CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rihanna 'Selamatkan' Bagasi Jurusolek Yang Hilang Di Lapangan Terbang

7-8-2018 05:44 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3985| Komen: 19|Original author: Oleh: Sang Pencinta

Description: Pricilla Ono ialah salah seorang jurusolek selebriti Hollywood yang sangat laris. Antara pelanggannya termasuk artis kelas A seperti Rihanna, Kelly Rowland, Paris Hilton dan Amber Rose.

Kredit Foto: FB Pricillaono

Pricilla Ono ialah salah seorang jurusolek selebriti Hollywood yang sangat laris. Antara pelanggannya termasuk artis kelas A seperti Rihanna, Kelly Rowland, Paris Hilton dan Amber Rose. 

Kerana bakatnya yang besar, Rihanna telah melantik Pricilla menjadi jurusolek bagi rangkaian kosmetiknya, Fenty Beauty. Pricilla juga bertanggungjawab memantau kesemua acara yang membabitkan kosmetik Rihanna di seluruh dunia. Ini adalah salah satu sebab kenapa hidup Pricilla banyak melakukan penerbangan dengan bagasi kosmetiknya.


Kredit Foto: FB Pricillaono

Bagaimanapun, penerbangan kelmarin bagaikan mimpi ngeri bagi Pricilla apabila bagasinya yang mengandungi kesemua peralatan dan alat solek telah hilang dalam salah satu penerbangan KLM. 

Dalam keadaan panik, Pricilla membuat laporan dan beberapa panggilan susulan. Malangnya, sehingga masa suntuk bagi acara penting itu untuk bermula, bagasinya masih belum ditemui dan tiada sebarang maklum balas daripada pihak penerbangan KLM. 

Pricilla, kemudian memuat naik satu status di Instagramnya meminta bantuan rakan-rakan jurusolek untuk menghubungi sebarang kenalan di KLM bagi mendapatkan bantuan segera.



Malangnya, KLM masih tidak ada sebarang maklum balas. Sehinggalah bos Pricilla, Rihanna sendiri memuat naik status di Twitternya ditujukan khas buat syarikat berkenaan.



Sejurus posting itu dimuat naik Rihanna, hampir serta-merta pihak KLM menjawab rayuan Pricilla.


Kredit Foto: Twitter

Akhirnya, Pricilla mendapat kembali bagasi berharganya itu yang dihantar khas kepadanya di lapangan terbang kerana dia sedang bergegas ke acara seterusnya. 

Pricilla, kemudian memuat naik permohonan maaf daripada KLM yang turut menghantar seorang kakitangan kacak dengan sejambak bunga.


Kredit Foro: IG Pricillaono

Jadi, ada untungnya mempunyai majikan dengan jutaan pengikut di media sosial, bukan? Syabas, Rihanna! - CARI
38

Bagus
38

Marah
52

Terkejut
42

Sedih
44

Lawak
41

Bosan

Friends Rank (255 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matkpop 7-8-2018 06:23 PM
bad riri dah boleh jadi good riri
Quote Sang_Pencinta 7-8-2018 07:11 PM
Untung kerja dengan Rihanna
Quote KucingKedai 7-8-2018 09:08 PM
Hish, nak kena orang yang ada power gak bersuara baru nak gerak.. Macam mana la keje bahagian service..
Quote RatuDunia94 7-8-2018 09:28 PM
Rihanna kot.. Berani Airlines tu nk whoareyuskan sheols..  Sekali sheols tweet buruk2 pasal Airlines jutaan pengikut sheols akan baca..
Quote dani-rox 7-8-2018 10:00 PM
huntunglah jd selebriti berpengaruh, kalau marhaen berjanggut la tunggu respons.
Quote Sandal 8-8-2018 06:38 AM

macam dato telajak laris


Quote armin 8-8-2018 08:06 AM
Tau takut. Dan2 terus jumpa. Teruk betul servis
Quote CiliPadiSedap 8-8-2018 09:15 AM
Kalau bag sajat hilang kita glab ramai2 applause applause
Quote LostStar 8-8-2018 09:47 AM
haritu beg ac mizal rosak.. tadak sapa heran.. kikikiiii
Quote chinta89 8-8-2018 10:01 AM
kalau u bukan 'nobody' takde sape kisah
Quote mieymiey 8-8-2018 10:29 AM
Rihanna kot
Quote Artemesiaa 8-8-2018 11:16 AM
Itulah bezanya orang biasa2 dengan orang ternama bila bersuara atau mintak pertolongan
Quote Sang_Pencinta 8-8-2018 03:42 PM
Orang biasa melalaklah kau sampai tekak kering tapi susah dapat respon
Quote Konahhh 10-8-2018 08:43 AM
That is life. You're somebody, then things will work in your favour in quick manner. If you're a nobody, just pray that you're lucky.
Quote MsKoreanfanatic 16-8-2018 12:03 PM
untung la...
Quote martiena 16-8-2018 02:26 PM
Sandal replied at 8-8-2018 06:38 AM
macam dato telajak laris

datuk terlajak laris versi nepal pun yer.........
Quote samasam90 17-8-2018 01:55 PM
LostStar replied at 8-8-2018 01:47 AM
haritu beg ac mizal rosak.. tadak sapa heran.. kikikiiii

hahaha, who r yussssssssssssssssss?
Quote Zuzu19 17-8-2018 11:23 PM
bagus boss RIRI
Quote tupperwarepink 24-8-2018 10:50 AM
Untunglah, kalau takat netizen menyalak xde maknanya depa cari cepat2 siap bagi bunga bagai

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.084449 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top