CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertusuk Dahan, Lelaki Sempat Buat Lawak "I Am Groot"

4-6-2018 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3971| Komen: 19

Description: Seorang lelaki dari Belarus, Rusia terpaksa menahan sakit akibat bahunya ditembusi dahan pokok selepas paramotor buatannya sendiri hilang kawalan sebelum terhempas dan merempuh sebatang pokok, lapor M ...
Seorang lelaki dari Belarus terpaksa menahan sakit akibat bahunya ditembusi dahan pokok selepas paramotor buatannya sendiri hilang kawalan sebelum terhempas dan merempuh sebatang pokok, lapor Mirror.




Ivan Krasouski, 36, bagaimanapun sempat bergurau dengan doktor dengan mengatakan dia adalah 'Groot', watak dari filem adi wira Guardians of the Galaxy.

Walaupun berdepan kemalangan ngeri yang menyebabkan sebatang dahan pokok menusuk hingga menembusi bahu kanannya, Krasouski masih sempat merakamkan dirinya di atas katil hospital sambil tertawa dan berjenaka.



Menerusi video itu, kedengaran suara Krasouski menyuruh penonton untuk melihat gambar kecederaannya yang mengerikan itu.



"Semua orang sudah tahu, doktor telah menyebarkan gambar-gambar itu, jadi tiada apa lagi yang ingin disembunyikan. Tengoklah!" katanya.

Sambil berseloroh, Krasouski membandingkan situasinya dengan hukuman pada Zaman Pertengahan.

Krasouski tiba di hospital dengan keadaan dahan berkenaan masih terbenam menembusi bahunya.



Dia pada mulanya menyangkakan bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu, namun terkejut apabila menyedari sebatang dahan menusuk hingga menembusi bahunya.


Foto: Mirror

"Saya meminta pasukan penyelamat untuk mengeluarkan serpihan dahan itu, namun mereka enggan melakukannya di lokasi kejadian kerana khuatir saya akan mengalami pendarahan yang boleh menyebabkan kematian," katanya. - CARI
10

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GigaMom 4-6-2018 02:04 PM
Kebal mamat rusia ni
Klu kat sini mesti dh lama jantan2 2b pengsan koma x bangun2
Quote rosa_canina 4-6-2018 02:08 PM
dahan pokok tu sama besar dgn lengan dia  
Quote Artemesiaa 4-6-2018 02:08 PM
Euwww mengerikan besar jugak dahannya tu
Quote ell768 4-6-2018 02:08 PM
lawak i am groot tu mmg kelako..hahahahahha
Quote manehnya 4-6-2018 02:23 PM
huuuuuu seriauw makk!
Quote myakayina 4-6-2018 02:24 PM
ngilunya tengok..
Quote insulin 4-6-2018 02:27 PM
Kasihan. Memang hati kental pakcik dari negara beruang nih...
Quote precious_chicas 4-6-2018 02:33 PM
hadoihhh....dia boleh melawak...kita rasa geli je bahu nengoknya
Quote zulka 4-6-2018 02:39 PM
mujur tak kena dada
Quote barfi 4-6-2018 02:43 PM
Ngeri siottt
Quote prettyuglybabe 4-6-2018 02:52 PM
aku pulak rasa nak pitam
Quote tobby 4-6-2018 02:59 PM
Takpe asal najib tombang
Quote raxief 4-6-2018 03:03 PM
badass russian
Quote ChildrenOfBodom 4-6-2018 03:20 PM
Belarus, Russia?  

you better check your facts first before show your stupidity
Quote Atata 4-6-2018 03:23 PM
tobby replied at 4-6-2018 02:59 PM
Takpe asal najib tombang

hahahahahaha budus... tetiba terselit kat sini
Quote lasagnaklcc 4-6-2018 03:23 PM
Besar jgk kayu yg tertusuk tu. Dgr dia cite siap ada sound effects lagi... dudududududu
Quote zameyla 4-6-2018 03:23 PM
hadoiii..........scarynya.
Sempat dia buat lawak lagi....
Quote Levespa 4-6-2018 03:49 PM
wah impak dan momentum yg tepat, sampai kayu besar dan tumpul mcm tu pun boleh tembus sedalam tu.. dan ada ke dia nak cabut kat situ je.. memang hati kering sungguh mamat ni
Quote dani-rox 4-6-2018 09:13 PM
ngerinya.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062878 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top