Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Joe Arridy, Kisah Banduan 'Paling Ceria' Namun Menyayat Hati..

13-8-2018 01:47 PM|Oleh: intvnkamil| Komen: 45

Foto : Joe Arridy

Joe Arridy dilahirkan pada tahun 1915, juga mempunyai masalah mental dan mempunyai tahap IQ hanya 46 telah dituduh melakukan kesalahan rogol dan bunuh terhadap seorang budak perempuan 15 tahun pada tahn 1936. Joe dihukum mati dengan cara paling kejam, iaitu gas chamber; diracun dengan gas sehingga mati.

Namun begitu, pertuduhan itu telah disangkal dan Joe dibuktikan tidak bersalah hanya setelah dia disabitkan hukuman. Pada ketika itu, pegawai penjara dan komuniti setempat telah mengadakan petisyen untuk mengubah hukuman Joe daripada hukuman mati ke penjara seumur hidup. 

Foto : Google image
Satu perbicaraan telah diadakan untuk mengesahkan kewarasan Joe, namun peguam Joe tidak berjuang sama sekali berkenaan tahap kesihatan metal Joe yang tidak dapat membezakan yang mana satu betul dan salah. Akhirnya Joe dihukum mati.

Di akhir waktu hidupnya, Joe meminta untuk makan ais krim dengan banyak tanpa mengetahui bahawa itu adalah makanan terakhirnya. Joe terkenal dengan sikap periang dan hanya tahu bermain dengan kereta api mainan pemberian seorang anggota warden penjara pada ketika itu. Joe jugak sangat disegani oleh banduan serta pegawai penjara yang lain.


Foto : Google Image

Pada waktu akhir hukuman, Joe diarahkan untuk memberi kereta api mainan tanpa mengetahui dia akan dihukum mati. Joe menyerahkan mainannya dengan senyuman sebelum melangkah ke bilik gas untuk diracun sehingga mati.

Apabila ditanyakan mengenai hukuman yang akan dia lalui, Joe kelihatan bingung dan jelas tidak mengetahui apa yang akan dihadapi. Joe hanya tersenyum ketika dibawa ke bilik hukuman dan kelihatan gugup dan perlu ditenangkan oleh pegawai ketika hukuman sedang dijalankan.

Foto : Google Image

Pada tahun 2011, Governor Colorado telah menganugerahkan pengampunan selepas mati (posthumous pardon) kepada Joe dan mempercayai bahawa Joe Arridy adalah tidak bersalah dan mangsa kepada undang undang yang tidak sistematik dan tidak adil pada ketika itu. 

Warden penjara mengatakan - "The man you kill tonight is six years old. He has no idea why he dies." - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
19
Marah
19
Terkejut
14
Sedih
28
Lawak
19
Bosan
25
Komen: 45
Komen

Previous : Nasib Lelaki Ini Berubah 360 Darjah Kerana Seorang Tukang Gunting Rambut!

Next       : Terperangkap Dalam Tubuh Kanak-kanak, Lelaki 25 Tahun Benci Lihat Cermin

Komen Terbaru

Quote anilzasor3323 4-9-2018 02:08 PM
Edited by anilzasor3323 at 4-9-2018 02:09 PM

ni mcm cite korea "miracle in cell no.7" yg bapak budak tu mcm kurang siuman dituduh cabul dan bunuh budak pompuan bpe tahun tah.. sbnrnya dia ikut budak pompuan tu sbb dia nak cari beg sekolah yg anak pompuan dia idamkan..

Lain-lain Komen

Quote matkpop 13-8-2018 02:01 PM
lol budak dah mati baru nak kasi pengampunan. takleh brain
Quote Foxey 13-8-2018 02:04 PM
Kesian Joe. Given pardon but way too late...
Quote mieymiey 13-8-2018 02:09 PM
Siapa pembunuh sebenar budak perempuan tu?
Quote bawangkecik 13-8-2018 02:14 PM
mieymiey replied at 13-8-2018 02:09 PM
Siapa pembunuh sebenar budak perempuan tu?

frank aguilar.  Dia mengaku bersalah then kena hukum gantung dua tahun sebelum joe arridy dihukum mati
Quote bawangkecik 13-8-2018 02:14 PM
mieymiey replied at 13-8-2018 02:09 PM
Siapa pembunuh sebenar budak perempuan tu?

frank aguilar.  Dia mengaku bersalah then kena hukum gantung dua tahun sebelum joe dihukum mati
Quote haliamerah 13-8-2018 02:40 PM
bawangkecik replied at 13-8-2018 02:14 PM
frank aguilar.  Dia mengaku bersalah then kena hukum gantung dua tahun sebelum joe dihukum mati

pembunuh sebenar kena hukum gantung 2 thun sebelum joe dihukum mati,,tapi joe still jugak kena hukum mati?
Quote fish 13-8-2018 02:41 PM
bawangkecik replied at 13-8-2018 02:14 PM
frank aguilar.  Dia mengaku bersalah then kena hukum gantung dua tahun sebelum joe arridy dihukum  ...

confuse. sebelum atau selepas?


Quote Victorioussss 13-8-2018 02:41 PM
Made me cry
Quote mieymiey 13-8-2018 02:42 PM
bawangkecik replied at 13-8-2018 02:14 PM
frank aguilar.  Dia mengaku bersalah then kena hukum gantung dua tahun sebelum joe dihukum mati

Dah digantung 2 tahun sebelum Joe dihukum mati? Dah tau pelaku sebenar, kenapa nak teruskan hukuman mati orang tak bersalah?
Quote bawangkecik 13-8-2018 02:44 PM
haliamerah replied at 13-8-2018 02:40 PM
pembunuh sebenar kena hukum gantung 2 thun sebelum joe dihukum mati,,tapi joe still jugak kena huk ...

iye. sebab mak budak perempuan tu yakin penglibatan joe dalam kes tu. boleh google kes ni.
Quote bawangkecik 13-8-2018 02:44 PM
fish replied at 13-8-2018 02:41 PM
confuse. sebelum atau selepas?

sebelum. dua tahun lepeh tu joe kena hukum pulak.
Quote bawangkecik 13-8-2018 02:45 PM
mieymiey replied at 13-8-2018 02:42 PM
Dah digantung 2 tahun sebelum Joe dihukum mati? Dah tau pelaku sebenar, kenapa nak teruskan hukuma ...

sistem penghakiman yang tak adil
Quote milanhawkin 13-8-2018 02:46 PM
ehhhh?
so pembunuh sebenar dh ditangkap, then kenap joe still kena mati?
kenot brain!
Quote haliamerah 13-8-2018 02:48 PM
giler betul still nak hukum org yg memg kurg upaya mental...mati jadik hantu cekik jek org2 yg jatuhkan hukuman tu...
Quote awanearisu 13-8-2018 02:52 PM
Sedihnya. Kisah beliau sangat meruntun hati
Quote mieymiey 13-8-2018 02:55 PM
bawangkecik replied at 13-8-2018 02:45 PM
sistem penghakiman yang tak adil

2 penjenayah dihukum?
Chuols ada link tak?
Quote bawangkecik 13-8-2018 02:56 PM
joe at first mengaku dia bersama frank aguilar (pembunuh sebenar). Mak mangsa insisted joe lepastu joe ngaku dia bersama frank.

"Arridy faced a sanity trial, and psychiatrists testified that he had the mind of a child of about 6 years old. Yet he was found sane. During his trial the defense failed attempts to argue Arridy was insane."

frank kena hukum dua tahun sebelum sebab case joe dragged sebab dia kes tak waras tapi dia punya lawyer gagal.

kesian dia.
Quote bawangkecik 13-8-2018 03:00 PM
mieymiey replied at 13-8-2018 02:55 PM
2 penjenayah dihukum?
Chuols ada link tak?

https://www.csindy.com/colorados ... Content?oid=1138717
Quote zameyla 13-8-2018 03:18 PM
alahai....mak pak si Joe ni tak lawan balik ka...

Lihat semua komen(45)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.086973s Gzip On
To Top