CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Siapa Berani Kacau, Saya Terajang Mereka!"- Nenek 75 Tahun Nekad Belajar Karate

1-8-2018 04:28 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 2261| Komen: 9|Original author: Oleh: Suzy

Description: Selalu kita lihat aksi individu mahir dalam seni mempertahankan diri karate seperti mematahkan papan. Bukan calang-calang orang mampu melakukan aksi tersebut.


Selalu kita lihat aksi individu mahir dalam seni mempertahankan diri karate seperti mematahkan papan. Bukan calang-calang orang mampu melakukan aksi tersebut.  

Seni ini bukan sahaja diminati golongan muda, warga emas juga ingin menguasainya!


Foto: Mirror UK

Ede Smith yang kini berusia 75 tahun mampu mematahkan papan dan menterbalikan susuk lelaki yang tiga kali ganda lebih berat daripadanya. Lebih mengagumkan, aksi ini dilakukan oleh wanita yang mempunyai ketinggian hanya lima kaki satu inci (157 sentimeter) dan menghidap arthritis serta pernah melakukan pembedahan penggantian lutut.




Ede yang juga bekas tentera nekad mempelajari seni mempertahankan diri ini lima tahun lalu selepas dibawa cucunya ke sesi latihan di sekolah. 

Ede amat senang mempelajari langkah-langkah yang diajari dan dia kini hampir memiliki tali pinggang hitam. Menurut Ede, karate mengajarnya lebih berwaspada terhadap sesuatu. 



"Saya suka karate kerana ia membuktikan bahawa saya mampu melakukan perkara-perkara yang tidak pernah saya fikir mampu lakukan.

"Ia membuatkan anda berjaga-jaga dari segi mental, seperti langkah yang anda perlu tahu apabila pukulan seterusnya akan datang. Jika seseorang cuba menyakiti saya, saya akan menendang mereka. 

"Menantu saya memiliki ketinggian 193 cm dan dia selalu menyakat saya mengenainya. Pada suatu malam, saya pergi ke rumahnya dan memintanya untuk menumbuk saya. Tetapi, sebaliknya berlaku apabila dia yang dipukul di bahagian dada," katanya.

Sementara itu, suaminya, Colin menyokong minat Ede dan sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya. 

"Colin sangat bangga. Dia selalu berkata, anda boleh melakukannya," Ujar Ede dipetik daripada Mirror UK. - CARI
22

Bagus
23

Marah
28

Terkejut
20

Sedih
29

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 1-8-2018 04:34 PM
Quote munchkin 1-8-2018 04:34 PM
Comellllll. Nenek ni
Quote matkpop 1-8-2018 04:42 PM
comel nenek ni, nak kacau pun tak sampai hati nek. rasa nak picit2 ja pipi kedut dia tu
Quote insulin 1-8-2018 04:43 PM
Jaga-jaga nek. Sibuk nak terajang orang lain tak pasal-pasal tulang pula yang patah....
Quote putericahaya999 1-8-2018 05:03 PM
napa nennek mcm datuk
Quote Artemesiaa 1-8-2018 05:11 PM
Elok ler nenek suka excercise cam tu dah tua2 kalau tak banyak bergerak lama2 jadi jem satu badan
Quote EvieWanKenobi 1-8-2018 06:20 PM
kecik je penumbuk nenek..
Quote dani-rox 1-8-2018 09:28 PM
org tua nih kan sasaran mudah penyamun dan pencabul

mesti menyesal penjahat yg coba mengganggu nenek nih

you go, nek
Quote bazarayamy 10-8-2018 04:15 PM
bagus... selain dapat belajar pertahan diri boleh isi masa dengan baik

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.138712 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top