CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dah Tua Tapi Bingai" - Netizen Kecam Pakcik Pukul Mercun Dengan Kayu Golf

20-6-2018 05:54 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 6928| Komen: 31|Original author: Oleh: Ain

Description: Kehangatan sambutan Syawal dimeriahkan lagi dengan bunga api dan letupan mercun, tak kira sama ada di bandar mahupun di kampung.
Kehangatan sambutan Syawal dimeriahkan lagi dengan bunga api dan letupan mercun, tak kira sama ada di bandar mahupun di kampung.


Foto: Pinterest


Mungkin meriah bagi segelintir pihak, namun ramai juga yang tidak tahan dengan kebingitan bunyi letupannya terutama yang ada anak kecil. Memang tak boleh tidur malam!

Nampak macam perkara biasa, namun padah menanti
jika salah gayanya! Sudah banyak berita mengenai nahas mercun dan bunga api terpampang di muka akhbar dan portal berita. Namun, masih ramai yang berdegil tidak serik, langsung tidak gerun!

Saban tahun juga, pelbagai cara dan gaya kreatif ditunjukkan orang ramai ketika bermain mercun. Terbaru, Facebook (FB) Oh My Media berkongsi video dua lelaki bermain mercun menggunakan kayu pemukul golf!





Perkongsian itu mengundang kecaman netizen yang khuatir akan keselamatan orang ramai memandangkan mercun itu dipukul ke arah tiang elektrik.

Malah, kelihatan kereta lalu lalang di bawah wayar elektrik berkenaan. Jika tersalah pukul, memang mengundang bahaya!


Loading FB Post...



Dah tua, tapi bingai


"Kalau terkena wayar elektrik tu, habis bergelap sekampung.

"Kalau kena orang, macam mana?

"Tak pasal-pasal mercun tu masuk tingkap cermin kereta, haru-biru la pakcik oi,"
komen netizen.




Dalam masa sama, segelintir pihak menyindir individu terbabit kerana sudah berjaya 'mempelopori kebodohan'


Otak mana otak?


"Pakcik, nanti ada budak kecik yang mengikut cara pakcik,"
sindir netizen.


Foto: FB OMM

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, dipercayai video berkenaan merupakan video lama yang ditularkan semula.

Apapun, beringatlah selalu. Bukan semua yang kita sangka baik dan selamat itu tiada bahayanya. Lebih parah, yang bahaya itu menjadi ikutan anak muda. - CARI
3

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
1

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-6-2018 06:36 PM
Iols ada tgk.smalam
Ngala ke jalan plak.tu..
Xnak plak ngala.ke.rumah sendiri
Quote MizzNaza 20-6-2018 07:55 PM
Elok jer mercun tu meletop sambar kabel letrik tu terus.biar sambung sambar menyambar sampai rumah pakcik
Quote syaz_lina 20-6-2018 09:06 PM
Bapak sapa ni wehhh..cuba azankan sekali
Quote EvieWanKenobi 20-6-2018 09:24 PM
bangga sangat la tu konon..
Quote tomaz 20-6-2018 10:15 PM
Nak mencarut tp tu org tua. Awat la kurang cerdik kurang adab sgt pakcik ni. Jiran iolss pon sejenis x de adab hidup berjiran. Duk bakar mercun x abis2. Tahu la keje polis. Mercun free agk nya. Sakit jiwa rasa nak marah org x de adab main mercun ni. Dah mcm raya cina tiap mlm bakar mercun

Quote tomaz 20-6-2018 10:17 PM
shernazz replied at 20-6-2018 06:36 PM
Iols ada tgk.smalam
Ngala ke jalan plak.tu..
Xnak plak ngala.ke.rumah sendiri

Org bakar mercun mmg suka hala kat umah org iolss rasa. Kat umah sendiri walau halaman seluas alam tetap jgk kwsn umah org dia nak aim. Bengang tol iolss ngn org msin mercun ni. Boleh sakit jantung wooo

Quote shernazz 20-6-2018 10:27 PM
tomaz replied at 20-6-2018 10:17 PM
Org bakar mercun mmg suka hala kat umah org iolss rasa. Kat umah sendiri walau halaman seluas alam ...

Dia tau nnt kalaunkena umah dia terbako
Kalau unah org lain terbako xpe..janji unah dia selamat
Hampeh kan...
Cm.kat trenganu tu kesian sebab mercun umah terbako...
Quote alieyrina 20-6-2018 10:35 PM
Kenapa mesti main mercun? taun demi taun taman aku x bising dah dgn mercun time raya malay..raya cina ja kena pakai earplug..harap taun depan pun sama jugak..
Quote munchkin 20-6-2018 11:00 PM
Asshole. report polis weiii.
Quote besarkecik 20-6-2018 11:52 PM
tomaz: Nak mencarut tp tu org tua. Awat la kurang cerdik kurang adab sgt pakcik ni. Jiran iolss pon sejenis x de adab hidup berjiran. Duk bakar mercun x abis ...

Duduk berek ke uols
Quote aderaderker 21-6-2018 03:31 AM
Bapak sapa la ni?
Quote tomaz 21-6-2018 07:05 AM
besarkecik replied at 20-6-2018 11:52 PM
Duduk berek ke uols

Bkn duduk berek. Jiran tu keje polis. Kalau dia balik cuti raya mmg sah tiap mlm akan bakar mercun

Quote annehuda 21-6-2018 08:50 AM
hari tu ada tetamu dtg rumah. anak lelaki diorg, nk kata budak, tp dah masuk kolej, bingai pegi baling mercun kt laman rumah. nsb baik tak terjatuh tray cawan gelas aku time tu sbb terkejut bunyi letupan.

dhla family ko pun dtg sethn sekali, takde adab tetamu zaman skrang ni. hengat suma org suke ke bunyi mercun meletup ni?
Quote fushimi 21-6-2018 09:13 AM
polis cepat pergi tangkap pakcik ni

kasi sumbat dalam jail beberapa hari

Quote b_n_c 21-6-2018 09:21 AM
kdg2 fikir aku tak suka raya datang sb menatang mercun ni la...
sakit jantung dibuatnya..
ada yg jnis bingai sambil lalu kat rumah di baling nya mercun kt rumah aku, selalu aku doakan org mcm ni mati cepat..sakit jantung oii trkejut..

tp alhamdulillah tahun ni balik kampung x dgr dah bunyi mercun bola ke telur yg kuat gila tu...

tp sebelum balik kg kat rumah apartment aku tu ada lagi bingai yg main mercun bunyi kuat tu..gila rumah apartment kan ke pack pastu sunyi2,bunyi dia blh tahan lah..
sial btl..
Quote renko 21-6-2018 09:49 AM
tomaz replied at 20-6-2018 10:17 PM
Org bakar mercun mmg suka hala kat umah org iolss rasa. Kat umah sendiri walau halaman seluas alam ...

elok tangkap org cmni
sumbat mercun dlm jubor dia pastu bakar
menyusahkan org je
Quote chicozinn 21-6-2018 10:16 AM
nak men golf pakai mercun pon gi la kat padang besar skit n pastikan xde org sekeliling tu..ni dlm vid tu siap ade kete lalu lagi..kalu mercun tu kne kat keta tu n meletup pakcik nk ganti bgi sbijik kete ke?
Quote ChildrenOfBodom 21-6-2018 12:57 PM
orang tua perangai haprak ni elok mampus aja, tak rugi pon kalau laknat2 ni mampus
Quote pakderis 21-6-2018 01:13 PM
merepek siap rakam lagi video ye

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.058189 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top