CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Utusan Melayu Mungkin Dinyahsenarai Dari Bursa Malaysia

21-8-2018 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4771| Komen: 40

Description: Berikutan gagal membayar pinjaman daripada Bank Muamalat Malaysia dan Maybank Islamic Bhd, penerbit akhbar milik Umno, Utusan Melayu (M) Bhd kini diklasifikasikan sebagai status Amalan Nota 17 atau PN ...
Akibat gagal membayar pinjaman daripada Bank Muamalat Malaysia dan Maybank Islamic Bhd, penerbit akhbar milik Umno, Utusan Melayu (M) Bhd kini diklasifikasikan sebagai status Amalan Nota 17 atau PN 17.


Kredit foto: FMT

Malaysiakini melaporkan, pengumuman itu dibuat oleh Bursa Malaysia semalam dan dilaporkan syarikat itu dikehendaki mengemukakan pelan penyusunan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) atau Bursa Malaysia dalam tempoh 12 bulan.

Jika ia gagal menguruskan semula kewangannya, syarikat itu berdepan masalah penggantungan atau penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia.

Sebelum ini pada 10 Ogos, Utusan Melayu mengumumkan syarikat itu gagal membayar RM530,121 kepada Bank Muamalat dan RM654,750 kepada Maybank Islamic disebabkan masalah kewangan.


Sementara itu, The Star melaporkan Utusan mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan bergantung kepada bantuan kerajaan sehinggalah BN tewas pada pilihan raya umum ke-14 lalu.- CARI
24

Bagus
29

Marah
37

Terkejut
34

Sedih
26

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (181 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 21-8-2018 11:36 AM
bungkus je lah...dr bazir print paper org x baca..
Quote kelana36 21-8-2018 01:06 PM
ahli umno kat ada 3 juta. collect sorang 2 ringgit pun cukup..
Quote MarryPottet 21-8-2018 02:11 PM
hidup melayu! hidup melayu! hidup melayu! takkan utusan melayu hilang di dunia!
Quote thatwasnow 21-8-2018 02:14 PM
semua baca online, siapa nak beli media cetak?
Quote totokreturn 21-8-2018 02:23 PM
MarryPottet replied at 21-8-2018 02:11 PM
hidup melayu! hidup melayu! hidup melayu! takkan utusan melayu hilang di dunia!

Hahahhahaa....... Kalau utusan malaysia takder... Mana melayu nak tinggal...
Quote kenarikelabu 21-8-2018 02:40 PM
Bungkus la lepas ni Utusan....
Quote hayrin86 21-8-2018 04:37 PM
Akan gulung tikar Utusan kan..
Quote palmolive 21-8-2018 04:38 PM
paper dinosaur..memang ler
Quote giyomi 21-8-2018 05:05 PM
toilet paper...mmg patut bungkus dari dl lagi
Quote kroit92 21-8-2018 08:38 PM
thatwasnow replied at 21-8-2018 02:14 PM
semua baca online, siapa nak beli media cetak?

eh jangan la. aku sampai sekarang beli surat khabar tau
tapi tak baca la, buat alas kucing berak
koyak bagi panjang-panjang, carik-carik, lepas tu masukkan dalam bekas berak kucing, campur sekali dengan pasir

nampak tak betapa penting nya surat khabar dalam hidup saya


Quote 華沙論賤 21-8-2018 08:47 PM
Who cares


##CinaMenguasaiMY
Quote lazim 21-8-2018 09:07 PM
kroit92 replied at 21-8-2018 08:38 PM
eh jangan la. aku sampai sekarang beli surat khabar tau
tapi tak baca la, buat alas kucing ber ...

Knp campur paper dgn pasir? Ada apa2 benefit ke? Xsusah nk bersihkn kah?
Quote kroit92 21-8-2018 09:38 PM
lazim replied at 21-8-2018 09:07 PM
Knp campur paper dgn pasir? Ada apa2 benefit ke? Xsusah nk bersihkn kah?

supaya tuceng kenal apa itu kertas koyak-koyak tu bila campur dengan pasir

in case pasir habis, then takde stok, lupa beli or tak dapat keluar nak beli, or takde bajet like most of the time
dah la pasir berak dia mahal
koyak-koyak kertas gitu je, carik panjang-panjang supaya bergulung nampak banyak, nanti tuceng berak jugak walapun tade pasir
newspaper carik panjang-panjang tu supaya nampak banyak dalam bekas berak dia.

asalkan dia tak nampak poo poo dia sendiri,
kalau tucen nampak poo poo dia, dia tanak guna dah, tucen dengan perangai diva mereka laa

lepas gugel tadi, ade satu blog ni pun buat cara sama, siap ada gambar lagi, kena scroll bawah sikit
http://shafakallah.blogspot.com/ ... ucing-pet-care.html
Quote kroit92 21-8-2018 09:42 PM
lazim replied at 21-8-2018 09:07 PM
Knp campur paper dgn pasir? Ada apa2 benefit ke? Xsusah nk bersihkn kah?

plus, memang kena tukar setiap hari ler, pakai buang kan
tonggeng je bekas tu masuk plastik, ikat, buang
lepas tu bersihkan sikit bekas sampai takde kesan poo poo pee pee tu
koyakkan kertas panjang-panjang, bubuh terus

jimat ler sikit bila takde pasir or memang dah tanak guna pasir
Quote OrenTheReturn 21-8-2018 09:43 PM
Padan muka umno
Quote OrenTheReturn 21-8-2018 09:45 PM
Kiranya slama ni duit kjaan lah tanggung utusan supaya terus bernyawa. Byk betul salah guna kuasa puak umno ni. Eloklah berkubut dgn paper dorg sekali!
Quote lazim 21-8-2018 11:34 PM
kroit92 replied at 21-8-2018 09:42 PM
plus, memang kena tukar setiap hari ler, pakai buang kan
tonggeng je bekas tu masuk plastik, ikat ...

Oh ada kucing aku dulu mmg jijik pijak pasir.. letak dlm pasir trs jingkit2.. dia berak atas paper je.. so aku lapik ketas dlm bekas dia. Tak terpikir plk nk carik2..
Quote MarryPottet 22-8-2018 03:05 AM
totokreturn replied at 21-8-2018 02:23 PM
Hahahhahaa....... Kalau utusan malaysia takder... Mana melayu nak tinggal...

kalau utusan kembali kerahmatullah, maka habislah melayu hidup merempat di negara sendiri
dan akhirnya termakbullah apa yg dilagukan selama ni dalam bait bait lirik lagu warisan iaitu ~bumi dipijak milik orang~
Quote pyropura 22-8-2018 03:14 AM
Tu lah kuat pitenah, lebih besar dosanya dari zina, haaa kat dunia lagi awloh dah mula bayau cash

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.183323 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top