CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 84 Tahun Rasa Syukur Bertemu Jodohnya Di Pusat Pengajian Agama

23-7-2018 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2530| Komen: 16

Description: Sepasang warga emas yang belajar agama di Pengajian Pondok Pusat Pendidikan Al Barakah, Manjoi bertemu jodoh di pusat pendidikan milik pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias.
Jodoh bukan semata-mata ketentuan takdir, sebaliknya seseorang itu perlu berusaha dan berikhtiar untuk mencari pasangan hidup masing-masing.

Demikian pengalaman bertemu jodoh yang manis buat sepasang warga emas yang belajar agama di Pengajian Pondok Pusat Pendidikan Al Barakah, Manjoi di pusat pendidikan milik pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias.


Foto Kredit : carian internet

Memetik laporan Mstar, Hussain Abdul Rahman dan Kamsiah Adam yang masing-masing berumur 84 serta 66 tahun melangsungkan pernikahan di surau pusat pendidikan tersebut semalam.

"Alhamdulillah, saya berterima kasih dengan cadangan Ustaz Kazim sebab dia melihat saya keseorangan sejak saya mula mengikuti kelas di sini tiga bulan lalu."

"Ini perkahwinan saya yang ketiga dan saya berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.  Saya berkahwin kerana mahu menjalankan amal ibadat dengan lebih tenang di sini apabila ada insan yang sudi menjaga saya," kata Hussain yang merupakan bapa kepada tujuh anak serta 17 cucu itu.

Manakala, Kamsiah yang berasal dari Ampang, Kuala Lumpur berkata, dia bersetuju berkahwin kerana terpikat dengan kesolehan Hussain.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh adik Kamsiah iaitu Hamzah Adam dengan disaksikan Timbalan Pendaftar Ipoh, Mohd. Azarudin Mohamad Saarani.

Foto Kredit : carian internet

Dalam pada itu, Ustaz Kazim memberitahu, pasangan tersebut merupakan pasangan keenam yang belajar di Pengajian Pondok berkenaan yang bertemu jodoh di pusat pendidikan tersebut dan Hussain merupakan pelajar paling senior di Pengajian Pondok berkenaan.- CARI
10

Bagus
17

Marah
17

Terkejut
25

Sedih
15

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepiITUindah 23-7-2018 04:14 PM
alhamdulillah
bertemu jodohnya
Quote Dildil 23-7-2018 06:45 PM
da jodoh dia kan. alhamdulillah
Quote tanakkampung1x 23-7-2018 07:49 PM
Dah jadi pusat bertemu jodoh pula

Macam group agama artis2 dululah ni.

Last2 artis kawin ustaz
Quote videcloset 23-7-2018 08:40 PM
sepiITUindah: alhamdulillahbertemu jodohnya



Alhamdullillah sama baya at least{:hooray
Quote nh1129 23-7-2018 09:41 PM
Tahniah pakcik...
Quote HanaAmani 23-7-2018 10:03 PM
Tahniah atok dan pasangan  
Quote rosasen 24-7-2018 07:51 AM
Alhamdulillah..tahniah
Quote Simunggu 24-7-2018 07:52 AM
84-94...masih boleh berdiri benda tu???
Quote misscendol 24-7-2018 09:16 AM
Tahniah. Semoga berbahagia ke jannah
Quote BoLapciOus 24-7-2018 11:36 AM
jodoh di usia senja..semoga berkekalan ke jannah..
Quote fushimi 24-7-2018 11:39 AM
senyum sampai telinga atuk boleh dapat bini baru
Quote Artemesiaa 24-7-2018 11:41 AM
Tahniah ler dah tak sunyi lagi dah ada peneman
Quote eragon 24-7-2018 11:43 AM
cantik jer makcik ni dalam usia 66 tahun.
Quote annabellaruz2 24-7-2018 11:47 AM
Simunggu replied at 24-7-2018 08:52 AM
84-94...masih boleh berdiri benda tu???

kadang yg berusia tu kawen dikala senja buat peneman..
tak la sunyi hidup dia..

tak semestinya kawen utk seks jer..


Quote ChildrenOfBodom 24-7-2018 11:50 AM
nenek masih cun
Quote mjla 24-7-2018 12:09 PM
Muka mekap tu bai
Cubo tak do mekap

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.058777 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top