CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Keracunan Makanan

7-6-2018 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3105| Komen: 19

Description: Keracunan makanan menjadi penyebab seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut, sementara tiga lagi ahli keluarganya dirawat di Hospital Seri Manjung (HSM).
Keracunan makanan menjadi penyebab seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut, sementara tiga lagi ahli keluarganya dirawat di Hospital Seri Manjung (HSM).

Berita Harian melaporkan, kanak-kanak lelaki tersebut meninggal dunia akibat komplikasi ketika menerima rawatan di HSM.

Bagaimanapun tiga ahli keluarganya kini berada di dalam keadaan stabil dan beransur pulih.

Foto: Facebook
Pengarah Kesihatan Perak, Dr Ding Lay Ming, berkata,

"Gejala dialami mereka adalah sakit perut, cirit-birit, muntah, dehidrasi, keletihan dan demam, serta seorang mengalami sawan, bermula antara jam 1 hingga 5 pagi pada Jumaat lalu.

"Mereka mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada hari berkenaan.

"Empat kes (orang) kemudian telah dimasukkan ke HSM untuk rawatan lanjut, sebelum seorang daripadanya meninggal dunia akibat komplikasi."

Tambahnya, siasatan di fasiliti kesihatan di sekitar gerai makanan di tepi jalan Simpang Gelung Pepuyu, dan bazar Ramadan di Titi Gantung mendapati tiada peningkatan kejadian kes 'Acute Gastroenteritis' dan keracunan makanan dikesan sejak 31 Mei lalu hingga sekarang.

Justeru, kejadian yang membabitkan keluarga ini adalah kes terpencil dan jabatan sedang menyiasat punca kejadian. -CARI
7

Bagus
5

Marah
11

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 7-6-2018 10:11 AM
Ya Allah. ..moga penjual tu masuk neraka. ...sedihnya baca ....kesian budak2 berpuasa tapi dianiaya penjual berhati iblis. ...

Quote prettyuglybabe 7-6-2018 10:14 AM
kalau makanan bazar, ada pembeli lain juga yang keracunan tak?
kalau family mereka je, mungkin faktor makanan kat rumah mereka sendiri?
Quote pumpkingirl 7-6-2018 10:15 AM
Kes terpencil?akibat masakan sendiri?
Quote zulka 7-6-2018 10:15 AM
aduhai...bahayanye, jgn2 kencing cik T tak..
Quote paz 7-6-2018 10:17 AM
Allah, Paz pun baru baik dari food poisoning. Kebiasaan Paz buka kat rumah and jarang buka di luar.

Last weekend beli makan luar terus 3 hari ganggu sistem badan. Jeran nak makan sesuka hati kat luar lagi.
Quote noor2 7-6-2018 10:17 AM
prettyuglybabe replied at 7-6-2018 10:14 AM
kalau makanan bazar, ada pembeli lain juga yang keracunan tak?
kalau family mereka je, mungkin fakt ...

Betul juga. ...mungkin masakan sendiri. ...
Quote fff_cat 7-6-2018 10:35 AM
Last 2 weeks beli kebab yg cucuk2 tu.. start kul 5 pagi anak saya 4 tahun demam kuat, muntah2, cirit birit semua siap.. Saya bawak gi klinik kesihatan je pagi tu.

Kena ambik darah 2 hari sbb nak rule out denggi fever. Pastu gi hantar kaunter lab.. dah keluar result. Semua facilities lengkap.

Takde denggi maknanya food poisoning. Saya tak mau tunggu2, demam terlampau panas  takut sawan.. 2, 3 hari jugak baru baik. Memang taklah nak beli sesuka hati lagi.
Quote chinta89 7-6-2018 10:51 AM
pemahaman iols, kalau dh takde org lain yg kena selain deols 4 org, means bukan makanan dari penjual la kan.

ape diorg makan mse sehari sebekum/hari kejadian?

deols masak n makan ape d rmh selain beli di kedai2 tu.
Quote manehnya 7-6-2018 10:55 AM
allah siannya anak tu... smoga dpt ganjaran syurga nak..
Quote kucen_miang 7-6-2018 11:09 AM
noor2 replied at 7-6-2018 10:11 AM
Ya Allah. ..moga penjual tu masuk neraka. ...sedihnya baca ....kesian budak2 berpuasa tapi dianiaya  ...

Tambahnya, siasatan di fasiliti kesihatan di sekitar gerai makanan di tepi jalan Simpang Gelung Pepuyu, dan bazar Ramadan di Titi Gantung mendapati tiada peningkatan kejadian kes 'Acute Gastroenteritis' dan keracunan makanan dikesan sejak 31 Mei lalu hingga sekarang.

Justeru, kejadian yang membabitkan keluarga ini adalah kes terpencil dan jabatan sedang menyiasat punca kejadian. -CARI




ko baca ke tak kak?
Quote Artemesiaa 7-6-2018 11:16 AM
Takziah buat mereka sekeluarga.  Tak sebab air tercemar mungkin sebab makanan yang dah tak fresh lagi.  Ada jenis suka makan makanan sebegitu dok perangat juga sebab sayang nak buang walaupun tahu dah tak berapa elok untuk dimakan.
Quote highcastle 7-6-2018 11:18 AM
noor2 replied at 7-6-2018 10:11 AM
Ya Allah. ..moga penjual tu masuk neraka. ...sedihnya baca ....kesian budak2 berpuasa tapi dianiaya  ...

Kat berita tu masih takde kenyataan samada dia beli kat Bazaar atau masak sendiri.........
Quote grouper 7-6-2018 11:25 AM
Kalau rasa makanan tu dah basi x payah makan le..tapi setengah org boleh tahan mkn benda2 dah basi ni
Quote noor2 7-6-2018 11:45 AM
highcastle replied at 7-6-2018 11:18 AM
Kat berita tu masih takde kenyataan samada dia beli kat Bazaar atau masak sendiri.........

Ya betullah tu...tak.ada tulis. ..
Quote noor2 7-6-2018 11:45 AM
kucen_miang replied at 7-6-2018 11:09 AM
Tambahnya, siasatan di fasiliti kesihatan di sekitar gerai makanan di tepi jalan Simpang Gelung Pe ...

Akak baca sekali lalu....amponn. ..tq info kucing...
Quote EvieWanKenobi 7-6-2018 12:37 PM
Innalillah.. sedihnya seorang ibu kehilangan anak...
Quote gadogado 8-6-2018 11:24 AM
kesian..smpai hilang nyawa .takziah pda keluarga

Quote lazim 8-6-2018 11:28 AM
nak tanya.. keracunan yg menyebabkan maut ni kenapa. maksudnya terlewat dapat rawatan ke. kalau cepat2 rawat xde masalahkan. atau dia kena attack trs blh bawak maut?
Quote MengkuduMasam 8-6-2018 11:42 AM
chinta89 replied at 7-6-2018 10:51 AM
pemahaman iols, kalau dh takde org lain yg kena selain deols 4 org, means bukan makanan dari penjual ...

mungkin jg cara hidangan makanan yg dibeli tuh... cth pinggan mangkuk yg dah kene kencing tikus or xbersih...
sbb.... slalunya kalo peniaga... mesti ade yg lain kene gak...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.209158 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top