CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik Restoran Di Seremban Nafi Uli Doh Guna Kaki

24-7-2018 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2789| Komen: 10

Description: Pemilik restoran Syed Maju Taman Kemuning, Seremban kesal kerana premisnya difitnah dan meminta individu yang bertanggungjawab untuk tampil memberi penjelasan.
Pemilik restoran Syed Maju Taman Kemuning, Seremban kesal kerana premisnya difitnah dan meminta individu yang bertanggungjawab untuk tampil memberi penjelasan.

Astro Awani melaporkan, individu itu didakwa sengaja menburukkan dan memfitnah kedai makanan tersebut kotor dan dicemari puntung rokok.

Pemiliknya, Mohd Fazli Rizal Anwar Khan berkata,

“Kelmarin ada seorang pelanggan datang kedai saya terus menuju ke kaunter bayaran dan jumpa pekerja saya di kaunter. Dia kata nasi goreng kampung dibeli dari kedai saya tercemar dan ada puntung rokok dalam nasi goreng itu lalu meminta RM500 sebagai ‘upah’ untuk tutup mulut.

“Pekerja saya panggil tukang masak wanita dan bertanya adakah dia ke masak nasi goreng tersebut, tapi kakak tu kata malam itu dia belum terima lagi tempahan untuk nasi goreng kampung, tiada pelanggan yang tempah nasi goreng kampung."

Selein itu dia juga menerima aduan mengenai sebuah laman Facebook, dipercayai dimiliki seorang wanita yang memburukkan kedainya yang telah beroperasi sejak 2009.


Foto: Sinar Online
“Wanita itu menulis perkara yang hampir sama dengan lelaki sebelum ini, kononnya nasi goreng kampung di kedainya ada puntung rokok dan saya cuba hubungi pemilik akaun tapi dia tak membalasnya.

“Dalam beberapa jam selepas itu saya dapati kenyataan tersebut telah dipadamkan. Walaupun dia sudah memadamnya tapi tindakan tersebut salah sedangkan perkara itu tidak betul serta menyebabkan perniagaan saya terkesan.

“Saya meminta dia membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook seperti dia melakukan fitnah terhadap kedai saya, Jika dia tidak berbuat apa-apa, kemungkinan saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, kerana saya mempunyai bukti,” tambahnya.

Sementara itu Fazli juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya pekerja di restoran terbabit menguli tepung canai dengan menggunakan kaki.

“Sejak beroperasi saya gunakan doh roti canai yang sudah siap untuk membuat roti canai dan pekerja tak pernah uli sendiri tepung doh sebab hanya guna doh sudah siap dijual di pasaran oleh pemborong.

“Saya sangat kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab ini, saya mendesak supaya mereka ini tampil memberi penjelasan dan apa niat mereka sebenarnya. Jangan sesuka hati nak tabur fitnah, benda yang tidak betul jangan sengaja nak reka cerita." -CARI


31

Bagus
30

Marah
21

Terkejut
26

Sedih
30

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (156 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 24-7-2018 11:04 AM
eeeeeeeeeeeewwww
Quote BoLapciOus 24-7-2018 11:08 AM
perbuatan khianat ke hape ni??klu kena fitnah kesian la tokeh..
Quote sukacactus 24-7-2018 11:09 AM
Sian kena fitnah
Yg pembuat fitnah tu pandai je nak cari duit cara senang
Quote aleesyasofia 24-7-2018 02:35 PM
teringat cerita lagi2 senario.. gerai azlee kena fitnah gara2 mazlan xpuas hti dgn azlee..

moga ada pnyelesaiannya.. bykkn brdoa krn doa org teraniaya tue dimakbulkan
Quote jaja8 24-7-2018 02:53 PM
tu la resipi rahsia die kot...lagi umpphh
Quote Flake123 24-7-2018 03:02 PM
Kedai mamak selalu pakai doh cap kunci yg dah siap tu kan
Quote krustykrab 24-7-2018 03:22 PM
biasa kalau genuine kes, org tak mintak duit utk tutup mulut....
Quote batmana 24-7-2018 03:54 PM
penfitnah dh praktis kt merangkak kt padang mat sirat agknya..
Quote Burong_Hantuk 24-7-2018 04:36 PM
Maap lah,sya memang tak makan di restoran mamak
Quote dewi 24-7-2018 05:15 PM
con man/women di mana2

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.062197 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top