CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Beratur Sampai Tengah Malam, Nasi Kandar Pokok Ketapang Jadi Pilihan Penduduk Butterworth

7-8-2018 04:18 PM| Diterbitkan: JohnDeSouza| Dilihat: 10136| Komen: 36|Original author: Oleh: Ijan

Description: Nasi Kandar Pokok Ketapang Yang Sedap Dan Kecoqkan Air Liur Anda

Nasi kandar adalah suatu jenama yang tidak asing lagi terutamanya bagi sesiapa yang mengunjungi Pulau Pinang. Terdapat pelbagai nama nasi kandar yang masyhur dan selalu meniti di bibir orang luar Pulau Pinang.



Tetapi, ada alternatif lain buat penduduk Butterworth, iaitu nasi kandar Ketapang sebelah Tmnet. Inilah nasi kandar yang betul-betul sedap dan unik. Nasinya berlainan daripada nasi lain iaitu berminyak sedikit menggunakan minyak sapi. Walau bagaimanapun nasi kandar ini bukannya terletak dalam senarai utama nasi kandar bagi pengunjung ke Pulau Pinang, blog ataupun peminat nasi kandar.


Mungkin kerana lokasinya di bagan, bukan di bahagian pulau. Namun begitu, nasi kandar Ketapang ini tetap memiliki keunikannya yang tersendiri. Antara keunikannya ialah dibuka pukul 11.00 malam dan tutup pukul 7.00 pagi selain daripada nasi minyaknya sendiri. Satu lagi keunikannya ialah nasi kandar ini kena beratur awal-awal pukul 11 malam.


Siap ada yang dah paww tempat beratur sebelum 11 malam. Kalau tidak jenuh kena tunggu. Nasib baiklah kini ada telefon pintar. Bolehlah layan Youtube dan Cari sebelum sampai depan mamak.

Jenuh Beratoq

Ok dah sampai depan mamak, ada macam-macam menu untuk anda ayam, ikan, telur dan lain-lain. Buat pengetahuan anda, antara menu rare yang ada dan tidak terdapat di nasi kandar yang lain ialah cili hijau segar untuk dimakan bersama nasi minyak mereka. Sungguh sedap dimakan bersama ayam goreng, nasi minyak dan kuah banjir. 


Bagi penduduk Butterworth, makan di sana wajib pakai pinggan besi, kalau tidak macam tak sah pulak. Ya, pinggan besi menjadi antara trademark nasi kandar Pokok Ketapang.

Dapnyaaaa....

Sekiranya anda malas hendak beratur di situ malam-malam, anda kena datang antara jam 12 hingga 2 pagi atau bukannya hujung minggu terutamanya selepas hujan kerana orang menjadi sedikit pada ketika itu. Atau sila berkunjung ke Nasi Kandar Mohamad yang terletak di belakang tmnet yang dibuka 24 jam yang memiliki menu yang sama. 

Tetapi anda masih perlu beratur ya, bila ramai orang dan waktu puncak. Dan jangan lupa order Ley Chee Kang sekali ya.




Bagaimana, sudah terliur tak? - CARI 

25

Bagus
11

Marah
33

Terkejut
18

Sedih
24

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 7-8-2018 04:33 PM
ye ke..



Quote JohnDeSouza 7-8-2018 04:50 PM

yerr.... saya selalu gi makan situ.kalau ndak apa2 tips tanya
Quote swayne 7-8-2018 10:22 PM
Lauk fav telur sotongggg
Quote JohnDeSouza 7-8-2018 11:37 PM
swayne replied at 7-8-2018 10:22 PM
Lauk fav telur sotongggg



sodapnyaaa...
Quote salmon-suki 7-8-2018 11:51 PM
Ape beza lauk pauk dgn resto nasi kandar y lain?selain drpd additional cili hijau?
Quote JohnDeSouza 8-8-2018 12:10 AM
salmon-suki replied at 7-8-2018 11:51 PM
Ape beza lauk pauk dgn resto nasi kandar y lain?selain drpd additional cili hijau?

nasi minyak depa
Quote chazey 8-8-2018 12:11 AM
Ni yang nasi kandaq beratur tu ka? If yang tu akak pernah coba, sedap memang sedap tapi ko makan la dengan bau hancing udara kotor bercampur bau longkang bertemankan pemandangan tikus gemok gedempol berlari2 anak depan ko masa ko tengah melantak tu.
Quote cikbunga. 8-8-2018 12:12 AM
Omg nasi kandar sedapnyaaaaa kecur air liur cenggini....
Quote salmon-suki 8-8-2018 12:13 AM
JohnDeSouza replied at 8-8-2018 12:10 AM
nasi minyak depa

Knp?sbb guna minyak sapi ka mcm dlm artikel tu?tp lauk pauk still sama ek,kari2,gulai2 je ek?ayam goreng mamak y warna merah2 tu ek?
Quote salmon-suki 8-8-2018 12:14 AM
chazey replied at 8-8-2018 12:11 AM
Ni yang nasi kandaq beratur tu ka? If yang tu akak pernah coba, sedap memang sedap tapi ko makan la  ...

Akak selera ke mkn kt situ dgn pemandangan y serba "menarik" itu?hehe..kalau sy,komfem xdpt nk telan lgsg..geli ler dgn bnde2 gitu,x bersih..
Quote JohnDeSouza 8-8-2018 12:43 AM
chazey replied at 8-8-2018 12:11 AM
Ni yang nasi kandaq beratur tu ka? If yang tu akak pernah coba, sedap memang sedap tapi ko makan la  ...

pi la dok kat haja, kompom x nampak tikuih
Quote JohnDeSouza 8-8-2018 12:45 AM
salmon-suki replied at 8-8-2018 12:13 AM
Knp?sbb guna minyak sapi ka mcm dlm artikel tu?tp lauk pauk still sama ek,kari2,gulai2 je ek?ayam  ...

ya minyak sapi.sedap! campoq gulai mereka.
Quote JohnDeSouza 8-8-2018 12:46 AM
salmon-suki replied at 8-8-2018 12:14 AM
Akak selera ke mkn kt situ dgn pemandangan y serba "menarik" itu?hehe..kalau sy,komfem xdpt nk tel ...

kalau gitu akak gi la kepci sunway.bukak 24 jam.
Quote salmon-suki 8-8-2018 12:48 AM
JohnDeSouza replied at 8-8-2018 12:45 AM
ya minyak sapi.sedap! campoq gulai mereka.

Urm...ktorg kt umh bt nasi minyak or any nasi y berperisa mmg akn guna minyak sapi,plus mentega..so nothing new lah. Kekeke~gulai2 kedai nasi kandar ni rse same je. Xde ke y btul2 kick n len drpd y len?hehe
Quote JohnDeSouza 8-8-2018 12:50 AM
salmon-suki replied at 8-8-2018 12:48 AM
Urm...ktorg kt umh bt nasi minyak or any nasi y berperisa mmg akn guna minyak sapi,plus mentega..s ...

cuba try nasi dalca jelutong
Quote JohnDeSouza 8-8-2018 12:51 AM
salmon-suki replied at 8-8-2018 12:48 AM
Urm...ktorg kt umh bt nasi minyak or any nasi y berperisa mmg akn guna minyak sapi,plus mentega..s ...

amboi bertuah la awak tiap2 ari melantak nasi minyak
Quote salmon-suki 8-8-2018 12:58 AM
JohnDeSouza replied at 8-8-2018 12:51 AM
amboi bertuah la awak tiap2 ari melantak nasi minyak

Bkn tiap2 ari,xdenye nk bt tiap2 hari..time rajin je laa..nasi carrot,nasi tomato,sy ltk mnyak sapi..hehe..nk kasi naik aroma tu..
Quote JohnDeSouza 8-8-2018 01:06 AM
salmon-suki replied at 8-8-2018 12:58 AM
Bkn tiap2 ari,xdenye nk bt tiap2 hari..time rajin je laa..nasi carrot,nasi tomato,sy ltk mnyak sap ...

x terkata aroma kesedapannya....argkkkkkkk!
Quote salmon-suki 8-8-2018 01:10 AM
JohnDeSouza replied at 8-8-2018 01:06 AM
x terkata aroma kesedapannya....argkkkkkkk!

Haha..nmpk sgt peminat setia nasi kandar kedai ni..hahaha

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.072251 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top