CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Pandang Lekeh Tetapi Wanita Ini Puji UiTM Berbanding Universiti Deakin

5-6-2018 11:43 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 3376| Komen: 10|Original author: Oleh: Whitney

Description: Memasuki pusat pengajian tinggi awam bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah impian ramai para pelajar. Bagaimana pun, agak sedih apabila ramai yang memandang lekeh pada Univer ...
Memasuki pusat pengajian tinggi awam bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah impian ramai para pelajar. Bagaimanapun, agak sedih apabila ramai yang memandang lekeh pada Universiti Teknologi Mara. 


Pelbagai tanggapan yang diberikan kepada universiti tersebut sedangkan ia  adalah universiti yang telah banyak membantu melahirkan graduan yang berdaya saing.


Seorang pengguna twitter dikenali dengan nama Nina Nadira cuba membandingkan antara dua universiti yang pernah dia belajar. Menurut Nina, pengalamannya belajar di Universiti Teknologi Mara semasa mengambil diploma lebih mencabar daripada pengalamannya semasa belajar di Universiti Deakin, Melbourne. 

UiTM mempunyai standardnya yang tersendiri dan para pensyarahnya lebih berdedikasi serta lebih tegas dengan kedatangan para pelajarnya ke kuliah.



Ada netizen yang bersetuju dengan pendapat wanita ini. Memang ada pensyarah di UiTM yang sangat komited dan rajin. UiTM juga sangat tegas dengan kedatangan para pelajarnya.


Komen netizen ini agak kelakar. Khidmat Polis Bantuan UiTM terpaksa digunakan bagi mengesan pelajar  yang selalu gagal datang kuliah. Walaupun ia dilihat seperti keterlaluan tetapi dari segi positifnya, pihak universiti mengambil berat dan dapat mengenal pasti masalah para pelajarnya.


Netizen pada mulanya mengecam wanita ini dengan mengatakan dia tidak layak untuk memasuki UiTM  tetapi dia dibalas dengan baik oleh wanita ini. Maklumlah, siapa pun boleh belajar di kebanyakan universiti  luar negara asalkan banyak wang. 


Tidak kisahlah belajar di universiti mana sekalipun, asalkan kita belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita. Jangan memandang rendah pada mana-mana universiti kerana masing-masing mempunyai standard yang tersendiri. Setuju tak? - CARI 

7

Bagus
5

Marah
17

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mzzenma 5-6-2018 12:28 PM
Nina nadira ni bukan retis ke? Budak af tu?
Quote cairel_azlie 5-6-2018 01:27 PM
kalo Uitm takder tak baguih takder la bebudak dia yg sambung ke overthesea sukses dan berjaya kerja yg ok ok dalam dan luar negara!!
Quote azimodin 5-6-2018 02:43 PM
Bila orang cakap belajar kat uitm ni ni "kacang", kau cadangkan dorang masuk course engineering pastu ambik kelas lecturer lelaki yang kertu2 dengan berjanggut. untuk subject core. tengok soalan tutor pon rasa nak pitam. jangan kau berani nak olah ayat wiki untuk lab report, mampos kena "mark" sampai habis sem. ponteng kelas 3 kali pon dah kena sound dengan PA - mungkin PA tu terlebih rajin.

X dilupakan pakcik2 polis yang kadang2 gila kuasa. Awek hot pakai baju kebaya melekat lepas je tapi kalau gadis muka sendu cam aku ni pakai lab coat pon kena saman.
Quote Shazmiey 5-6-2018 03:22 PM
aku dlu undergrad kat uitm and buat postgrad kat upm. tbh bila aku masuk uitm aku rasa inferior compared to student from other unis.

tp bila da masuk upm, aku rasa susah lagi kot uitm. upm aku takde la ckp senang, its just, compared to upm, uitm is tougher.
Quote ckenj 6-6-2018 06:13 PM
uitm dihati...
Quote ohnoLia 6-6-2018 09:20 PM
Well.. ai fikir.. bergantung jua pada course..

Hmm mana2lah.. asal u grad berkualiti...
Quote mirmo_19 6-6-2018 10:06 PM
azimodin replied at 5-6-2018 02:43 PM
Bila orang cakap belajar kat uitm ni ni "kacang", kau cadangkan dorang masuk course engineering past ...

Oh mai, pak cik polis yg gila kuasa n clamp, kteorg siap cop lg polis yg sllu bagi saman, karim ke apa ntah nama dia, pakai spek bingkai putih mcm bbnu..best plak ble ingat balik, huhu..
Quote Leeanne88 7-6-2018 12:46 AM
mzzenma replied at 5-6-2018 12:28 PM
Nina nadira ni bukan retis ke? Budak af tu?

Aah dia la tu. Motif reporter cari tak tau. Tak buat research la tu.
Quote najib888 7-6-2018 11:19 AM
azimodin replied at 5-6-2018 02:43 PM
Bila orang cakap belajar kat uitm ni ni "kacang", kau cadangkan dorang masuk course engineering past ...

Ramai je kawan aku yg failed asasi UM, atau masuk fakulti engineering tapi dismissed sbb CGPA below 2.0 lepas first year jadi top scorer kat UiTM..
Sistem kat UM ngan UiTM lain kot?
Suka study kat UM dulu.. rambut cecah bahu, jeans rabak.. bleh lepak cafe minum2 & smoking ngan lecturer..
Quote azimodin 7-6-2018 12:00 PM
najib888 replied at 7-6-2018 11:19 AM
Ramai je kawan aku yg failed asasi UM, atau masuk fakulti engineering tapi dismissed sbb CGPA belo ...

Mungkin kawan kau dapat "nurr" kot. Kalau Mechanical engineering uitm time graduate tinggal 60% je, yang lain keciciran. member2 aku yang sambung kat U lain untuk degree & master pon cakap UITM susah. Mungkin ikut cara belajar masing2.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.069991 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top