Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Bukan Ubat Tinggi, Pakai Ini Selesai Masalah Pengantin Lelaki Rendah!

4-7-2018 06:01 PM|Oleh: Suzy| Komen: 14


Wanita zaman kini sering dimomokkan dengan kewujudan lelaki idaman yang berkulit cerah, tinggi dan kacak seperti dalam drama Korea.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya, lelaki-lelaki di Korea itu tidaklah setinggi seperti yang menjadi aktor di kaca televisyen. Sebahagiannya menggunakan alat bantuan untuk menjadi lebih tinggi. 


Foto: Twitter skinnyondinie

Sebuah akaun Twitter telah membongkar rahsia bagaimana cara mendapatkan ketinggian idaman hanya dalam masa beberapa saat! Ianya sesuai untuk bakal pengantin lelaki yang selalu kalah dengan tumit tinggi tiga inci milik isteri ketika di atas pelamin. 

Apakah rahsianya? Ia adalah sepasang insole yang boleh dimuatkan ke dalam kasut mengikut kesesuaian ketinggian yang dikehendaki. 




Ia boleh didapati dalam beberapa ketinggian dan material seperti gel silikon dan kusyen getah. Insole ini sering digunakan artis K-pop untuk kelihatan lebih tinggi bagi memenuhi standard yang ditetapkan netizen Korea. Bagi mereka, ketinggian adalah satu kelebihan yang dikagumi sama ada bagi lelaki mahupun wanita. 

Insole ini mudah didapati dan boleh dibeli secara atas talian. Pemilik akaun Twitter tersebut memberi cadangan untuk memilih insole jenis kusyen getah kerana menurutnya, suaminya lebih selesa menggunakan insole jenis itu.

Rakan-rakan yang dipetik (tagged) pada status tersebut janganlah berkecil hati ya. Mereka hanya ingin membantu anda yang kurang ketinggian. Mana tahu, bila tetamu melihat anda yang tinggi serta-merta anda dapat menjana pendapatan dengan menjadi agen ubat tinggi. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
30
Marah
22
Terkejut
12
Sedih
36
Lawak
31
Bosan
29
Komen: 14
Komen

Previous : Lelaki Wajib Tahu Ini, Baru Lah Power - 9 Punca Sperma Lemah

Next       : LeBron James Buka Sekolah 'Percuma' Untuk Kanak-kanak Tidak Berkemampuan

Komen Terbaru

Quote kitiykat 15-7-2018 01:22 PM
terima jelaa dah tinggi takat tu

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 4-7-2018 07:02 PM
Tp pelakon2 korea tu mmg dah tinggi pon.. 6 foot tall. Kalo dh pendek mcm aiman tino pakai benda alah ni pon ttp rendang..
Quote tomaz 4-7-2018 07:26 PM
Boleh pakai penyendal pintu sbgai alternatif
Quote missDollie 4-7-2018 08:29 PM
tomaz replied at 4-7-2018 11:26 AM
Boleh pakai penyendal pintu sbgai alternatif

Hahaha..berdekah meols ketawa..ilang stress beklog benang arwah baby Adam tadi..
Quote LautBiru52 4-7-2018 08:32 PM
Abis la seller rahsia tinggi rendah tak boleh cari makan
Quote Nurul8001 4-7-2018 09:37 PM
RatuDunia94 replied at 4-7-2018 07:02 PM
Tp pelakon2 korea tu mmg dah tinggi pon.. 6 foot tall. Kalo dh pendek mcm aiman tino pakai benda ala ...

Hahaha..
Nak buat mcm mana..
Dah genetik malaysia ni pendek pendek..
Termasuklah saya..
Quote meisapoya 4-7-2018 09:49 PM
Mesia x nak buat skim tinggi mcm jepun buat ke? Kasi tinggi sikit jejanz poyo yg mengidamkan gegirl body mcm model tu
Quote aHoi83 5-7-2018 09:35 AM
Tak terkeluar ke buku lali dr kasut kalo pakai mendalah ni??? Bongok sgt kalo ade yg beli
Quote Artemesiaa 5-7-2018 11:54 AM
Kalau dah jenis bantot pakai benda ni pun bukan boleh membantu sangat pun.  Bila tak berkasut jelas terpampang nyata kebatotannya juga.
Quote sofiazara 5-7-2018 04:06 PM
mohon naelopar hijab ambik prodak ni jadi prodak rasmi syarikat. pls
Quote anikarma 5-7-2018 04:25 PM
Korea yg pendek2 punnnn busuk2 dalam 165-167 gitu. Mak pernah tersembunyi dari kawan2 biler kuar dari Subway Dorang. Depan mak ada 3 jejaka yg paling pendek pun dlm 180cm. Walau mak ni height 165....tetap tenggelam dibelakang Dorang....Jenuh nak cari kawan2 biler dah ilang dalam timbunan manusia.
Quote anaktoyol 5-7-2018 06:42 PM
x payah kan kpop...tu spiderman baru pun produksi suruh pakai benda ni..nak balance dgn heroin nya yg tinggi 180 tu
Quote misscendol 6-7-2018 10:41 AM
kalau tinggi mmg akan nampak hensem walaopon muka xbrapa ada
Quote fatinandreanna 8-7-2018 12:28 AM
Boleh dpertimbangkan. Mgkn 1inch improved. Klu lbih rasanya  trnaik sgt buku lali bila pakai.
Quote kitiykat 15-7-2018 01:22 PM
terima jelaa dah tinggi takat tu

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.078965s Gzip On
To Top