CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

‘Geng Karok’! Tolong Ikut Peraturan Ini Sebelum Kena Pulau

12-7-2018 05:24 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4962| Komen: 15|Original author: Oleh: Suzy

Description: Sesiapa yang gemar ke pusat karaoke pasti perasan ada di antara rakan-rakan dirasakan kurang beradab apabila berada di situ.

Sesiapa yang gemar ke pusat karaoke pasti perasan ada di antara rakan-rakan dirasakan kurang beradab apabila berada di situ. 

Perkara paling sukar sudah pastilah memastikan sistem giliran adil dan rakan yang perasan. Mereka berasa mereka saja yang mempunyai vokal seperti penyanyi adik-beradik Ziana dan Anuar Zain. Jadi, mereka sajalah yang selalu dapat pegang mikrofon itu, kan?

Dengan itu, cara yang diperlukan supaya masalah ini dapat diselesaikan adalah dengan menetapkan syarat penyertaan aktiviti karaoke yang perlu dipatuhi. 

Jom tengok, apa yang Mohd Zamri kongsikan! 


1. Hormat rakan anda kerana karaoke bukan tempat menunggu. 

Ikut giliran masing-masing. Perlu diingatkan sekiranya anda memang ‘gila mic' dipersilakan bayar lebih atau pilih lagu duet. Puasa merokok sekejap sebab bilik karaoke kan kecil sahaja, kasihan rakan yang mabuk asap.


Foto: Twitter Mohd Zamri


2. Jangan komen lagu pilihan rakan.

Mungkin dia sedang tertekan atau dalam dilema memilih bakal isteri. Perlu diingatkan, pilih lagu yang sesuai dengan key suara anda. Kalau tidak, nanti ditegur pula pengkritik tak bertauliah. 





3. Pilih lagu sederhana panjang. 

Lagu rock yang permulaannya panjang tidak digalakkan. Oh, jangan lupa untuk menjaga kebersihan apabila berkongsi mikrofon ya. 





Ada tak pengguna CARI yang tidak mematuhi peraturan ini? Diharap selepas ini lebih prihatin ya. Jika tidak, jangan tanya mengapa anda tidak dijemput bersosial di malam minggu. - CARI
19

Bagus
39

Marah
23

Terkejut
18

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 12-7-2018 05:36 PM
Iols.suka nyanyi.lagu cinta.melankolia...pastu lagu meet uncle hussein...ella...
Tp.tu last karok masa.blaja pjj.dolu la...
Tong tong bayar..
Quote belilies 12-7-2018 05:42 PM
Yang last skalik tak stujuk! Iols tak minag jaclyn victor. Carik lagu evergreen lain, popyehyeh pun iols sanggup!
Quote Artemesiaa 12-7-2018 05:50 PM
Yang gila nak nyanyi lagu banyak2 tu elok go karok sorang2 je tak perlu nak ajak kawan2 joint sama nyanyi ler sampai pengsan
Quote CiliPadiSedap 12-7-2018 06:16 PM
shernazz replied at 12-7-2018 05:36 PM
Iols.suka nyanyi.lagu cinta.melankolia...pastu lagu meet uncle hussein...ella...
Tp.tu last karok m ...

tisu nya hati kau dik, kaka layan lagu waheeda wasana wasini wechat lu
Quote shernazz 12-7-2018 06:38 PM
CiliPadiSedap replied at 12-7-2018 06:16 PM
tisu nya hati kau dik, kaka layan lagu waheeda wasana wasini wechat lu

Biasa la...
Nak release tension mmg gitu la
Hahahaha
Kawan iols.lagi.la..layan.lagu yale.yale.yale.yalleeeew
Quote Andyscenes 12-7-2018 08:06 PM
Aku suka pilih lagu last lagu jaclyn victor koleksi gemilang. Sbb lagu ni lama. Haha. Macam2 lagu ada kau leh melalak
Quote Afifi82 13-7-2018 12:33 AM
Hahhahhahhahha.
Quote wadiunong 13-7-2018 08:18 AM
yg No. 1 & 2 tu, hello pernah tau tak fungsi button jump kat skrin karok tu? ke 1st time pegi karok.

iols & kawan2 mmg selalu praktis pilih lagu banyak2. lepas tu sapa nak nyanyi tekan je la button jump bila turn masing2 dah sampai.
Quote 234126 13-7-2018 08:22 AM
Pernah pegi karok sekali je tu pun kena paksa. Puas mengelak tapi diorg degil paksa tonyoh2 mic tu kat muka iols last2 iols nyanyi sebaris dua baru diorg tahu. Mimpi ngeri 5 malam masing2. Padan muka {:run
Quote nishikido 13-7-2018 11:10 AM
Pernah jumpa mahkluk yg xreti law karoeke ramai2 nih..10 lagu brturut2 dia saja tapi bayar share sama rata..bila habis boleh lak cakap puas nyanyi tadi, sampai sakit2 tekak.siap ajak repeat..habistu weolls yg nyanyi sorang 1 lagu ni ingat puas ke.choiii..
Quote rogayahtop 14-7-2018 12:04 AM
ada lagi ke karaoke boleh hisap rokok kat dlm? kat ulu banat pun dah tak da akak rasa lol

kitorang kalau karaoke selalunya order makanan. last2 makan beramai2 je dalam tu.
Quote sofiazara 14-7-2018 11:22 PM
akak tak pernah karaoke

ummah neraka je gi karaoke ni
Quote debab76 18-7-2018 11:44 AM
belilies replied at 12-7-2018 05:42 PM
Yang last skalik tak stujuk! Iols tak minag jaclyn victor. Carik lagu evergreen lain, popyehyeh pun  ...

yg last skali tu sbb lagu sheols 10 minit hurkey. so ada xtra 9 minit utk karok lg
Quote debab76 18-7-2018 11:45 AM
Andyscenes replied at 12-7-2018 08:06 PM
Aku suka pilih lagu last lagu jaclyn victor koleksi gemilang. Sbb lagu ni lama. Haha. Macam2 lagu ad ...

tp ade certain karaoke centre lps abih masa tros abih tros walaupon lagu tu dekat 10 minit. meols pernah try sblm ni.
Quote nobrightside 2-8-2018 07:33 PM
Iols paling anti kalau turn lagu iols, kwn2 lain nyanyi sama2 sepanjang lagu. Weh hg ingat ni koir sekolah ka?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.057443 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top