Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Video Datuk Mahadzir Lokman Menyanyi Lagu Kadazan Mengimbau Kenangan

9-8-2018 01:02 PM|Oleh: Sang Pencipta| Komen: 3

Pemergian ikon penyiaran negara Datuk Mahadzir Lokman minggu lagu disifatkan satu kehilangan besar kepada industri penyiaran negara. Mahadzir, 61 tahun yang lebih dikenali sebagai 'Dato Dale' di kalangan sahabatnya meninggal dunia di sebuah hotel di Tanjung Aru, Sabah ketika sedang menunaikan solat subuh. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam, Bukit Kiara pada pagi Ahad , 5 Ogos. 

Menurut adik perempuannya, Ida Lokman 57 tahun, Mahadzir sangat gembira ketika berangkat ke Sabah. 'Beliau menasihati saya supaya menjaga diri kerana hidup kita ini singkat' tambah Ida.


Kredit Foto: FB Francis Maluda

Pemergian Mahadzir juga turut dirasai oleh rakan-rakan lama beliau di Sabah. Francis Maluda, rakan lama Allahyarham yang juga seorang krew penyiaran  telah memuatnaik sebuah video lama yang menunjukkan Dato Dale menyanyikan sebuah lagu Kadazan dalam sebuah rakaman majlis perkahwinan untuk siaran TV. 



Kredit Video: FB Francis Maluda


Menurut Francis, rakaman itu dibuat sekitar tahun 1993 ketika beliau bertugas dengan TV3. Turut kelihatan dalam video itu ialah rakan pengacara Zalina Azman. Mahadzir Lokman dikatakan menarik tumpuan ramai kerana sangat fasih berbahasa Kadazan.  

Malah pengantin wanita dalam rakaman itu, Esther Masula turut mengimbau kenangan manis ketika rakaman dengan Mahazdir dan kru TV3. "Saya kini sudah ada 3 orang anak; 14 , 12 dan 2 tahun dan video ini mengingatkan kenangan manis kami suami isteri," kata Esther dalam ruangan komen.

Foto Carian internet

Sesungguhnya kebolehan Mahadzir dalam pelbagai bahasa satu kemampuan yang tiada tolok bandingannya. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
35
Marah
37
Terkejut
27
Sedih
28
Lawak
46
Bosan
32
Komen: 3
Komen

Previous : LeBron James Buka Sekolah 'Percuma' Untuk Kanak-kanak Tidak Berkemampuan

Next       : Nasib Lelaki Ini Berubah 360 Darjah Kerana Seorang Tukang Gunting Rambut!

Komen Terbaru

Quote rynehanekoma 10-8-2018 01:12 PM
Alfatihah...

Lain-lain Komen

Quote zulka 9-8-2018 02:15 PM
Alfatihah utk allahyarham..
Quote Sang_Pencinta 10-8-2018 08:38 AM
Boleh tahan dia nyanyi
Quote rynehanekoma 10-8-2018 01:12 PM
Alfatihah...

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.077888s Gzip On
To Top