CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

4 Kolam Dalam Gua Dengan Air Sejernih Kristal Ini Ada Di Indonesia!

5-7-2018 10:00 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 9183| Komen: 23|Original author: Oleh: Diba S.

Description: Sebelum ini kami ada cerita tentang gua cenote di Mexico, lihat pautan ini (https://explorasa.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=38557). Namun, tahukah anda negara jiran kita, Indonesia turut mempu ...
Sebelum ini kami ada cerita tentang gua cenote di Mexico, lihat pautan ini (https://explorasa.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=38557). Namun, tahukah anda negara jiran kita, Indonesia turut mempunyai beberapa lokasi mirip cenote di Mexico. 


Kini, selain menghayati stalagtit dan stalagmit gua, anda juga boleh berenang di dalamnya! Jom tinjau empat gua yang mempunyai kolam sejenih Kristal di dalamnya!  


1. Gua Kontamale, Wakatobi
Lihat sahaja panoramanya, pasti anda dapat membayangkan betapa segarnya air di dalamnya. Terdapat beberapa lokasi yang sesuai untuk berenang. Salah satunya memiliki keluasan kira-kira 5×3 meter dengan kedalaman 1.5 hingga 3 meter.


Foto: Travelingyuk.com


2. Gua Hawang, Maluku Tenggara
Gua Hawang memiliki air berwarna biru jernih sehingga batu-batu di dasarnya boleh dilihat dengan jelas. Terdapat sebuah mata air yang digelar Evy yang menjadi sumber air kolam ini dan ada dua buah gua yang berjarak 15 meter dan dihubungkan sungai tersebut.


Foto: Travelingyuk.com


3. Gua Kristal, Kupang, Nusa Tenggara Timur
Nama Gua Kristal diberi sempena pemandangan kolam air di dalam gua tersebut yang berkilauan setiap kali cahaya matahari menerobos ke dalam gua. Anda perlu datang pada waktu siang untuk melihat fenomena ini. 

Kolam kecil di Gua Kristal ini memiliki air yang jernih dan sedikit masin kerana kolam ini merupakan pertemuan dua mata air tawar dan juga masin.


Foto: Travelingyuk.com


4. Gua La Kasa, Pulau Buton
Akses masuk ke gua ini hanya seukuran badan orang dewasa. Setelah berada di dalamnya, anda akan menemui keindahan alam yang cukup mempesonakan. Terdapat air telaga yang jernih dan sejuk serta di kelilingi stalagtit dan stalagmit yang sangat indah.


Foto: Travelingyuk.com

Keindahan seperti ini jarang sekali kita dapat teroka. Fenomena air jernih dan segar yang ada di dalam gua, menjadikannya seperti kolam peribadi yang boleh dinikmati. 

Nak tahu bagaimana perasaan berenang di dalam gua? Jom segera ke Indonesia!  - CARI
29

Bagus
21

Marah
22

Terkejut
22

Sedih
30

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (158 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 4-7-2018 04:19 PM
cantiknya...mujur di Indonesia...kalau di malaysia..habis diterjah dengan netizen untuk bergambar sambil buang sampah
Quote kucen_miang 5-7-2018 09:45 AM
SWORKS27 replied at 4-7-2018 04:19 PM
cantiknya...mujur di Indonesia...kalau di malaysia..habis diterjah dengan netizen untuk bergambar sa ...

bangangnya stetmen ko. ko dah tgk sampah indon?


Quote rosa_canina 5-7-2018 09:57 AM
cantiknya..
Quote Levespa 5-7-2018 10:39 AM
cantiknya
Quote Artemesiaa 5-7-2018 12:57 PM
Tempat2 ni kaki hiking je akan jumpa berbanding pelancong biasa sebab tu masih jernih dan belum tercemar
Quote misscendol 6-7-2018 09:42 AM
Zaman dulu2 mesti lg jernih kan. sekarang je xdpt nikmati
Quote BoLapciOus 6-7-2018 12:31 PM
Subhanaallah...cantiknya ciptaan Allah..
Quote SWORKS27 6-7-2018 02:42 PM
kucen_miang replied at 5-7-2018 01:45 AM
bangangnya stetmen ko. ko dah tgk sampah indon?

bangang la nko jugak....kat malaysia pun ada...pembaris bendul ko nih...bebal....
aku cakap trend netizen malaysia skrg..asal ada tempat cantik..viral...lepas tu pakat dtg ramai2...selpie bagai...sampah buang merata2.....
kalau rasa pembaris bendul...pikir dulu sebelum reply dengan aku..kan dah mendapat......

Quote Catpaw 10-7-2018 08:50 AM
subhanallah jernihnya air
Quote mamapea 10-7-2018 12:22 PM
cantiknya....tp takut la nak masuk dlm gua...mcm kes budak2 thailand tu
Quote kuzaime 10-7-2018 11:53 PM
Subhanallah..cantiknya tp kot nk berendam, mandi manda bagai agak2 ada x natang yg pelik2 kt dlm tu??
Quote sarahmirza 11-7-2018 02:07 PM
Tempat2 cantik macam ni... biasanya selepas berjam2 jalan turun naik bukit atau redah belukar baru jumpa..
Pelancong pakai skirt labuh dengan topi besar ada bunga belum tentu mampu lalui...
Maka sebab itu kawasan ini terpelihara...

Quote afie_m 11-7-2018 04:55 PM
cantiknya ...
Quote notsospecial007 12-7-2018 04:46 PM
cantiknyaaaa
Quote vionna007 2-8-2018 01:13 PM
cantiknyaaa....
Quote armin 2-8-2018 06:33 PM
SWORKS27 replied at 6-7-2018 02:42 PM
bangang la nko jugak....kat malaysia pun ada...pembaris bendul ko nih...bebal....
aku cakap trend ...

Tgk ajela tempat penuh pokok ala2 korea kat kelantan tu. Yg pergi sana kata dah kotor tempat tu org buang2 sampah
Quote armin 2-8-2018 06:33 PM
kuzaime replied at 10-7-2018 11:53 PM
Subhanallah..cantiknya tp kot nk berendam, mandi manda bagai agak2 ada x natang yg pelik2 kt ...

Baru nak tanya. Dah nama pun dalam gua kan. Tempat terpencil pulak tu. Takde ular ke buaya ke kt situ?
Quote matkpop 4-8-2018 05:03 PM
cantiknya. tapi mat tak suka masuk gua.
Quote cikbunga. 6-8-2018 01:07 AM
Soooo cantik. Tung lah sape yang dapat merasa gi semua tempat tu.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.425104 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top