CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sah! Makanan Di Mamak Akan Kena Cukai SST

27-7-2018 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10554| Komen: 88

Description: Berikutan 1 September ini kerajaan bakal melaksanakan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), makanan kesukaan rakyat Malaysia iaitu roti canai dan teh tarik turut akan dikenakan cukai.
Berikutan 1 September ini kerajaan bakal melaksanakan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),  makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu roti canai dan teh tarik turut akan dikenakan cukai. 



kredit foto: carian internet

Ini kerana restoran India Muslim atau lebih terkenal dengan nama “restoran mamak” berada di bawah kategori penyedia perkhidmatan dalam sistem cukai tersebut.

Memetik laporan The Malaysian Insight, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mengesahkan semua penyedia perkhidmatan yang memperoleh hasil pendapatan tahunan RM500,000 wajib dikenakan cukai tersebut.


kredit foto: carian internet


Menurut presidennya Ayub Khan Muhamad Yakub , semua gerai dan restoran mamak yang berpendapatan tahunan mencecah RM500,000 dikehendaki bayar cukai SST.

"Ini bermakna semua kedai mamak di bawah Presma dikenakan cukai berkenaan kerana kami termasuk dalam had itu. Malah beberapa gerai mamak di kawasan terbuka pun terpaksa kenakan cukai SST kerana ada sesetengahnya boleh dapat lebih daripada RM1,300 sehari."


Bagi sistem cukai SST yang lama, had bagi penyedia perkhidmatan seperti restoran ditetapkan pada RM3 juta, bermaksud semua restoran mamak terkecuali.

“Kami akan hantar memorandum kepada kerajaan minggu ini, supaya kedai mamak dikecualikan daripada SST baru. Sebab 80% daripada pelanggan kami berpendapatan rendah.”
 
“Biarlah restoran di hotel-hotel dan restoran mewah yang kenakan cukai SST ini, sebab yang makan di sana orang-orang kaya.”

Menurut laman sesawang rasmi Jabatan Kastam, restoran tersenarai sebagai penyedia perkhidmatan yang dikehendaki mengenakan cukai SST.

Rang undang-undang SST dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada minggu depan, manakala sistem cukai itu dijadualkan bermula pada 1 September.

Presma mempunyai 4,000 ahli di seluruh negara. - CARI
14

Bagus
24

Marah
17

Terkejut
18

Sedih
8

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jcopy 27-7-2018 11:42 AM
hahahahahha

salam 16%

Quote jcopy 27-7-2018 11:44 AM
hahahaha

gst najib membebankan rakyat, kita kena ubah. tukar kerajaan

salam 16%



Quote AbukRokok 27-7-2018 11:45 AM
GST nama lain
okla tu.... mamak kan kaya2...mlmers pun lepak mamak .. kaya2 dorang
Quote jcopy 27-7-2018 11:46 AM
rabu hari terakhir saya bayar gst

hahahhahaha

salam 16%

Quote Cicisweets 27-7-2018 11:48 AM
Kah kah,aku terbaca ada komen cai kat ig,sekurang kurang mkn kat kedai mamak tak kena cukai
Quote jcopy 27-7-2018 11:50 AM
ahhahhahhaha

undi PH, gst dihapuskan, beban rakyat o% ini janji ph

maka pepagi mahacai2 pun beratur kat pusat mengundi

malamnya bawak anak bini cucu cucit mak pak tunggu madey kat istana

salam 16%






Quote munchkin 27-7-2018 11:57 AM
Tukar nama je. Hawkers food trucks even kantin universiti pun kena gst utk turnover rm500k. Kalau tak register tak leh claim input tax. Sama je cam gst. Tukar nama.
Quote leylapple 27-7-2018 12:02 PM
apahal pulak kedai mamak nak cas SST, SST hanya pada pengilang...

kedai mamak tu kilang ker?

SST bukan GST..

apsal ramai sangat yg kompius antara GST dgn SST?

sebelum nie SST ada takder pulak nak naik2kan harga.... bila diganti GST naik pulak harga...sebab gst pada setiap level...

bila GST 0%, takder pulak penurunan harga....

announce SST (sistem lama) dan2 pulak kata naik harga...

senang betul nak manipulate harga ...

boikot kdai mamak
Quote jcopy 27-7-2018 12:07 PM
leylapple replied at 27-7-2018 12:02 PM
apahal pulak kedai mamak nak cas SST, SST hanya pada pengilang...

kedai mamak tu kilang ker?

hahahahhahha

sst hanya pada pengilang je???

hahahhaha

mahacai kalau tak bodoh tak sah


Quote leylapple 27-7-2018 12:08 PM
jcopy replied at 27-7-2018 12:07 PM
hahahahhahha

sst hanya pada pengilang je???

nie sapa pulak yang bangang nie? lava salin kulit?
Quote jcopy 27-7-2018 12:09 PM
leylapple replied at 27-7-2018 12:08 PM
nie sapa pulak yang bangang nie? lava salin kulit?

sst hanya pada pengilang je???

hahahhahaha

dah kena main dgn PH, suh boikot mamak plakkkk




Quote pia250110 27-7-2018 12:10 PM
no mamak anymore
Quote budaktua 27-7-2018 12:11 PM
selama ni pun ramai yg dah tk nak g kedai mamak berdasarkan berbagai peristiwa yg berlaku ketika penyediaan makanan....

haa.. ini lah masa nya stop g kedai mamak....
Quote kemaruk 27-7-2018 12:11 PM
Peon tak percaya SST 16%

Dah elok2 GST, korang tukar guna sistem pencukaian kuno SST..

jangan lepas ni guna sistem percukaian zaman kesultanan melayu melaka dah lerrr
Quote kemaruk 27-7-2018 12:13 PM
leylapple replied at 27-7-2018 12:02 PM
apahal pulak kedai mamak nak cas SST, SST hanya pada pengilang...

kedai mamak tu kilang ker?

No wonder korang kena kencing
Quote palmolive 27-7-2018 12:14 PM
rakyat malaysia nak boikot? haha..
nak bayar tol pun berebut
Quote JohnnySins 27-7-2018 12:17 PM
tu la ni macai2 pangkat 29 la ni dok kata sst untuk pengilang  ja...kedai2 francais dan servis makanan kan depa kena service tax...apa tak penah melantak kepsi ka hangpa suma....yang kena sales tax tu pengilang...pengilang pun tak mau bayaq la..depa transfer beban cukai kat hangpa macai semua...sebab tu pengANALisis ekonomi sepet pun berani cakap kat tv...harga barang konfirm naik..tapi tak sembang cukai la dalam resit...bowdow....sebab tu limguanjeng kata revenue sst sikit....sebab kalau gst dulu...cukai input pun peniaga pemborong depa telan...sebab alasan depa nak claim lambat...bowdow...wakakakakakakakakkaka
Quote jcopy 27-7-2018 12:17 PM
palmolive replied at 27-7-2018 12:14 PM
rakyat malaysia nak boikot? haha..
nak bayar tol pun berebut

hek elehhh

dulu kau la penyokong tegar penjilat PH

dah insaf ke???


Quote kucingitam 27-7-2018 12:18 PM
kena cukai ke, tak kena ke..rega dia tetap mahal..mula kira rega lain, ko suruh dia kira sekali lagi, tgk sama ke tak..

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.063574 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top