CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Formula UPSR Tak Lepas Lagi, Dah Kena Beban Formula Cinta Suami - Suara Selebriti

3-7-2018 01:24 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 3756| Komen: 6|Original author: Oleh: Ain

Description: Baru-baru ini, kita digemparkan dengan isu lelaki berusia 41 tahun menikahi budak perempuan berusia 11 tahun.
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan isu lelaki berusia 41 tahun menikahi budak perempuan berusia 11 tahun.




Isu yang mencetuskan kemarahan orang ramai itu turut mendapat perhatian selebriti tanah air yang membantah sekeras-kerasnya tindakan individu terbabit.

Memetik Harian Metro, pelakon Sherry Ibrahim, 35, menentang sekeras-kerasnya tindakan itu kerana ia merupakan satu penganiayaan dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur.


Foto: IG Sherry Ibrahim


"Dia masih di bawah umur dan kalau lelaki itu mahu membantu, dia boleh jadikan anak angkat atau bantu untuk membiayai pelajarannya.

"Walaupun mereka dan bernikah atau apa, dia masih di bawah umur dan dalam zaman sekarang, macam-macam benda tak baik berlaku terhadap kanak-kanak di bawah umur,"
katanya.

Dalam pada itu, Sherry juga menegaskan agar orang ramai tidak menjadikan agama sebagai alasan untuk melepaskan diri.

"Tak perlu guna agama untuk melepaskan diri dan menjadikannya alasan. Jangan samakan dengan Rasulullah SAW kerana baginda berbeza dengan kita yang hidup di zaman ini,"
ujarnya.

Sementara itu, pelakon dan pengacara Yasmin Hani turut meluahkan rasa malu dan geram terhadap isu berkenaan.


Foto: IG Yasmin Hani

Yasmin dalam satu muat naik Instastory mempersoalkan orang tua kanak-kanak itu yang dilihat tidak bertanggungjawab.


Mana orang-orang matang dalam keluargamu?


"Gila ke apa?

"Kalau budak tu bercinta dengan budak berusia 10 tahun, mesti mereka akan mengarahkan dia putus dengan kekasihnya,"
tulisnya.


Foto: Hangat.com/IG Yasmin Hani

Manakala, pengacara Ahmad Fedtri Yahya meluahkannya menerusi satu lukisan komik yang dikongsikan di laman Instagramnya.

"Formula UPSR pun budak tu tak lepas lagi, dah kena beban formula cinta suami," tulisnya.


Foto: IG Ahmad Fedtri




Setiap individu berhak menyuarakan pendapat masing-masing, namun ada baiknya kita dengar ulasan daripada yang pakar dan alim ulama. - CARI
11

Bagus
31

Marah
21

Terkejut
20

Sedih
26

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 3-7-2018 01:34 PM
Ada watermark hangat.com buat apa.... padahal screenshot dari IG Yasmin Hani.
Quote prettyuglybabe 3-7-2018 03:58 PM
budak tu sekolah pun tidak.. nak formula upsr kejadah..
Quote Nenasketum 3-7-2018 04:09 PM
Tanya si himbo & bimbo. Keluarga budak tu yang jual dia lah bingai, get with the program ok. Kalau tanya depa plak formula tu, agak lepas tak?
Quote itsmeshikin 3-7-2018 04:36 PM
gila betul!!
Quote EhhEtonLahh 3-7-2018 04:51 PM
friedfishsoup replied at 3-7-2018 01:34 PM
Ada watermark hangat.com buat apa.... padahal screenshot dari IG Yasmin Hani.

Wartawan cari mmg suka cedok gossip kat situ kan...
Quote MatDeghem 3-7-2018 05:27 PM
Kalau abam Jhlow baca berita ini mesti dia senyum kambing...... sambil tepuk2 tangan.



Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054381 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top