CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Dan Anak Tak Beri Laluan, William Leong Dan Prabakaran Rela Lepas Kerusi Untuk Anwar

7-8-2018 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2717| Komen: 13

Description: Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tegas dengan pendirian mereka mempertahankan kerusi parlimen masing-masing.
Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tegas dengan pendirian mereka mempertahankan kerusi parlimen masing-masing.



Foto: IG Dr Wan Azizah

Memetik Astro AWANI, Dr Wan Azizah mengesahkan beliau akan mengekalkan jawatannya sebagai TPM dan tidak akan melepaskan kerusi Parlimen Pandan kepada suaminya iaitu Presiden PKR yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan PKR yang berlangsung Ahad lalu.

"Memang tidak (letak jawatan). InsyaAllah (kekal semua jawatan dalam kabinet)," katanya kepada media di lobi Parlimen.

Dr Wan Azizah bagaimanapun, akan meletakkan jawatan sebagai TPM sekiranya Anwar menjadi PM.


Sementara itu, Harian Metro melaporkan Nurul Izzah juga tidak akan melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.


Foto: IG Nurul Izzah

“Cinta pertama dan kedua saya adalah Parlimen Lembah Pantai, namun Permatang Pauh adalah cinta abadi saya.

“Saya sangat komited (di Permatang Pauh). Saya ada banyak agenda untuk dilaksanakan di sana dan akan kekal di Permatang Pauh sehingga akhir tempoh penggal Parlimen," katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Manakala, dia lagi Ahli Parlimen menyatakan kesediaan mereka memberi laluan kepada Anwar iaitu Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dan Ahli Parlimen termuda, P Prabakaran yang mewakili Parlimen Batu.


Foto: MalaysiaKini

"Sekiranya saya diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbuat demikian, saya akan dengan rela akur dan mengundurkan diri.

"Tidak ada antara ahli parlimen PKR akan berkata tidak kepada Presiden dan pilihan beliau akan kerusi parlimen bukannya kerana bangsa saya. Tidak ada kerusi Cina, Melayu dan India di dalam Pakatan Harapan.

"Kami melihat kepada gambaran yang lebih besar dan beliau adalah bakal Perdana Menteri dan beliau seorang personaliti yang lebih penting daripada saya. Demi masa hadapan negara, adalah lebih baik sekiranya beliau bertanding dan menang," kata Leong kepada Astro AWANI bagi mengulas isu .

Manakala, Prabakaran berkata, ia semua hanya ura-ura dan belum ada perbincangan mengenainya untuk mengosongkan kerusi Parlimen Batu bagi memberi laluan kepada Anwar.


Foto: Remaja

"Hal ini bukan bermaksud saya tidak akan berundur, namun tiada perbincangan ke arah itu," katanya. - CARI
11

Bagus
18

Marah
24

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnySins 6-8-2018 09:34 PM
isunya bukan anak bini tak bagi chance..isunya anak beranak nak duduk dalam parlimen...wakakakakaka

nanti ada macai abadi pkr tanya..apa salahnya? memang la tak salah..sapa kata salah..wakkakakakakakaka
Quote Burong_Hantuk 7-8-2018 01:46 AM
Keluarga peliwat muka tak tau malu
Quote Nonones 7-8-2018 10:59 AM
Tak boleh ke SPR gubal syarat lepas ni kalau nak bertanding PRU ke PRK ke jgn ada anak beranak?? fokus utama skg ni utk masalah negara bukan masalah anak beranak! sedihhhhhhhhhhhhhhh!!
Quote notsospecial007 7-8-2018 11:25 AM
penat ja undi.. alih2 bagi lalu kt org lain.. dafakk
Quote Aliaskotonggo 7-8-2018 11:35 AM
cinta abadi Izzah  =  PP
Cinta Abadi Bang Non = PM
Quote jcopy 7-8-2018 11:37 AM
tunggu je la langkawi prk

Quote tikusmontok 7-8-2018 11:37 AM
punya la tamak kuasa anak beranak.
Quote Bangku 7-8-2018 11:45 AM
Edited by Bangku at 7-8-2018 11:47 AM
Burong_Hantuk replied at 7-8-2018 01:46 AM
Keluarga peliwat muka tak tau malu

Saya nak tanya....awak nampak ke dia meliwat....sila jawab...ya atau tidak...itu saja....

Sayabukanbarudlmforum2008dahada...
Quote jcopy 7-8-2018 11:48 AM
dulu kalau tak liwat, dah jadi PM ke5 dah

Quote jcopy 7-8-2018 11:49 AM
Bangku replied at 7-8-2018 11:45 AM
Saya nak tanya....awak nampak ke dia meliwat....sila jawab...ya atau tidak...itu saja....

Sayab ...

alahai

kau tanya PM4 la, siap kata nuar onanikan jantan lain


Quote Gingerly 7-8-2018 12:21 PM
Gila kuasa lah masing2 puiii agenda taik kucing
Quote harizs 7-8-2018 02:42 PM
parti anak beranak yg sangat terserlah..
Quote jalfa 7-8-2018 02:47 PM
Kalo najib kelepetokrasi..kalo tun kronisme ni kalo anak beranak konker jawatan nak panggil ape?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.217146 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top