CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jack Ma Buat Pertama Kali Bertemu Tun Mahathir Di Pejabat PM

18-6-2018 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2016| Komen: 1

Description: Setelah Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Barisan Nasional, pengasas Kumpulan Ali Baba, Jack Ma dilaporkan buat pertama kali mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Tu ...

sumber : carian internet


Setelah Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Barisan Nasional, pengasas Kumpulan Ali Baba, Jack Ma dilaporkan buat pertama kali mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik laporan Bernama, Jack Ma tiba di Pejabat Perdana Menteri yang terletak di Putrajaya pagi tadi dan mengadakan perbincangan tertutup dengan Tun Mahathir.

Namun, buat masa ini is kandungan perbincangan mereka berdua masih tidak diketahui. 


Dilaporkan, kehadiran Jack Ma ke Malaysia adalah untuk menjadi tetamu khas bagi majlis pembukaan pejabat Kumpulan Ali Baba yang bertempat di Kuala Lumpur.

Menurut notis jemputan media yang dikeluarkan oleh pejabat Kumpulan Ali Baba, pejabat Kumpulan Ali Baba mengadakan majlis pembukaan pejabatnya di Menara UOA pada jam 12.15pm hari ini.

Difahamkan Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng akan dijemput sebagai tetamu khas bagi majlis pembukaan tersebut.

Sebelum ini, Pakatan Harapan menyatakan akan menilai semua semua mega projek yang dilaksanakan kerajaan dahulu. Biarpun projek Digital Free Trade Zone (DFTZ) itu tidak pun disenaraikan, namun disebabkan ianya merupakan projek yang dijalankan oleh kerajaan BN dan samada ianya dikekalkan mahupun dibubarkan, amat menarik perhatian semua pihak. - CARI

3

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 18-6-2018 06:01 PM
Wowww. Jack ma

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.253360 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top