CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rekaan Jaket Kalis Hujan Yang Genius! Tapi, Beranikah Anda Memakainya?

14-8-2018 03:08 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 3118| Komen: 10|Original author: Oleh: Suzy

Description: Setiap orang pasti berasa agak menyusahkan apabila perlu sentiasa mengusung payung ke mana sahaja mereka pergi terutama di musim hujan.


Setiap orang pasti berasa agak menyusahkan apabila perlu sentiasa mengusung payung ke mana sahaja mereka pergi terutama di musim hujan.

Payung yang lembap perlu diasing dan dikeringkan. Oh! Memang mimpi ngeri kerana agak mustahil untuk mengeringkannya tanpa kehilangannya. Nak letak di luar pejabat atau luar kelas mahupun di luar kedai? Memang hilanglah jawabnya!

Baru-baru ini, Britain telah memberi amaran ribut petir dan hujan lebat yang kuat diramalkan di beberapa kawasan. Jadi, beberapa pakar  telah mencari penyelesaian dengan menghasilkan jaket yang berfungsi sebagai payung. 

Memang luar biasa! Ini adalah rekaan 'Jaket Payung' yang sangat menarik. Ia pasti akan menarik ramai pembeli.


Foto: Mirror UK

Jangan risau! Jaket payung mampu milik dari Blue Crate ini boleh didapati pada harga RM57.50. Jaket dua dalam satu itu juga digelar sebagai produk perlindungan cuaca lengkap. 

Untuk mengelakkan kepala daripada lembap dan melekit, jaket ini dilengkapi hud kalis air dan perisai berbentuk piring untuk melindungi tubuh dari hujan.

 
Foto: Mirror UK

Anda hanya perlu membiarkan ia terbuka dan tangan anda bebas tanpa perlu memegang apa-apa. Cuma satu-satunya kelemahan rekaan ini adalah anda akan kelihatan seperti ORANG GILA! 

Bagi anda yang suka memadankan pakaian dengan beg tangan pada hari itu, ada dua pilihan warna berbeza untuk disesuaikan dengan gaya anda iaitu merah jambu dan biru.


Foto: Mirror UK

Jaket ini amat sesuai digunakan ketika membaca buku atau bermain dengan telefon ketika dalam perjalanan semasa hujan. Jaket payung ini tersedia dalam saiz kecil, sederhana dan besar. Ia juga telah dinilai dengan empat setengah bintang di laman web berkenaan dengan lebih daripada 2,000 pesanan! 

Macam-macam rekaan sekarang bagi memudahkan semua orang, cumanya anda sanggup atau tidak menggunakannya? - CARI
20

Bagus
22

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
23

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 14-8-2018 03:20 PM
celah mana kalis hujannya

ni kalau hujan berangin mahu lencun
Quote mieymiey 14-8-2018 04:26 PM
Kalau hujan tu dari arah kiri atau kanan, sah basah.
Quote Artemesiaa 14-8-2018 04:32 PM
Kalau kering pun bahagian dari bahu keatas je bahagian lain pasti basah juga
Quote zulka 14-8-2018 04:35 PM
sesuai utk budak
Quote matkpop 14-8-2018 10:32 PM
macam bodoh je
Quote blinkmos 15-8-2018 10:40 AM
aku rela pakai payung atau basah kena hujan...
dari kena keji sepanjang jalan...
Quote haryatie 15-8-2018 10:59 AM
pelik sgtttt...rela lg guna payung
Quote chinta89 15-8-2018 11:17 AM
muka je la x basah.

badan dan kaki kena juga.
Quote Dragonkings 15-8-2018 12:42 PM
Langsung tak praktikel.....
Quote BoongaKertas 15-8-2018 01:22 PM
blinkmos replied at 15-8-2018 10:40 AM
aku rela pakai payung atau basah kena hujan...
dari kena keji sepanjang jalan...

weh sama! tak sanggup nak pakai benda alah ni. mau smggu kena cerca dgn msian

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.052152 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top