CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sup Bunjut Pun Tak Kenal? Netizen Terhibur Dengan Watak Aisyah Dan Mirul

8-6-2018 12:53 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 16058| Komen: 84|Original author: Oleh: Whitney

Description: Sejak drama Nur disiarkan pada awal Ramadan, ia telah berjaya mencetuskan fenomena yang tersendiri. Bukan sahaja dengan kehadiran pelakon-pelakon yang hebat tetapi jalan ceritanya yang sangat menarik ...


Sejak drama Nur disiarkan pada awal Ramadan, ia telah berjaya mencetuskan fenomena yang tersendiri. Bukan sahaja dengan kehadiran pelakon-pelakon yang hebat tetapi jalan ceritanya yang sangat menarik telah menjadikan ia drama terbaik dan diminati ramai penonton.
 
Paling menarik ialah babak berkenaan ‘sup bunjut’ yang disiarkan pada episod 16. Ia telah menjadi trending di media sosial setelah Norkhiriah yang memegang watak sebagai Aisyah mencelup tangan ke dalam mangkuk berisi sup dan menjumpai sup bunjut yang dikatakan digunakan oleh Nur untuk menyihir mereka sekeluarga. 

Netizen yang menonton drama tersebut masing-masing menaikkan status di media sosial gara-gara terhibur dengan babak tersebut. Ramai yang tergelak dan ketawa kerana terhibur dengan lawak tersebut. Maklumlah, babak sebelum ini kebanyakan serius dan sedih.




Netizen juga seperti tidak dapat menerima bahawa ada juga orang perempuan yang tidak kenal sup bunjut. Jadi, Kalau dah perempuan tu, kenalah rajin masuk ke dapur. Betul tak?


Kalau Orang lelaki yang tidak kenal sup bunjut tu, boleh diterima lagi.


Yang kelakarnya, ramai netizen yang cuba meneka tentang ‘sihir’ yang dimaksudkan sebelum babak itu dimainkan. Rupanya betullah ianya sup bunjut yang dimasukkan dalam masakan Nur. 


Netizen turut mendapat pengajaran daripada drama Nur lebih-lebih lagi tentang sup bunjut tersebut. Lain kali, jangan bersangka buruk dengan orang tau!

Gara-gara tular mengenai sup bunjut, ada netizen yang baru mula hendak menonton drama Nur. Nampaknya lagi tinggilah rating drama Nur selepas ini walaupun hanya tinggal beberapa episod sahaja lagi.



Tahniah diucapkan kepada produksi drama Nur yang berjaya menghasilkan drama yang sangat menarik dan penuh dengan mesej. Harap-harap selepas ini akan ada banyak lagi drama yang boleh memberi banyak pengajaran kepada penonton. - CARI 

12

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
20

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 8-6-2018 01:04 PM
Sejak bila sup bunjut tu jadi artis? Patut gi bod kongsi tular
Quote mieymiey 8-6-2018 01:05 PM
Sebelum part sup bunjut tu, memang dah ada unsur lawak dalam drama ni. Asal melibatkan Ustaz Hamadi jer, confirm lawak  
Quote edoraixora 8-6-2018 01:09 PM
mieymiey replied at 8-6-2018 01:05 PM
Sebelum part sup bunjut tu, memang dah ada unsur lawak dalam drama ni. Asal melibatkan Ustaz Hamadi  ...

watak ustaz hamadi antara sebab drama ni jadi boommmm...kann


Quote September14 8-6-2018 01:11 PM
Haha mmg lawak smlm... suka iol tgk khiriah tu blakon. Mmg sempoi hbis. Amirul tu mmg cute. Iol suke drama ni sbb konflik x lama, kjap je setel
Quote mieymiey 8-6-2018 01:12 PM
edoraixora replied at 8-6-2018 01:09 PM
watak ustaz hamadi antara sebab drama ni jadi boommmm...kann

Iols kalau tengok drama ni mesti tertunggu-tunggu Ustaz Hamadi tu muncul
Quote tigerads 8-6-2018 01:12 PM
tunggu ustaz hamadi g massage..lps tu yg urut dia tu fondan...lps tu ke tangkap...ohhhh best...

x sabar nk tunggu ecah insaf ala ibu mertuaku..
Quote doubleA 8-6-2018 01:19 PM
mieymiey replied at 8-6-2018 01:12 PM
Iols kalau tengok drama ni mesti tertunggu-tunggu Ustaz Hamadi tu muncul

Iols pun. Dari watak capik amyra iols lebih nak tengok ustaz hamadi
Quote Zaien 8-6-2018 01:24 PM
apa jut?? wakakakakaka
mmg bodoh nyer lahai..

watak ustaz mahadi la yg rare... geram jekk
Quote mzzenma 8-6-2018 01:42 PM
Mzz first time tengok drama ni semalam. Masa mirul buka tudung periuk, mzz dah agak mesti budak ni nampak sup bunjut.

Quote she 8-6-2018 01:46 PM
Mak aku kemain gelak mengekek masa ustaz Hamadi lompat2 atas katil bila Ecah bagi kawen lagi satu

Pastu hon hon bongok nauuuuu Azharani blakon hahahaha
Quote she 8-6-2018 01:46 PM
Mak aku kemain gelak mengekek masa ustaz Hamadi lompat2 atas katil bila Ecah bagi kawen lagi satu

Pastu hon hon bongok nauuuuu Azharani blakon hahahaha
Quote tiramizsu 8-6-2018 01:48 PM
betul serius ustaz hamadi lawak. dlm jahat2 dia tu ada lawak. mesti tergelak bila tgk. ahahaha. siap boleh ceramah ah long
Quote mieymiey 8-6-2018 01:49 PM
doubleA replied at 8-6-2018 01:19 PM
Iols pun. Dari watak capik amyra iols lebih nak tengok ustaz hamadi

Iols terkejut yang rupanya Aisyah tu memang tau laki dia sejenis makan luar tapi dia diamkan diri
Quote bukan_ustazah 8-6-2018 01:50 PM
aisyah memang tahu ustaz madi tu macam tu but in denial.  
Quote whadda 8-6-2018 01:51 PM
cerita ni kuat sebab watak pembantu di sekeliling pon kuat.. aku suka watak cik mona, ecah ngan ustaz hamadi tu.. masing2 pegang watak dengan bagus.. sebelum iklan semalam dah memang boleh agak yg dia jumpa tu sup bunjut sebab penah terbaca lawak pakai sup bunjut ni kat fb
Quote nasbab86 8-6-2018 02:07 PM
whadda replied at 8-6-2018 01:51 PM
cerita ni kuat sebab watak pembantu di sekeliling pon kuat.. aku suka watak cik mona, ecah ngan usta ...

aku pn pernah bace lawak bunjut ni kt online tp xtrpikir lgsg dlm drama ni yg die nmpk tu bunjut.sbb xjangka si aisyah tu xkenal bunjut tu. hehehhehe
Quote gummiebear 8-6-2018 02:16 PM
Apa jut mak? LOL

iols suka cite ni sebab ustaz madi jah. Dialog dia seme kelako tapi minggu ni tak sempat nak tengok
Quote doubleA 8-6-2018 02:19 PM
mieymiey replied at 8-6-2018 01:49 PM
Iols terkejut yang rupanya Aisyah tu memang tau laki dia sejenis makan luar tapi dia diamkan diri  ...

Aah, memang dia dah menipu family dia demi nak kawen dgn ‘ustaz’ hamadi. Bukan ustaz pun dia cakap ustaz sebab cinta. Nak hamadi nampak baik di mata familynya & masyarakat. Tu dia nak hamadi jadi pengetua tahfiz. Dia tau juga hamadi songlap duit semua dia cover dari pengetahuan family
Quote doubleA 8-6-2018 02:21 PM
Hampir semua watak dalam cite ni strong bawa karakter masing2, fatimah abu bakar, khiriah, amirul, mona semua lah. Amirul tu macam lurus2 bendul kadang2 nak tampo iols rasa dia tu

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.259275 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top