CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

10 Filem Antarabangsa Yang Bakal Menggegarkan Pawagam Tahun 2018, Tak Sabarnya!

31-7-2018 03:30 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 6572| Komen: 16|Original author: Oleh: CSuy

Description: Mari kita lihat himpunan sepuluh filem-filem antarabangsa yang bakal menggegarkan pawagam di Malaysia bagi pertengahan kedua tahun 2018!

Sudah menjadi kemestian bagi para peminat filem untuk tidak melepaskan peluang menonton sesetengah filem yang sudah lama mereka nantikan. Di sini kami senaraikan sepuluh filem-filem antarabangsa yang menjadi pilihan bagi pertengahan kedua tahun 2018!


1. The Meg [TRAILER FILEM]

 
Foto: IMDB

Tarikh Tayangan: 9 Ogos 2018

Mampukah sekumpulan saintis menghalang seekor jerung gergasi yang muncul setelah sekian lama pupus dari mengancam manusia?

 

2. Christopher Robin [TRAILER FILEM]

Foto: IMDB

Tarikh Tayangan: 16 Ogos 2018

Christopher Robin yang kini telah menginjak ke alam dewasa terkejut dengan kehadiran Winnie the Pooh, sahabat lamanya! Mampukah persahabatan yang lama terjalin ini kekal?

 

3. The Nun [TRAILER FILEM]

Foto: IMDB 

Tarikh Tayangan: 6 September 2018

Makhluk ghaib yang pernah menghuru-harakan sebuah keluarga kini kembali dengan sejarahnya yang tersendiri. Beranikah anda berdepan dengan Valak di pawagam? 

 

4. Venom [TRAILER FILEM]

Foto: IMDB

Tarikh Tayangan: 4 Oktober2018

Venom, musuh utama adiwira Spiderman dikatakan lebih menakutkan dan ganas berbanding musuh-musuh Spiderman yang lain. Betulkah?

 

5. Bohemian Rhapsody [TRAILER FILEM]

Foto: IMDB

Tarikh Tayangan: 1 November 2018

Kisah biografi kumpulan rock lagenda British, Queen dan vokalis utamanya, mendiang Freddie Mercury tidak wajar dilepaskan. Magnifico!

 

6. Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald [TRAILER FILEM]

Foto: IMDB

Tarikh Tayangan: 15 November 2018

Peminat francais Harry Potter tidak sepatutnya melepaskan peluang ini untuk menonton penampilan istimewa Profesor Dumbledore dan seteru utama beliau, Grindelwald yang kini menjadi buruan Newt Scamander! Si kacak Eddie Redmayne kembali beraksi!

 

7. Ralph Breaks The Internet [TRAILER FILEM]

Foto: IMDB

Tarikh Tayangan: 22 November 2018

Apakah reaksi Ralph apabila beliau bertembung dengan watak-watak permainan video era yang lebih moden darinya yang mendiami dunia Internet?

 

8. Aquaman [TRAILER FILEM]

Foto: IMDB

Tarikh Tayangan: 20 Disember 2018

Adiwira Aquaman bakal menampilkan visual peperangan laut yang epik! Jangan lepaskan aksi pelakon bertubuh sasa, Jason Momoa dan si cantik Amber Heard!

 

9. Alita: Battle Angel [TRAILER FILEM]

   

Foto: IMDB

Tarikh Tayangan: 20 Disember 2018

Mahu tahu apa keistimewaan Alita, kisah yang diadaptasikan dari manga popular Jepun ini bakal menarik perhatian anda!

 

10. BumbleBee [TRAILER FILEM]

Foto: IMDB

Tarikh Tayangan: 20 Disember 2018

Bagaimanakah Bumblebee menyembunyikan diri dari buruan Sektor 7, sebuah agensi rahsia kerajaan US? Saksikan telatah Autobots kuning ini dalam filem terbaru dari francais Transformers ini! -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote F685 31-7-2018 02:57 PM
So apa gossip nya ?
Quote alesandra 31-7-2018 03:00 PM
no 5 je yg aku tunggu .yg lelain boleh blah


bismillah no ...we will not let you go
Quote gerbera.memopad 31-7-2018 03:05 PM
The Nun & Fantastic Beast

Patut letak kat board filem ni.
Quote willow12 31-7-2018 03:14 PM
Salah bod ni
Quote itsmeshikin 31-7-2018 03:26 PM
salah parking ni...
Quote Orix 31-7-2018 04:00 PM
X saba tggu Venom. My Tom Hardy {:love
Quote matkpop 31-7-2018 04:28 PM
tengah tunggu citer si Arthur tu haa tapi lama lagi. Nak tengok Amber Heard
Quote vannie 9-8-2018 01:18 AM
aku baru tengok Hantu Kak Limah tadi tapiii {:nose
Quote Suchi 9-8-2018 11:49 PM
Byk pilem best tp iols ade ank umur 2 thn yg iols tak yakin duk diam cam kakaknya. Kakaknya dulu xde prob bila bawak masuk panggung sejenis yg akn tido sampai abis cite kalo bangun pun dia layan je tgk. Udahnya jd kaki wayang juga bila dah besar dah sekolah suka sgt tgk wayang.ni dia dh byk kali tnya bila lg nk tgk wayang.
Quote BukuTeball 11-8-2018 03:30 AM
Fantastic beast tu katenye ade dumbledore mase muda
Quote BukuTeball 11-8-2018 03:31 AM
Aquaman. Jason Momoa
Quote delia3003 13-8-2018 12:07 PM
Persaingan sengit November

Maybe akan tengok Fantastic Beasts je kot,  sequel nampak menarik sket berbanding yang 1st (nampak lebih dark dan ada Dumbledore muda) walaupun sorang pelakon pun iols tak minat tapi peminat HP dan cerita wizard macam ni. Yang lelain tak menarik hati pun

Walaupun peminat Transformers tapi filem Bumblebee ni, pelakon2 takde sorang pun yang menarik hati. Transformers sekurang2 nya banyak robot famous tapi Bumblebee tak banyak robot pun, so, tunggu tengok kat astro je ler
Quote buragazz 14-8-2018 06:32 PM
BukuTeball replied at 11-8-2018 03:30 AM
Fantastic beast tu katenye ade dumbledore mase muda

Jude Law jadi Dumbledore kan klu tak silap..
Quote BukuTeball 15-8-2018 01:48 AM
buragazz replied at 14-8-2018 06:32 PM
Jude Law jadi Dumbledore kan klu tak silap..

Wow jude law tu!
Quote BoongaKertas 15-8-2018 09:17 AM
iols tak sabar tggu no.3 & 4 tu. dari last year tggu no.3 tu sbnrnye. hopefully really good seram dia.
Quote Levespa 17-11-2018 12:26 AM
bohemian rhapsody serious best!

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.067640 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top