CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sekali-sekala Tukar Menu Minum Petang Gaya Barat Dengan Resipi Churros Ini!

2-8-2018 04:42 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 7206| Komen: 20|Original author: Oleh: CSuy

Description: Churros adalah makanan ringan yang mudah didapati di kalangan masyarakat Sepanyol. Membuatnya bukanlah sesukar disangka. Kalau bosan makan jemput-jemput atau cekodok untuk minum petang, jom beralih ke ...
Foto: Pixabay


Churros adalah makanan ringan yang mudah didapati di kalangan masyarakat Sepanyol. Membuatnya bukanlah sesukar disangka. Kalau bosan makan jemput-jemput atau cekodok untuk minum petang, jom beralih kepada churros pula!

Ikuti cara mudah di bawah ini yang diolah dari resipi mudah disediakan Kelly Senyei di laman sesawang Justataste.


Bahan-bahan:

Churros (anggaran 10-12 batang)

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
2 sudu besar mentega atau marjerin
½ cawan gula
1 sudu kecil esen vanila (sekiranya mahu)

½ sudu kecil garam
Minyak masak untuk menggoreng


Salutan Churros

3 sudu besar gula kastor
3 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

                                       
Sos Churros

½ cawan cip coklat gelap (dark chocolate chip)
½ cawan krim atau Sapuan Hazelnut Nutella

 
Cara-cara:

1. Campurkan air, mentega, gula, garam dan esen vanila (jika mahu) ke dalam periuk dengan api kecil atau sederhana. Kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga mendidih.

2. Sebaik mendidih, tutup api.

3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Dengan perlahan, gaul sebati sehingga adunan menjadi doh yang membentuk seperti sebiji bola dan tidak melekat di tangan.

     
Foto: Justataste


4. Biarkan seketika agar doh menjadi sedikit sejuk.

5. Dengan api sederhana, panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali setelah doh boleh dipegang.

6. Boleh cuba salah satu cara ini untuk menggoreng churros:

a. Menggunakan piping bag yang tahan lasak beserta muncung bentuk bintang, masukkan doh ke dalamnya. Picitkan bag sehingga     doh keluar, dan potong doh apabila panjangnya mencecah sejengkal. Lakukan ini terus ke dalam minyak panas (Hati-hati!)

b. Ambil sejemput doh dan gulungkan di antara kedua-dua tapak tangan sehingga memanjang. Menggunakan garfu, carik bahagian     luar churros secara memanjang dengan berhati-hati. Masukkan ke dalam kuali.


Foto: Justataste

7.    Ulang beberapa kali Langkah 6 sehingga kuali penuh. Terbalikkan churros apabila ia bertukar menjadi perang. Angkat apabila telah masak.

8.    Untuk salutan churros, gabungkan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis. Gaulkan churros dengan salutan ini.


Foto: Justataste

9.    Untuk sos coklat, cairkan cip coklat dengan menggunakan kaedah double boiling. Apabila cip coklat telah cair sepenuhnya, tambahkan krim dan gaul sehingga sebati. Sos ini boleh dinikmati dengan mencelup churros ke dalamnya, ataupun dengan menuang sos ini ke atas churros. Sebagai alternatif, sos coklat ini boleh juga digantikan dengan sapuan Hazelnut Nutella.


Foto: Justataste


Selamat mencuba! - CARI


Sumber: Kelly Senyei - Justataste


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-8-2018 05:01 PM
Sedapkah?
Iols ni skeptikal sket la ..hahaha
Quote sarahmirza 2-8-2018 05:13 PM
Nama melayunya chakoi kot.. ntah tak reti eja

Rasa tepung kalau makan begitu aje..
Kalau kat sini cicah sos cair, tapi dibaratkan dah mcm2 perasa ada..
Quote myakayina 2-8-2018 05:35 PM
mmg kena guna piping bag tu ke? uli panjang2 tak boleh ek? tak jadi la churrosnya ye tak?
Quote Foxey 2-8-2018 10:41 PM
First time mkn ni masa kt DC like ages ago. Dah ada resipi ni boleh try buat. Fox penah buat guna tepung mix dia.
Quote mongoose_kidz 3-8-2018 03:29 AM
sedap ni...i ske
churos ni pernah viral dlm group masak ape hari ni....semua dilanda dek churos..
skit2 kuar post churos
Quote tri-max 3-8-2018 02:17 PM
ada jual kek kt psr mlm tp tak tergoda lagi nak beli
Quote gummygummy 3-8-2018 02:43 PM
ala macam sedap je nak beli la nanti kat mana2 if jumpa. kalo jual kt psr malam mesti lg murah sket kan
Quote beldandy 6-8-2018 12:52 PM
shernazz replied at 2-8-2018 05:01 PM
Sedapkah?
Iols ni skeptikal sket la ..hahaha

sedap.

I selalu buat


Quote beldandy 6-8-2018 12:54 PM
sarahmirza replied at 2-8-2018 05:13 PM
Nama melayunya chakoi kot.. ntah tak reti eja

Rasa tepung kalau makan begitu aje..

chakoi tu lain sbb guna yis
churros ni x guna pun, just gaul2 tepung dgn air panas je
dia lebih kurang cucur gaul air panas tu tp rasa plain, dip dgn any dipping sedap la


Quote beldandy 6-8-2018 12:55 PM
myakayina replied at 2-8-2018 05:35 PM
mmg kena guna piping bag tu ke? uli panjang2 tak boleh ek? tak jadi la churrosnya ye tak?

guna plastik biasa pun boleh tp gunting la bg ada bentuk star tu hehe
satu kijer pulak kan nk menguli panjang2 gitu

Quote shernazz 6-8-2018 02:14 PM
beldandy replied at 6-8-2018 12:52 PM
sedap.

I selalu buat

Oo ye ke...
Sosncoklat mmg.mcm.tu ek.resipi dia?
Nnt nak try la
Nak.beli.nozzle.dolu la
Quote beldandy 6-8-2018 02:22 PM
shernazz replied at 6-8-2018 02:14 PM
Oo ye ke...
Sosncoklat mmg.mcm.tu ek.resipi dia?
Nnt nak try la

ada byk je resepi sos coklat. itu mudah u la nk guna yg mana
guna cocoa powder pun ok juga.

kalau u nk beli nozzle tu kan, beli piping bag yg tebal skit sbb doh tu agak panas masa nk picit tu hehe


Quote alaa 8-8-2018 05:16 PM
sedap juga lah. pernah buat jugak.

tapi jemput2 ikan bilis+kentang+bawang+daunkucai@daun sup thethaaappp menjhadiii phoojaan hatikuuu
Quote cikbun 8-8-2019 12:40 AM
boleh try makan churros camni
Quote Chimicuri 20-3-2021 02:08 AM
Churros ni kena cari resepi light version sbb yg biasa tu mcm trigger pedih hulu hati ... huhu
(Agree jemput2 juga sedap utk tea time. Yummy!)
Quote makankuihku 20-3-2021 01:34 PM
coklat sos kena pahit-pahit sikit waduhh kecur dah
Quote Guli 29-4-2021 06:38 PM
Tq share resepi
Quote Guli 29-4-2021 06:38 PM
Churros fav food sgt
Quote Guli 29-4-2021 06:39 PM
Kita makan dgn SOS coklat pun sedap

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.175559 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top