CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jadi Detik Sejarah, Pelajar Selamatkan Tali Bendera Putus Ketika Hari Merdeka Indonesia

6-9-2018 05:14 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3264| Komen: 4|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Sebuah video menjadi tular di media baru-baru ini menunjukkan aksi seorang remaja bernama Johannes 'Joni' Adekalla ,14 tahun memanjat tiang bendera ketika acara sambutaan kemerdekaan Indonesia yang ke ...
Sebuah video menjadi tular di media baru-baru ini menunjukkan aksi seorang remaja bernama Johannes 'Joni' Adekalla, 14 tahun memanjat tiang bendera ketika acara sambutan kemerdekaan Indonesia yang ke-73 di Desa Silawan, Nusa Tenggara Timur. 

Menurut sumber, tali bendera negara Indonesia itu tiba-tiba terputus ketika upacara menaikkan bendera sedang berlangsung. Acara itu dihadiri ramai pegawai-pegawai tinggi dari dalam dan luar negara.


Kredit Foto: Tribun Medan

Bendera yang dinaikkan oleh tiga orang anggota keselamatan putus sebelum sampai ke puncaknya. Menyedari kejadiaan itu, Joni yang sedang berbaris menawarkan diri untuk memanjat tiang dengan tujuan untuk menggantung hujung tali bendera hingga ke puncaknya. Walaupun sempat dilarang kerana dikhuatiri akan jatuh, Joni tanpa teragak-agak terus memanjat dan menyelamatkan keadaan.





Aksi berani Joni itu kini menjadi viral dan beliau mendapat banyak perhatian dari pemimpin negara Indonesia termasuk Presiden Jokowi. Presiden Jokowi juga telah menjemput Joni ke sebuah majlis rasmi dan menghadiahkan sebuah basikal dan rumah kepada Joni dan keluarganya. 

Beliau turut mengajak Joni melawat Taman Mini Indonesia dan Dunia Fantasi Jakarta sebelum pulang ke kampung halamannya. 

Kredit Foto: IDN Times

Atas tindakan beraninya, Panglima Tentera Indonesia turut menawarkan biasiswa pendidikan kepada Joni dan mengatakan beliau akan memberi kelebihan kepada Joni jika ingin menjadi ahli tentera kelak.  Selain itu, Joni juga dijemput menghadiri upacara pembukaan Sukan Asia 2018.


Kredit Foto: Kumparan.com


Joni kelihatan sangat gembira menerima penghargaan atas keberaniannya. - CARI 
33

Bagus
46

Marah
36

Terkejut
39

Sedih
28

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (216 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orgsepang 6-9-2018 06:43 PM
Akak pun menitik air mata walaupun tak kenal anak ni. Semoga menjadi insan yang berguna buat keluarga dan negaranya
Quote Foxey 7-9-2018 10:27 AM
semangat patriotiknya tebal. tahniah Joni, semoga sukses dalam apa jua bidang
Quote eyansss 7-9-2018 11:56 AM
aku rasa sebak dan terharu...  bangga dengan anak ni...  walaupun aku bukan indonesian...  tahniah sebab dapat basikal, rumah dan biasiswa...  semoga kau terus cemerlang wahai anak...
Quote grizz 7-9-2018 04:10 PM
wah..kagum tol..selambe je paanjat..klu aku mmg smpai bile atas pndang bawah msti pengsan..gayat kot..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.052561 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top