CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Betul Ke Filem Slender Man Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia?

16-8-2018 12:41 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 5039| Komen: 13|Original author: Oleh: CSuy

Description: Siapa yang ternanti-nanti filem Slender Man? Ikuti kontroversi yang melanda filem ini.

Sumber Foto: IMDB/Rotten Tomatoes



Seram tak treler filem Slender Man ini?

Kepada yang tidak mengenali Slender Man, imej makhluk ini mula-mula muncul di sebuah forum Internet bernama Something Awful. Ia kemudiannya menjadi popular di laman sesawang bergenre seram Creepypasta. Sejak mitos urban ini diperkenalkan, pelbagai insiden yang dirasakan berkaitan dengan mitos ini mula dilaporkan.


Insiden yang paling mengejutkan adalah satu kejadian pembunuhan yang berlaku pada tahun 2014 di Amerika Syarikat, di mana dua remaja perempuan telah mendakwa bahawa mereka berada di bawah pengaruh makhluk Slender Man semasa membunuh seorang rakan mereka!

Sebuah filem yang mengisahkan satu kejadian mistik yang berlaku kepada sekumpulan remaja perempuan yang telah menyeru makhluk ini bakal ditayangkan di seluruh dunia secara serentak pada 10 Ogos 2018. Sudah pasti ramai pengikut laman sesawang Creepypasta termasuk golongan remaja generasi ini yang tertunggu-tunggu untuk menonton karya pengarah Sylvain White ini.

Sumber Foto: Rotten Tomatoes

Namun berdasarkan carian di laman sesawang IMDB, penulis mendapati bahawa Malaysia tidak termasuk di dalam senarai rasmi tayangan filem ini. Manakala CinemaOnline Malaysia seakan memberi indikasi bahawa filem ini tidak akan ditayangkan. Walau bagaimanapun, filem ini telah pun mula ditayangkan di Indonesia pada 10 Ogos 2018.

Sumber Foto: Cinema Online Malaysia

Tapi nanti dulu! Carian yang dilakukan di laman-laman sesawang pawagam TGV dan Lotus Five Star pula menunjukkan bahawa filem ini bakal menemui penonton Malaysia pada 23 Ogos 2018. Hmm.. Mana satu yang betul ni?

Mengimbas kembali, penghasilan filem Slender Man ini juga tidak sunyi dari kontroversi. Portal berita Yahoo News SG dan South China Morning Post (SCMP) telah melaporkan bahawa bapa kepada mangsa tragedi pembunuhan (yang dinyatakan di atas) dikatakan telah melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan keputusan untuk menerbitkan filem ini.

Apa nak buat. Barangkali bagi keluarga mangsa, tragedi tersebut masih segar di ingatan walaupun 4 tahun telah berlalu. Selain itu, laman sesawang Rotten Tomatoes menunjukkan bahawa filem ini rata-ratanya menerima ulasan yang kurang memberangsangkan dari para pengkritik filem. Jika anda tidak menyukai sebarang 'spoiler', elakkan dari membaca ulasan-ulasan tersebut ya!

Sumber Foto: IMDB

Agak-agak kalau dapat menonton filem Slender Man ini, apa perasaan anda ya? Pssst, elakkan berswafoto di dalam pawagam semasa menonton filem ini nanti, takut-takut terkena tunafoto dari makhluk ini pula! - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 16-8-2018 01:56 PM
Ala asal lak?? Aku nak tgk citer ni
Quote fly_in_d_sky 16-8-2018 03:03 PM
tunggu rate dari IMdb.com ... kalau rate tinggi boleh tonton online ...
Quote zulka 16-8-2018 04:30 PM
alaa rugila
Quote mrseller 16-8-2018 05:47 PM
brp banyak movie tak masuk mesia semua bole torrent la.
nanti torrent ada tengok la...
Quote Ferr_Remy 16-8-2018 11:31 PM
Leh je tgk online. Iols truja sgt nak tgk The Nun kat wayang!
Quote umbut 17-8-2018 12:31 AM
Tgu online je lah..
Quote kroit92 17-8-2018 01:10 AM
slenderman ni, macam antu galah nusantara ke ?
Quote samasam90 17-8-2018 01:50 PM
kenapa semua pakat2 takut dgn slender man ne? sampai skrg i takleh hadam, padahal tak menakutkan pun.. hantu2 lain lagi menakutkan
Quote nurul_akmar 18-8-2018 03:18 PM
asal??? aiyooo... aku dah lama dgr pasal slenderman ni...
Quote Orix 18-8-2018 08:03 PM
Ferr_Remy replied at 16-8-2018 11:31 PM
Leh je tgk online. Iols truja sgt nak tgk The Nun kat wayang!

Tgok jah The Nun di cermin yach
Quote Ferr_Remy 18-8-2018 08:40 PM
Orix replied at 18-8-2018 08:03 PM
Tgok jah The Nun di cermin yach

Hengat lawak?
Quote Orix 18-8-2018 08:41 PM
Ferr_Remy replied at 18-8-2018 08:40 PM
Hengat lawak?

Sapa pulak yg melawak? Iols berkata benar
Quote Ferr_Remy 18-8-2018 08:59 PM
Orix replied at 18-8-2018 08:41 PM
Sapa pulak yg melawak? Iols berkata benar

Podacittttt

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054157 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top