CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah Menyayat Hati, Ibu Tunggal Hilang Kesemua Anaknya Dalam Tempoh 4 Tahun

28-8-2018 11:15 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 7750| Komen: 31|Original author: Oleh: Nameera

Description: Dari kiri depan, Rowden, Hesset, Hisham disisi ibunya.Beberapa tahun lalu video bertajuk "A Wedding That Will Move You: Rowden Leizel" durasi selama 3 minit di You Tube ini, pernah VIRAL buat sek ...
Dari kiri depan, Rowden, Hesset, Hisham disisi ibunya.

Beberapa tahun lalu video perkahwinan bertajuk "A Wedding That Will Move You: Rowden dan Leizel" durasi selama 3 minit di You Tube, pernah VIRAL buat seketika. Video yang mencecah 15 juta lebih ini telah membuatkan semua yang menonton menitiskan airmata. Namun ada kisah menyayat hati antara Rowden dan Leizel di sebalik itu. Kisah Loreile Go, ibu kepada pengantin lelaki iaitu Rowden Go kembali membuatkan semua tersentuh dan berasa begitu simpati dengan apa yang terjadi kepada ibu tunggal ini.                           


Kisah ibu ini mula mendapat perhatian apabila anak sulungnya Rowden Go meninggal dunia selepas beberapa jam melangsungkan perkahwinan dan ia merupakan permintaan terakhir Rowden untuk melangsungkan perkahwinan kerana sebelum didiagnosis anaknya itu sudah merancang untuk berkahwin pada Julai 2014. Namun setelah didiagnosis, kesihatan Rowden semakin merosot dan Jun 2014 majlis mereka dilaksanakan.

Apa yang membuatkan kisah ibu ini menjadi perhatian, apabila anak keduanya iaitu Chef Hasset Go turut menghidapi sakit yang sama. Anak keduanya merupakan chef selebriti terkenal di Filipina dan perlu merasa rasa sakit yang sama seperti abangnya.


Hasset Go yang dikenali ramai, dan sering mengemaskini aktiviti hariannya di laman sosial berkongsi serba-sedikit kehidupannya yang sentiasa bersemangat melawan penyakit. Namun hari demi hari keadaan Hasset semakin merosot. Pada 24 Oktober 2015, Hasset Go meninggal dunia pada usia 29 tahun dan dia  disemadikan bersebelahan dengan abangnya. Tidak lama kemudian kisah mereka diangkat dijadikan cerita.


Kisah kehidupan Loreile Go dan pemergian dua anaknya akibat sakit yang sama, sudah cukup membuatkan orang-orang yang mengikuti kisah mereka begitu terkesan. Loreile Go seorang ibu tunggal yang cekal dan harus menerima kenyataan yang dia sudah kehilangan kedua-dua anak lelakinya dalam tempoh terdekat. 


Kehidupan Loreile Go selepas itu hanyalah bersama anak bongsunya iaitu Hisham Go dan bekas isteri Rowden, dan cucunya. Dia perlu menjadi kuat untuk meneruskan hidup dan kekal tabah demi satu-satunya anak yang dia ada yang juga setahun selepas Hasset pergi, turut didiagnosis oleh doktor menghidap penyakit yang sama seperti abang-abangya. Tidak sama seperti kedua mendiang abangnya yang agak terlambat mengetahui tentang penyakit itu, Hisham didianogsis menghidap kanser hati tahap awal dan memerlukan kos yang agar besar untuk perubatannya.


Hisham Go


Mereka giat memperjuangkan tentang kesedaran kanser dan semampu boleh melawan penyakit ini bersama-sama serta dalam masa yang sama mengumpul dana untuk perubatan Hisham dengan slogan kata, "Not This Time". 


 

Setiap hari Hisham mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatannya. Seperti mendiang abang-abangnya, dia sudah mula dikenali. Kisah abangnya sebelum ini sudah membuatnya  lebih dikenali dan kisahnya pula turut melalui nasib yang sama membuatkan dirinya menjadi tumpuan dan menerima sokongan positif dari semua orang mengikuti perjalanan hidupnya. 


Lorelei dan Hisham optimis bahawa mereka akan mengatasi cabaran itu. Mereka juga sempat terbang ke Guangzhou di China untuk mencuba alternatif perubatan yang dikenali sebagai cryosurgery. Namun, dalam satu lagi peristiwa yang dramatik, pembedahan itu tidak dapat dilakukan sejak doktor memberitahu Lorelei dan Hisham bahawa kanser sudah mencapai tahap 4 dan tidak mungkin Hisham dapat bertahan dalam prosedur. 


Mereka dinasihatkan untuk kembali ke Filipina dan mencari pendapat kedua. Tetapi Loreile membuat keputusan untuk membawa Hisham pulang dan merawat Hisham di rumah dengan bantuan jururawat persendirian. Makin hari keadaan Hisham semakin merosot. Dia semakin lemah dan berat badannya turun mendadak, namun demikian Hisham tidak pernah mengalah. Dia diwawancara dan berkata, dia  perlu berjuang hingga nafas terakhirnya dengan kata-katanya lagi,"I will fight. I always pray because I believe it is not yet the end for me".


 
Foto Carian internet

Tiga hari selepas di wawancara, Hisham juga pergi untuk selamanya ketika di usia 27 tahun, iaitu pada 14 November 2017. Penyakitnya yang pada awalnya berada pada tahap 1 dan beberapa bulan kemudian menjadi tahap 4, telah membawanya pergi bersama abang-abangnya dan dia juga disemadikan bersebelahan dengan abang-abangnya. 



Loreile Go, sudah kehilangan kesemua anaknya dalam tempoh 4 tahun dengan jarak yang tidak terlalu jauh. Ibu cekal ini, sempat mengeluh dengan takdir yang menimpanya. Ketiga-tiga anaknya, anak yang baik tetapi mengapa mereka yang pergi dulu. Tetapi dia mula sedar. Menurut kepercayaan agamanya, semua orang akan pergi. Hidup di dunia bukanlah abadi dan suatu masa nanti dia juga akan pergi dan bertemu dengan anak-anaknya. - CARI 


30

Bagus
31

Marah
25

Terkejut
35

Sedih
29

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (188 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 28-8-2018 11:27 AM
sedihnya...
Quote Themilo 28-8-2018 11:33 AM
eh sedihnya..
Quote matkpop 28-8-2018 11:39 AM
kanser keturunan ni.
Quote manehnya 28-8-2018 11:47 AM
sedihnya x sangup tengok video tu
Quote tri-max 28-8-2018 11:49 AM

kesian
Quote Foxey 28-8-2018 12:03 PM
sedih nya kisah dia...
Quote Artemesiaa 28-8-2018 12:09 PM
Sedih kisah hidup dia berat sungguh dugaannya
Quote mieymiey 28-8-2018 12:12 PM
Kesiannyaaaaaaaaa
Quote dekmieDandy 28-8-2018 12:16 PM
so cancer ni heredity jugak erk.?
Quote gummiebear 28-8-2018 12:19 PM
Sedihnya
Quote shernazz 28-8-2018 12:37 PM
Sedihnya hoiii
Anak drmam pon dh huru hara
Ni senua anak kena kanser
Quote prettyuglybabe 28-8-2018 12:40 PM
kasihannya.. semoga beliau tabah..
Quote kikuri 28-8-2018 12:41 PM
kesian maknya... dah la anak anak helok jugak... semoga tabah untuk teruskan hidup...
Quote MsKathryn 28-8-2018 12:42 PM
Sedihnya kehilangan semua anak dlm masa yg dekat. Semoga puan loreila terus tabah.
Quote Sazida 28-8-2018 12:54 PM
Dah tgk dah video tu. Mmg sedih gila. And lg sedih sbb berlaku dpn mata. Kawan iols. Ada dua ank lelaki. Si abang dah meninggal last year sebab kanser darah. Umur 2@3 tahun iols xigt. Now adik dia plak. Kanser yg sama. Tgh bertarung nk survive. Sedih tgk. Bila tny kawan iols, majoriti family dia meninggal sbb kanser.
Quote awanearisu 28-8-2018 02:03 PM
Sedihnya
Ada orang di dunia ini, dugaannya sungguh dahsyat.
Quote nishikido 28-8-2018 02:46 PM
I dah tengok video wedding tu and memang sangat2 sedih..tapi rupanya ada cerita yg lebih sedih di sebaliknya..keep strong mama
Quote matchstick 28-8-2018 03:16 PM
Suami kpd lorelei aka bapa kpd mendiang2 tersebut dh meninggal ke bercerai hidup. Kalu meninggal ada kah disebabkan kanser jgk..
Quote miemiecha 28-8-2018 04:51 PM
sedih baca..

teringat mok mek pnh kabo, tangisan mak/pak ilang anak lg sayu dr anak ilang mak/pak

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.380628 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top