CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sukar Tidur? Ramai Tak Tahu, Tanaman Ini Ada Magis Buat Anda Lena

24-7-2018 12:34 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 5840| Komen: 20|Original author: Oleh: Suzy

Description: Suatu kajian daripada NASA mengenai Udara Bersih pada 1989 telah mendapati beberapa jenis tanaman yang mampu membersihkan udara di dalam ruangan khususnya kawasan bandar besar. Tanaman ini telah diuji ...


Suatu kajian daripada  NASA mengenai Udara Bersih pada 1989 telah mendapati beberapa jenis tanaman yang mampu membersihkan udara di dalam ruangan khususnya kawasan bandar besar. Tanaman ini telah diuji mampu menyingkirkan toksik yang terdapat dalam kediaman dan banguan. 

Bagi sesiapa yang ada mengalami insomnia dan sukar tidur boleh hiaskan bilik tidur dengan tanaman ini. 

1. Spathiphyllum atau Peace Lily antara tanaman terbaik yang dapat menyingkirkan toksin utama di dalam rumah. Ia juga menyingkirkan spora yang boleh menyebabkan alahan.  

Foto: MSN


2.Sanseviera atau Lidah Mertua menghasilkan lebih oksigen pad waktu malam, memberikan pengudaraan yang menyegarkan. 

Foto: MSN

3. Tanaman ini seringkali dijadikan tumbuhan memanjat dinding atau tanaman gantung, English Ivy bukan sahaja cantik dilihat ia bertindak membersihkan udara juga. 

Foto: MSN

4.Haruman semulajadi tanaman Jasmin adalah lebih baik daripada semburan aroma Jasmin yang dicampur bahan kimia. Wangian dari bunganya mampu memberikan ketenangan dan memperbaiki mood anda.

Foto: Pinterest

5.Jangan makan gel pada daun Lidah Buaya. Ia hanya boleh digunakan pada bahagian luar kulit. Selain mampu merawat luka, ia juga menghasilkan oksidgen yang lebih pada waktu malam, membuatkan tidur anda lebih lena dengan udara segar.


Foto: MSN

6.Spider plant tanaman paling mudah dijaga, mempunyai kemandirian yang tinggi, mampu menyingkirkan toksik di udara. Ia sangat dianjurkan!

Foto: MSN

7.Perimeter daun yang kemerah-merahan pada Draceana bertindakbalas membersihkan empat jenis toksin utama di udara, tumbuh tinggi dan sediki tajam daunnya,  sesuai diletakkan di penjuru bilik.

Foto: MSN

8.Bentuk struktur yang menarik, kehadiran Dwarf Date Palm pasti menjadi fokus utama. Bukan sahaja memberikan kelainan pada rekabentuk dalaman, daunnya bertindak  menyingkirkan toksin berbahaya.

Foto: MSN

9.Tanaman yang dapat mengekalkan kelembapan udara di dalam bilik, Areca Palm.  Ia membantu masalah pernafasan selain menyingkirkan toksik.

Foto: MSN

10.Daun yang lebar dan kehijauan, Philondendron mampu membersihkan udara dan merubah bilik anda tampak menarik ala tropika.

Foto: Pinterest

Ada lagi yang penulis tertinggal? Pembaca yang ingin menambah senarai tanaman bermanfaat di ruangan tidur boleh berikan komen di bawah. Semoga bermanfaat ya. - CARI 
11

Bagus
2

Marah
15

Terkejut
13

Sedih
5

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 24-7-2018 12:55 PM
wow baru tau ni
Quote Artemesiaa 24-7-2018 02:08 PM
Tips menarik
Quote gadis_tulip 24-7-2018 02:23 PM
Iols letak pokok2 kecik dalam umah, cepat betol kuning and mati. Siram 2 kali sehari, baja letak jugok. Mebi sebab panas la kot. Kesian pokok2 nie.
Quote zulka 24-7-2018 03:21 PM
gadis_tulip replied at 24-7-2018 02:23 PM
Iols letak pokok2 kecik dalam umah, cepat betol kuning and mati. Siram 2 kali sehari, baja letak jug ...

tak semua pokok boleh hidup tanpa cahaya matahari, kena tanya org yg pakar psl pokok..
Quote gadis_tulip 24-7-2018 03:46 PM
zulka replied at 24-7-2018 03:21 PM
tak semua pokok boleh hidup tanpa cahaya matahari, kena tanya org yg pakar psl pokok..

tue la. kkdg i buka lampu bia die dpt cahaya lampu. Tapi rasanye boleh kot kan buat fotosentesis. ke perlu cahaya matahari?

i kata kat laki i. kalo this time pokok2 indoor i semua mati, mmg mesti letak pokok plastik je.
Quote fushimi 24-7-2018 04:01 PM
alorvera tu kalau kat opis iols chinese suka buat sup,tapi guna alorvera yang besar

so yummy
Quote zulka 24-7-2018 04:51 PM
gadis_tulip replied at 24-7-2018 03:46 PM
tue la. kkdg i buka lampu bia die dpt cahaya lampu. Tapi rasanye boleh kot kan buat fotosentesis.  ...

boleh guna lampu, tapi berapa lama boleh bertahan
Quote penutuphijau 24-7-2018 08:04 PM
Satu pokok hidup pun xde dalam rumah meols.. alhamdulillah tdo jgk mlm ke siang. {:full
Quote b_n_c 24-7-2018 08:28 PM
gadis_tulip replied at 24-7-2018 03:46 PM
tue la. kkdg i buka lampu bia die dpt cahaya lampu. Tapi rasanye boleh kot kan buat fotosentesis.  ...

dh try ltk kena udara luar tak?

sy prnah ltk pokok peace lily dan palm kt dlm blik, mmg x mahu, 3,4 hr layu, tp keluarkan ltk kt balcony trus segar bugar, xpayah berbaja pun hidup je, matahri x de direct, tempat teduh..

pernah nk jaga pkok ros jepun, bunganya sgt memikat hati, tp dia x mahu tempat teduh, kena tempat yg direct matahari..

pkok palm,lidah buaya,peace lily so far sy bela, lasak, 2mgu x siram paling paling dia layu, lps siram segar balik..
Quote Alais 24-7-2018 08:49 PM
pokok dalam rumah = tak dapat cahaya = siksa pokok
Quote sinalegna 24-7-2018 08:56 PM
Good info
Quote RatuDunia94 25-7-2018 02:41 AM
X bernyamuk ke bilik letak pokok besar2 gitu..
Quote gadis_tulip 25-7-2018 10:08 AM
b_n_c replied at 24-7-2018 08:28 PM
dh try ltk kena udara luar tak?

sy prnah ltk pokok peace lily dan palm kt dlm blik, mmg x mahu, ...

Most of the time, i mmg letak dalam umah. Tapi kkdg buka tingkap sikit utk dapat udara luar and matahari. Tue pon buat masa balik keje. kalo takde kat umah, mmg kat dalam je la kot.

Anyway, thanks for sharing experience. I nie orang lain nak ade pokok indorr, i pon try test jugok. Hehe
Quote insulin 25-7-2018 10:39 AM
Lidah mertua tu hujung daunnya agak tajam. Risau tercucuk mata je kalau letak dekat dengan katil.
Quote jaja8 25-7-2018 11:30 AM
camne nak bagi pokok tak mati dalam rumah..
Quote rifaa 25-7-2018 12:21 PM
iols suka la letak pokok2 kat opis je
nnt nak try la letak kat bilik plak
Quote GigaMom 25-7-2018 01:57 PM
Seramnya tangga pic 7 tu
Quote Foxey 29-7-2018 07:05 PM
Masalahnya, pokok bunga kt luar pun asyik mati, ni kan nak letak dlm bilik. 1 lagi fox ni penggeli, sat gi cacing or creepy crawlies from the soil dlm pasu tu klr, dlm bilik tdo lak tu, uihhh... tak sanggup... Imejin je pun dah
Quote coolie83 30-7-2018 09:50 AM
thanks for this infotainment!

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.078277 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top