CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Satu Keluarga Jadi Mangsa, Lelaki Kongsi Detik Cemas Diserang Memerang Gila

21-8-2018 11:14 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7380| Komen: 24|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Dan Wherley dan anak perempuannya Layla, 7 tahun sedang berkayak di Adam County, Pennsylvania Ahad lalu apabila tiba-tiba seekor memerang (beaver) menyerang mereka. Wherley berkongsi cerita dan detik ...

Kredit Foto: FB Dan Wherley

Dan Wherley dan anak perempuannya Layla, 7 tahun sedang berkayak di Adam County, Pennsylvania Ahad lalu apabila tiba-tiba seekor memerang (beaver) menyerang mereka. Wherley berkongsi cerita dan detik cemas di Facebooknya (FB Dan Wherley) termasuk sebuah video pendek yang sempat dirakamnya.


Kredit Foto: CBS News

Wherley berkata dia, anaknya dan seekor anjingnya sedang berkayak di sebatang sungai apabila tiba-tiba dia merasakan 'sesuatu' menggigit kayaknya. Wherley menyangka ia adalah anjingnya sehinggalah seekor memerang tiba-tiba muncul dari dasar sungai dan cuba menyerangnya. 


Wherley memukul memerang itu dengan pengayuhnya. Kerana kesakitan, memerang itu berenang ke arah Layla  pula. "Saya menjerit kepada Layla dan menyuruhnya naik ke tebing sungai tetapi sebelum sempat Layla bergerak, memerang itu cuba menggigit kayaknya pula."


Kredit Foto: FB Dan Wherley


Wherley berkata dia bergegas membantu anaknya dan cuba menumbuk, menendang dan memukul haiwan itu tetapi ia membalas balik. Menyedari Layla berjaya naik ke tebing, memerang itu cuba mengejarnya. 


"Saya memukulnya dengan batu tetapi ia masih cuba melawan," kata Wherley lagi. Akhirnya Wherley menggapai sebatang kayu besar dan memukul haiwan itu sehingga kepalanya pecah.


Kredit Foto: FFB Dan Wherley


Wherley melaporkan kepada pihak berwajib dan Jabatan Kesihatan Pennsylvania berkaitan kejadian itu dan dia dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan rabies apabila pemeriksaan terhadap bangkai haiwan itu menunjukkan tanda positif. 


Rabies atau penyakit anjing gila ialah penyakit berbahaya yang menyerang system saraf dan otak serta boleh membawa maut jika tidak dirawat.


Kredit Foto: FB Dan Wherley

Wherley berkongsi  video dan gambar-gambar bangkai memerang itu di Facebooknya yang kini menjadi viral. 'Saya bersyukur kerana kami selamat' katanya. - CARI 

27

Bagus
17

Marah
35

Terkejut
44

Sedih
24

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (177 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 21-8-2018 11:26 AM
kasihannya memerang tu..
Quote Foxey 21-8-2018 11:27 AM
ngeri seh... dah la besar memerang nya tu. ganas lak.
Quote haryatie 21-8-2018 11:31 AM
besarnya...
Quote zulka 21-8-2018 11:37 AM
perghh......
Quote Artemesiaa 21-8-2018 11:37 AM
Mengerikan besar jugak saiznya siap ada rabies lagi bahaya betul
Quote EvieWanKenobi 21-8-2018 11:42 AM
sib baik selamat..
Quote nuralisa 21-8-2018 11:54 AM
memerang kat zoo.. tgk pun takut..
aktif sungguh memerang nie... mcm nak kokak org jer...
Quote kikuri 21-8-2018 12:01 PM
sebab ade rabies takpe lah kot bunuh... tp still kesiannya...
Quote sue_liah 21-8-2018 12:20 PM
nasib tk sempat  di kokaknya ..besar betul
Quote MsKoreanfanatic 21-8-2018 02:11 PM
Kesian memerang tu.. tapi terpaksa la pukul sbb nak pertahankan diri
Quote insulin 21-8-2018 02:20 PM
Mungkin pakcik ni menceroboh kawasan memerang yang tengah nak mengawan kut....
Quote Zaien 21-8-2018 02:27 PM
sbb rabies tu.. klau x.. xde la memerang bgitu
Quote buragazz 21-8-2018 02:28 PM
Edited by buragazz at 21-8-2018 02:30 PM

Tetiba aku cam ternampak ada cerita zombie beaver tapi tak ingat kat mana.. ntah2 betul kot...
Haah... betul 2015 Zombevears tajuk nya...kejadah..
Quote BoLapciOus 21-8-2018 03:03 PM
mujur selamat..
Quote Sang_Pencinta 21-8-2018 05:05 PM
buragazz replied at 21-8-2018 02:28 PM
Tetiba aku cam ternampak ada cerita zombie beaver tapi tak ingat kat mana.. ntah2 betul kot...: ...

Tajuk pun dah ngeri
Quote emelia1509 22-8-2018 01:50 AM
Kesiannya memerang tu..
Dibunuh di habitat sendiri..
Quote chazey 22-8-2018 02:09 AM
Edited by chazey at 22-8-2018 02:10 AM

Kesian kesian.

Mana korang nak - badan korang or anak korang koyak kena kokak or bunuh jah memerang gila tu?

Dok kesian2 tak bertempat. If anjing gila serang jiran korang dan dibunoh dalam pergelutan musti korang hamun selayaknya anjing tu dibunuh bukan?
Quote Orix 22-8-2018 02:42 AM
Harussss lah memerang pn kena basuh 7x dgan air tanah sebab ada virus rabies persis anjing bak kata lobai2 sekalian alam. Kan @dodolgemok ?
Quote grouper 22-8-2018 08:22 AM
Selalu jumpa memerang bila mancing dtg ngan geng dia..abis senyap ikan semua lari...memerang mmg jahat

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.130520 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top