Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

LeBron James Buka Sekolah 'Percuma' Untuk Kanak-kanak Tidak Berkemampuan

8-8-2018 03:35 PM|Oleh: Sang Pencinta| Komen: 7

Atlet bola keranjang dunia LeBron James yang telah memenangi pelbagai anugerah termasuk beberapa trofi NBA, MPV dan juga pingat emas Olimpik menggemparkan dunia apabila mengumumkan perpindahannya dari kelab Cleveland ke LA Lakers dengan yuran sebanyak USD154 juta (RM626 juta), bulan lalu. 

Pasti anda tertanya-tanya apakah yang dilakukan bintang kelahiran Akron, Ohio ini dengan duit sebanyak itu.


Kredit Foto: IG LeBron James

Persoalan itu terjawab apabila hari ini, Lebron mengumumkan pembukaan sekolah miliknya, I Promise School di daerah kelahirannya sendiri khas untuk kanak-kanak yang tidak berkemampuan. 

Uniknya, sekolah ini menjanjikan pendidikan, uniform, makanan, pengangkutan dan basikal percuma kepada semua anak muridnya. Selain itu, sekolah ini juga memberikan biasiswa kepada semua pelajarnya yang berjaya menyambung pelajaran ke Universiti Akron. 

Bagi keluarga yang tidak berkemampuan, sekolah LeBron berjanji akan memberikan bantuan mencari peluang pekerjaan untuk ibu bapa pelajar.


Kredit Foto: LA Times

"Ia sangat bermakna buat saya. Saya rasakan inilah pencapaian terbesar kerana ia bukan milik saya seorang, tetapi semua pasukan, organisasi dan pihak perbandaran yang menyokong saya," katanya kepada AP.


Kredit Foto: LA Times

LeBron mengimbau suka-duka zaman kanak-kanak bersama ibunya di mana hidup mereka sangat susah ketika itu dan terpaksa berpindah randah akibat kemiskinan. Hanya belas ehsan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang mengubah nasib LeBron sehingga berjaya kini.
 

Kredit Foto: LA Times

Kini, LeBron bertekad untuk membalas jasa semua pihak dengan membuka sekolah percuma ini khas untuk kanak-kanak yang senasib dengannya dahulu.

Syabas, LeBron! Kejayaan dan kesenangan dikongsi dengan semua orang, bukan semua orang mampu melakukannya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
26
Marah
40
Terkejut
17
Sedih
22
Lawak
30
Bosan
40
Komen: 7
Komen

Previous : Bukan Ubat Tinggi, Pakai Ini Selesai Masalah Pengantin Lelaki Rendah!

Next       : Video Datuk Mahadzir Lokman Menyanyi Lagu Kadazan Mengimbau Kenangan

Komen Terbaru

Quote Keropok12 28-10-2018 05:07 PM
Alhamdulillah bagus dia ni

Lain-lain Komen

Quote chazey 8-8-2018 03:36 PM
Jangan jadi pusat memedo, udah
Quote Spicymami 9-8-2018 02:50 AM
chazey: Jangan jadi pusat memedo, udah


Betul tu mcm kes haiti tu yeye politicians, celebrities kempen konon nk bantu minta derma sana sinun ujung2 abis diseludup nye manga bebudak haiti utk jual kt kroni pedo. Nasib baik kantoi.
Quote ultra78 9-8-2018 07:04 AM
Tak perlu minta derma orang ramai utk buat sekolah,apatah lagi minta murid jual kismis.
Quote manjalara_01 9-8-2018 12:41 PM
Edited by manjalara_01 at 9-8-2018 12:44 PM
chazey replied at 8-8-2018 03:36 PM
Jangan jadi pusat memedo, udah

berita lame...tp mungkin ramai yg x tahu...
https://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/africaandindianocean/southafrica/5082517/Oprah-Winfrey-school-in-South-Africa-faces-second-sex-scandal.html

music video lame..tp mungkin ade yg x tahu..

Quote Foxey 9-8-2018 01:53 PM
good deed, indeed!
Quote rynehanekoma 10-8-2018 11:40 AM
Bagus betul..duit banyak2 buat amal jariah
Quote Keropok12 28-10-2018 05:07 PM
Alhamdulillah bagus dia ni

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
2.036776s Gzip On
To Top