CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jerut Isteri Dengan Kabel Telefon Kerana Cemburu

31-7-2018 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2696| Komen: 18

Description: Wanita menjadi mangsa cemburu apabila dibelasah suaminya hanya kerana melayan pelanggan lelaki di butik mereka.
Wanita menjadi mangsa cemburu apabila dibelasah suaminya hanya kerana melayan pelanggan lelaki di butik mereka.

Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di Taman Chai Leng, Perai, Bukit Mertajam, 4 pagi semalam apabila suspek menumbuk kepala dan menjerut leher wanita berkenaan menggunakan kabel telefon.



Gambar Hiasan

Difahamkan, lelaki berusia 38 tahun itu berang kerana isterinya, 30, melayan pelanggan lelaki lebih muda dan ‘jambu’ di butik mereka di Jalan Perniagaan Perda, Bukit Mertajam.

"Ketika berada di butik terbabit pada 8 malam, suspek sudah menunjukkan sikap panas baran apabila dia meluru ke arah isterinya dan memberitahu dia tidak suka wanita berkenaan melayan pelanggan lelaki itu.


“Suspek yang naik angin turut menendang kasut dan menumbuk pelanggan berkenaan, namun isterinya sempat menghalangnya daripada terus memukul.

“Suspek turut melepaskan geram dengan menumbuk dinding sebelum wanita terbabit memujuk suaminya itu untuk berbincang perkara berkenaan di rumah mereka,” kata sumber.

Bagaimanapun, keadaan menjadi makin keruh apabila berlaku pertengkaran di rumah hingga suspek menumbuk kepala isterinya beberapa kali dan menjerut leher wanita terbabit menggunakan kabel telefon sebelum keluar dari rumah.

Mangsa, bagaimanapun tidak tahan diperlakukan sedemikian rupa dan membuat laporan polis.

Suspek, kemudian ditahan polis dan direman tiga hari bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati suspek terlalu cemburu dan mendakwa pelanggan terbabit tidak mahu berurusan dengannya dan lebih banyak bertanya mengenai barang dijual kepada isterinya ketika berada di butik mereka.

“Mangsa yang berkahwin dengan suspek sejak April lalu mengalami lebam di kaki, leher dan dahi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. - CARI
24

Bagus
22

Marah
15

Terkejut
22

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 31-7-2018 11:31 PM
Andainya takdir 3
Quote Supersirap 31-7-2018 11:38 PM
Kenapa laa mesti nak pukul bini, dayus sungguh suami yang kaki pukul
Quote theotherfriend 31-7-2018 11:38 PM
Umur 38thn, baru kahwin 4 bln lalu. Harap angka je...
Quote abil_tetra 1-8-2018 12:16 AM
hmm...umur 38 dah, br kahwin ke mmg jenis panas xde sape nak
kesian ler bini slh pilih...mujur x mati...jgn main2 org psiko nih
Quote samasam90 1-8-2018 12:55 AM
umur 38.. separuh mati ku cari isteri by dyg nurfaizah sangat
Quote Burong_Hantuk 1-8-2018 04:28 AM
Choiiii jantan days hingusan
Quote nishikido 1-8-2018 06:44 AM
Baca tajuk, ingatkan wife ni melacur ke hapa siap layan pelanggan..rupanya husband sewel kuat cemburu..mesti si wife cantik tapi husband huduh,sebab tu insecure teramat
Quote jazaa100 1-8-2018 07:14 AM

Iya kan.....

sebijik mcm Airil.....

Giler....

Quote lasagnaklcc 1-8-2018 07:18 AM
Insecure sgt la ni.
Quote batu kikir 1-8-2018 07:44 AM
Frankly speaking lelaki lambat kahwin ni..... dah puas makan luar.
So bila dia kahwin..... dia ingat semua pompuan mcm ex girl dia...gebang sikit2, dapat pepet.
Jadi dia cemburu semacam takut wife bagi barang sedap dia kat orang lain.
Insecure betul
Quote sinalegna 1-8-2018 07:54 AM
Kerat je la anu tu.. bodo punya jantan
Quote rosasa 1-8-2018 08:14 AM
dayus , sekian
Quote nitrotech 1-8-2018 11:14 AM
aduhhh.sian.xpanjang umo plak.
Quote putericahaya999 1-8-2018 11:18 AM
biawak sangat ni
Quote crazypink 1-8-2018 11:30 AM
ya allah menakutkan  
Quote BoLapciOus 1-8-2018 11:57 AM
sorryla xhingin daku laki sedemikian
Quote batmana 1-8-2018 11:39 PM
Lelaki lmbt kawin dah puas makan luar?
Amboi mulut..ni dh seolah tuduh laki tu bzina bagai..
Dh praktis dan merangkak kt pdg merdeka tk?
Quote sofiazara 1-8-2018 11:44 PM
kawin org tua. mmg jeles

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.194824 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top