CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lucu! Setiap Kesalahan Ditulis Dalam Buku Senarai Hitam! Siapa Pernah Buat Macam Ni?

6-7-2018 11:54 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 3926| Komen: 11|Original author: Oleh: Whitney

Description: Apabila kita sudah meningkat dewasa, pelbagai memori zaman kecil terimbau lebih-lebih lagi setelah melihat gelagat anak-anak masa sekarang. Kadang kala, perkara yang kita pernah lakukan sewaktu zaman ...

Apabila kita sudah meningkat dewasa, pelbagai memori zaman kecil terimbau lebih-lebih lagi setelah melihat gelagat anak-anak masa sekarang. Kadang kala, perkara yang kita pernah lakukan sewaktu zaman sekolah rendah dahulu turut dilakukan oleh budak-budak sekarang.

Seorang pengguna twitter menjumpai sebuah buku catatan adiknya yang berusia 12 tahun. Kelakarnya, buku tersebut digunakan untuk menulis pelbagai kesalahan adik beradiknya dan dinamakan dengan 'Buku Senarai Hitam'. Setakat ini, hanya kesalahan kakaknya yang dipanggil Kak Ngah sahaja yang ditulis dan manakala yang lain-lain masih lagi kosong.




Rata-rata netizen tergelak kerana berasa sangat lucu dan terhibur dengan idea dan perlakuan adik wanita itu. Tetapi, mereka layankan sahaja kerana gelagat adik wanita itu agak menarik.

Rupanya ramai juga netizen yang pernah melakukan perkara yang sama suatu ketika dahulu. Terus terimbau memori mereka yang lucu dan kebudak-budakkan ini.



Ramai yang berpendapat buku catatan milik adik wanita ini ala-ala cerita Death Note. Tetapi jalan cerita itu lagi seram berbanding kesalahan yang dicatat oleh adik wanita ini pada bahagian nama yang sudah siap dibahagi. Tinggal hendak catat kesalahan sahaja.




Kalian pernah lakukan perkara yang sama atau ada cara lain yang lebih menarik yang pernah kalian lakukan? Jom kongsi gelagat zaman sekolah rendah yang lucu di ruangan komen. - CARI 

5

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 6-7-2018 11:55 AM
Ni pun batak viral
Quote bakingsoda 6-7-2018 12:59 PM
sy pon pernah buat buku kesalahan siap denda duit lagi utk sapa yg makan tak basuh pinggan, sepahkan barang, baju sendiri tak kutip etc. tapi lepas satu kesalahan berlaku, saya yang kena marah balik ngan parents sbb memandai execute law sendiri dlm rumah
Quote kucingitam 6-7-2018 03:13 PM
anak aku buat ginila...penuh nama adik dgn apak dia..adik nangis nak susu pun kena tulis nama..
Quote nononcrux 6-7-2018 03:19 PM
hahah mcm ni pon bole
Quote LostStar 6-7-2018 03:47 PM
oh my.. ada lagi budak sekolah rendah yang manis persis knk2 riang.. igtkan dah habis dah budak2 mcmni.. syukur...
Quote Elle_mujigae 6-7-2018 04:19 PM
hahaha..comelnya..teringat buku pengawas kita...masih simpan lagi..hari tu kemas2 barang terjumpa..gelak je baca kesalahan murid, antara kesalahan ialah makan kat luar kawasan kantin pada waktu rehat...
Quote precious_chicas 7-7-2018 02:23 AM
mujur tak dapat buku death note kat adik dia. hahaha
Quote precious_chicas 7-7-2018 02:25 AM
Elle_mujigae replied at 6-7-2018 04:19 PM
hahaha..comelnya..teringat buku pengawas kita...masih simpan lagi..hari tu kemas2 barang terjumpa..g ...

haaa... ye! buku pengawas!
ada orang berdendam wohh kalau kita pikap nama sesetengah kawan tu...ni masa zaman sekolah menengah la.
Quote Elle_mujigae 8-7-2018 10:54 AM
precious_chicas replied at 7-7-2018 02:25 AM
haaa... ye! buku pengawas!
ada orang berdendam wohh kalau kita pikap nama sesetengah kawan tu.. ...

haha... sampai berdendam tu....over je..  padahal takde apa pun kalau nama masuk buku pengawas kan..  kecuali kesalahan serius ar...
Quote chinta89 9-7-2018 02:54 PM
mcm ni pun boleh?
Quote makita 9-7-2018 08:31 PM
Pegh kalu adik ni lepas catat segala kesalahan, lepas tu dia bg index pd setiap kesalahan, lepas tu dia buat graf brdasarkan index tu. Lepas tu dia buat analisis sapa yg plg byk buat salah..graf dia la pling tinggi.peghhhh...bole mendatangkan penyesalan seumur idop pd pesalah.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.133928 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top