CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Pasang Panel Solar Di Sekolah, Bekas Pegawai Khas Najib Direman

12-7-2018 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5020| Komen: 36

Description: Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak direman bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.
Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak direman empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.


"Dia ditahan pada Isnin lalu selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menggelapkan wang diterima dari sebuah syarikat yang dianugerahkan untuk memasang panel solar di sekolah di Sarawak," kata Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi Abdul Ghani.


Foto: Reuters

Memetik BH Online, perintah reman terhadap individu berusia 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim.


Menurut maklumat sumber SPRM seperti dilaporkan sebuah portal dalam talian, individu terbabit didakwa meminta sejumlah besar wang daripada sebuah syarikat berpangkalan di Bintulu, dipercayai mencecah jutaan ringgit.

Sarawak Report, sebelum ini mendakwa mantan Perdana Menteri itu menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

Bagaimanapun, pelaksanaan projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetap Kementerian Pendidikan supaya tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.

Namun, apabila ada kakitangan kementerian membuat laporan kepada polis dan SPRM supaya proses penganugerahan kontrak terbabit ditukarkan, ia langsung tidak dihiraukan. - CARI
12

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
10

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 12-7-2018 12:40 PM
Ramai betul org cari makan

Quote Maideen. 12-7-2018 12:51 PM
Ada kakitangan kementerian yang buat laporan polis tapi tidak dihiraukan.....

Kita harap kakitangan kementerian itu masih hidup.
Quote watie79 12-7-2018 12:57 PM
Maideen. replied at 12-7-2018 12:51 PM
Ada kakitangan kementerian yang buat laporan polis tapi tidak dihiraukan.....

Kita harap kakita ...

iya...knowing zaman bijan terkenal dengan kes2 letupan, heli jatuh, kapal terbang out of no where, tembak dan sbgnya..
Quote Meiizu 12-7-2018 12:59 PM
yeee tangkap2
banyak cantik buat claim dpt payment..item not supply
Quote insulin 12-7-2018 01:00 PM
ultra78 replied at 12-7-2018 12:40 PM
Ramai betul org cari makan

Easy money. Kekadang terasa orang2 di atas ni kurang bijak. Dengan duit berbillion tu, tak bolehkah extend power grid ke setiap sekolah2 ni?
Quote Maideen. 12-7-2018 01:03 PM
watie79 replied at 12-7-2018 12:57 PM
iya...knowing zaman bijan terkenal dengan kes2 letupan, heli jatuh, kapal terbang out of no where, ...

Dan jika mayatnya di temui berkecai dalam belukar pon "polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah" dan menklasifikasikan kematiannya sebagai "mati takajut"........
Quote hzln 12-7-2018 01:08 PM
Satu lagi bokti najib suci, bukan najib yg kaki rembat, tapi orang2 bawah najib...sama mcm 1mdb, src, blablabla...semua ini fitnah yg dahsyat kpd najib
Quote kecimpret 12-7-2018 01:30 PM
yg atas pun kaki songlap..yg bawah takkan tengok jerrr
Quote cairel_azlie 12-7-2018 01:32 PM
bukan takat najib...semua ahli politik pun sama termasuk staff kerajaan yg pilih tender... bukan pekara baru...parti baru sekarang pun sama..kalo tak tau sah baru keluar tempurung...haha
Quote zorrro_03 12-7-2018 01:34 PM
huh sudah?  harap bukan setpol.  masak laaa kawan kita ni kalau kena.  sure najib tak backup dia...  
Quote rosasen 12-7-2018 02:56 PM
report tak dihiraukan...kesiannye...
Quote misscendol 12-7-2018 03:03 PM
nice..................
Quote totokreturn 12-7-2018 03:12 PM
zorrro_03 replied at 12-7-2018 01:34 PM
huh sudah?  harap bukan setpol.  masak laaa kawan kita ni kalau kena.  sure najib tak backup dia...  ...

Sapa.... Si gayboy syed anas tuh ker....
Quote zorrro_03 12-7-2018 03:27 PM
totokreturn replied at 12-7-2018 03:12 PM
Sapa.... Si gayboy syed anas tuh ker....

no lah.  syed anas state saja kan...  kau kenal syed anas ye?

ni aku rasa setpol najib.  yang putih melepak tu.  rosmah sack dia da bulan sebelum pru.  
Quote alinone78 12-7-2018 03:46 PM

hebat betoi la staf depa nih kalau bab duit
Quote totokreturn 12-7-2018 05:09 PM
zorrro_03 replied at 12-7-2018 03:27 PM
no lah.  syed anas state saja kan...  kau kenal syed anas ye?

ni aku rasa setpol najib.  yan ...

Khairil anas pa najib tuh pun tukang rembat gak.... Aku rasa cam kenal yg putih2 tuh... Lupa nama dia..
Quote daisy71 12-7-2018 05:16 PM
Motto 'cash is king'la kata kan....apa dato seri najib buat semua baik belaka...boleh jadi contoh tauladan!!! Disanjung dipuja. Bodoh
Quote kitiykat 15-7-2018 08:08 AM
Sorg2 dh kena tangkap.. Byk lagi kat luar tu {:run
Quote R2D2 15-7-2018 08:23 AM
kalau BN tak tumbang susah nk keluar kes kes mcm ni
lps BN tumbang terbongkar byk kes cari mkn

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.064252 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top