CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Tolong Ye, Saya Merayu.."- Isteri Lan Solo Minta Masyarakat Faham, Tak Cium & Gomol Anaknya..

14-6-2018 01:26 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 11126| Komen: 63|Original author: Oleh: Amiey

Description: Dalam keterujaan kita menyambut hari raya, kadang-kadang kita terlupa atau terlepas pandang akan adab semasa melawat sanak saudara dan sahabat handai.
Dalam keterujaan kita menyambut hari raya, kadang-kadang kita terlupa atau terlepas pandang akan adab semasa melawat sanak saudara dan sahabat handai.


Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kecil dan kurang sihat misalnya, adalah orang yang paling risau lebih-lebih lagi apabila ramai yang suka menggomol dan mencium anak mereka walaupun kurang sihat. 

Risau tentang anaknya yang baru sahaja menjalani pembedahan, isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Sheila meminta orang ramai untuk tidak menggomol atau mencium anaknya kerana anaknya masih dalam proses pemulihan. 

"Saya tak minta duit..saya tak mintak harta.. Saya minta tolong untuk faham sikit je.."


Anak mereka Xandra baru-baru ini telah menjalani pembedahan bagi membetulkan keadaan bibirnya yang sedikit sumbing. Walaupun pembedahan berjaya dilakukan, namun kesihatan anaknya masih lagi dalam pemantauan. 


Menurut Sheila, anak mereka memerlukan persekitaran yang bersih untuk memastikan penyembuhan sepenuhnya dan berharap agar sesiapa yang datang melawat nanti tidak mencium atau menggomol Xandra.


Dalam pada itu, ramai yang menyokong dan memahami keadaan Sheila tersebut dan turut mendoakan agar Xandra sembuh sepenuhnya. 


Diharap semua memahami keadaan kesihatan Xandra dan menghormati permintaan Sheila tersebut. Anak-anak kecil mempunyai antibodi yang tidak kuat dan mudah dijangkiti penyakit. -CARI
5

Bagus
2

Marah
7

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 14-6-2018 01:31 PM
sapa pula gomol anak dia ni  
Quote Levespa 14-6-2018 01:57 PM
sangat setuju bab jangan cium gomol anak org ni.. tapi ayat dia pun dramatik nyer.. sampai dikait taknak mintak harta semua tu..

tak boleh ke cakap.. maaf semua.. baby Xandra masih dlm jagaan rapi selepas operation hari tu.. jadi doktor nasihatkan utk elakkan sentuh/cium baby xandra utk elakkan sebarang komplikasi.. diharap semua memahami ya..
Quote kikiharris 14-6-2018 02:14 PM
'Tak mintak duit, harta bla bla.. Dramatic sangatlah sis. Relax! Tampal je notice kat pintu rumah..
Quote umbut 14-6-2018 02:16 PM
Sapa pulak yg nak.cium gomol tu.. drama lah ko
Org paham baru tgh operate
Quote Atata 14-6-2018 02:33 PM
dia kat beach ke tuw.... dah kenapa bawak anak lepas operation ke beach
Quote babycc 14-6-2018 02:48 PM
Da tu knp pi bwk jln2? Elok ke?
Quote rayray28 14-6-2018 02:51 PM
Atata replied at 14-6-2018 02:33 PM
dia kat beach ke tuw.... dah kenapa bawak anak lepas operation ke beach

Tulaa org gomol mase jumpe kt luar kot..tp dia pn bwk g jenjalan kt luar wtpe kan..tu x silap mse mgu lepas ke apa
Quote bungarose 14-6-2018 02:54 PM
Xpayahler sibuk hal ank org
Quote munchkin 14-6-2018 05:22 PM
Sibuk gomol anak orang. Kadang selsema batuk gigih nak peluk cium. Bingai amat. Kalau sihat peluk cium tu lainlah cerita
Quote lasagnaklcc 14-6-2018 05:27 PM
Ada yg sentap ke bila dia tegur sampai kena merayu mcm tu?
Quote QIsmail 14-6-2018 05:46 PM
I confuse la sebenarnya mak2 skrg ni. You tak nak org gomol2, cium2 anak you; why should you expose your kids at all? Duduk rumah, jaga baby tu elok2 kat nursery room diam2. Bila org visit, letak je notice kat nursery room {:handsome

And btw - ada lagi ke org yg hadap nk cium2 gomol2 baby org ni? I tak pernah nmpak plak in my surrounding{:teatime
Quote melinda_kerr 14-6-2018 06:03 PM
dah kau tak larang waktu tu kenapa... dan kalau baby lepas operate ada juga yg tak faham bahasa duk sentuh anak org..  hermm..
Quote melinda_kerr 14-6-2018 06:05 PM
QIsmail replied at 14-6-2018 05:46 PM
I confuse la sebenarnya mak2 skrg ni. You tak nak org gomol2, cium2 anak you; why should you expose  ...

baru baca post karangan panjang kokping di ig yg bagi jgn sentuh anak dia.. bluekkk.
Quote besarkecik 14-6-2018 06:49 PM
Baik i gomol pipi U je lan..
Quote kiambang 14-6-2018 06:49 PM
Lebih baik rehat kat rumah dulu sampai baby sembuh ...,
Quote arffa 14-6-2018 07:04 PM
Aku sejenis yg tak berminat nk gomol, cium atau dukung anak orang. Aku suka main dengan anak aku je. Bukan tak penyayang tp tak obses dgn baby
Quote Changa 14-6-2018 07:06 PM
Acik kepam gigih nak gomol anak orang tak tentu pasal itu dah kenapa??
Quote Minami2013 14-6-2018 07:06 PM
Comel mcm mane pun anak org tak pernah I nk peluk cium.. enough agah2... walau geram tgk...
Quote fly_in_d_sky 14-6-2018 07:08 PM
baik lepak rumah jer, yang pergi bawa keluar buat apa? cari nahas le. macam seronok bawa baby yang masih merah bawa keluar jenjalan. alahai takat few years tak keluar sakan tak kemana sangat, korban untuk anak, bukan anak kena jadi korban.
anyway, bukan ke kena tunggu at certain baru boleh bawa keluar. sebab antibody baby tak kuat, sakit siapa susah? baby dan ibubapa juga ... baby dok rengek nangis, kecil mana reti nak cakap sakit ke bagai. yang ibubapa runsing siang malam dengan anak sakit, kena pantau 24/7, kena ambil cuti, kena bawa jumpa doktor ikut date .. kena keluar wang .. bebel panjang pun tak guna, sebab not my baby. it's yours and your responsbility.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.068188 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top