sedapnya ayam goreng mamak.

Takpe lah Paz dah jumpa cara goreng ayam pakai air fryer macam mamak style. Ok esok nak buat lah.
Quote chinta89 5-6-2018 09:44 AM
aku dh lama boikot kedai mamak

kedailain blm tentu bersih jugak tp ak ambikinisiatif ban kedai mamak sb terbukti  kedai deols rata2 kotor hanat
Quote ninjago 5-6-2018 10:46 AM
bukan kuning sebab rempah kunyit ngan kari ke?? damn laa mamak kalau pakai pewarna. what can u expect ngan kedai mamak?? bagus boikot je
Quote meow_tompok 5-6-2018 05:33 PM
aku layan kopi panas dgn roti canai mamak je
jgn yg tu pun kena tipu sudahlah
Quote clarizsa 6-6-2018 12:20 AM
Hmmm
Masak sndri je lah cmni
Mmg loya gak skrg sejak macam2 kes kotor kt kedai2 mamak
Quote haryatie 6-6-2018 01:28 PM
nasib baik  x suka mkn kat kedai mamak
Quote camelia93 6-6-2018 04:17 PM
Patutlaa nampak lawo je color ayamayamm tu
Quote amukgemuk 6-6-2018 09:01 PM
JerryJemima replied at 5-6-2018 02:01 AM
Kena salahkan pengeluar pewarna tu sekali.

Apsal buat label produk yg mengelirukan mcm tu. Ada l ...

Tak silap ku.... pewarna ni tak letak sekali di rak bahan-bahan makanan.
DIa macam ubat ubatan gosok, di farmasi tak letak sekali dengan ubat ubatan untuk ditelan/ dimakan...... tapi tetap tulis "untuk kegunaan luar sahaja"

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.071944 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top