Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Isu Semasa 23-8-2018 10:07 AM 3812 Views
DescriptionBerikutan lokasi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini dipindahkan dari Dataran Merdeka ke Putrajaya yang berhampiran deng ...

ADVERTISEMENT



Berikutan lokasi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini dipindahkan dari Dataran Merdeka ke Putrajaya yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA 2, akibatnya beberapa jadual penerbangan mengalami gangguan.


Memetik laporan Berita Harian, sebanyak 498 jadual penerbangan bakal terjejas sepanjang lima hari berlangsungnya raptai persiapan sambutan Hari Kemerdekaan.

Kredit foto: Berita Harian

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan memaklumkan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan persembahan formasi udara, justeru ketika persiapan sambutan Hari Kemerdekaan, ruang udara di kawasan berkenaan akan ditutup dari 27 hingga 31 Ogos pada jam 9.30 hingga 10.30 pagi.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) turut menyeru orang ramai menghubungi syarikat penerbangan terbabit untuk memperoleh maklumat jadual penerbangan yang terkini.

Kredit foto: Kosmo


Dalam pada itu, KKMM juga mengajak seluruh rakyat datang beramai-ramai ke Putrajaya untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos kelak.- CARI

Prev.:Sukan Asia- Trio Boling Wanita Sumbangkan Emas Pertama

Next:Berita Palsu, Hanya Propaganda-Tun Mahathir Tak Tersungkur


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
mizruncing 23-8-2018 02:47 PM
bertabah la orang putrajaya. jgn keluar rumah. tgk dari umah jet lintas atas umh pn boleh. klu kuar confirm menambah jem
Foxey 23-8-2018 08:08 PM
Hmm... Kalau amik flight, kena amik lepas tengahari ni
LavaMuahhhh 23-8-2018 08:11 PM
kemerdekaan paling bermakna utk pengundi-pengundi PH https://sumandakSabah.sharethislah.com/425096-552302
pyropura 23-8-2018 08:19 PM
Bukti Fakatan Harapan lebih patriotik dan lebih komited cintakan negara.... syabas fakatan
kemaruk 23-8-2018 08:28 PM
Macam biasa, buat keputusan tanpa fikir dulu..